Adoii Drama Lagi, Kata Chef Wan Ulas Isu Peguam Negara Baru

Apabila sebahagian rakyat mengutamakan faktor bangsa tidak hairanlah negara boleh menjadi kucar-kacir, itu luahan seorang chef selebriti yang terkenal dengan sikap berterus-terangnya.

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, faktor lain yang menyebabkan negara tidak harmoni ialah ramai manusia yang tidak berhati jujur.

Jelas beliau mengulas berkenaan isu pelantikan peguam negara (AG) yang baru beliau berkata bagi mengelak sejarah buruk berulang, semua pihak perlu mengutamakan integriti yang tinggi dan perlu ada bagi seseorang calon bagi jawatan berkenaan.

Pada masa sama, kata beliau aspek latar kaum calon terbabit tidak wajar dijadikan fokus utama.

Kata Chef Wan lagi, 60, tidak adil untuk menjadikan isu kaum sebagai penghalang pelantikan AG yang baharu.

“Adoi drama lagi negara kita. Kali ini dengan pelantikan peguam negara. Amat mengagumkan dengan sistem perundangan negara, boleh pula (peguam) negara menjadi pak turut..

“Patut la negara kita kucar-kacir kerana terlalu ramai manusia yang hati tidak jujur, mereka lebih mementingkan hak bangsa masing-masing di sebalik melihat kita semua sebagai Malaysia yang satu” luahnya di media sosial.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri menyerahkan nama peguam kanan, Tommy Thomas, kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon tunggal daripada kerajaan bagi menggantikan jawatan AG yang sebelumnya disandang Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Apandi tidak disenangi Pakatan Harapan kerana penglibatannya dalam siasatan skandal 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Pernah menjadi hakim, Apandi merupakan orang yang bertanggungjawab mengesahkan Najib tidak melakukan sebarang penyelewengan atau salah laku dalam skandal 1MDB serta anak syarikatnya SRC International.

Bagaimanapun ramai pihak tidak bersetuju Tommy dilantik menggantikan Apandi kerana dia bukan Muslim dan dicurigai bakal mengancam kedudukan Islam walaupun ia memang dijamin dalam perlembagaan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata dalam situasi sekarang masih ramai mahu mempertikaikan calon AG kerana faktor bangsanya.

“Dan kita masih mempertikaikan bangsa asing nak dilantik menjadi peguam negara? Macam cerita menteri kewangan (lalu) pula. Yang songlap habis (duit) tu bukan orang Melayu ke?” luahnya lagi.

Chef Wan menambah isu tersebut mesti diselesaikan mengikut perlembagaan.

Berkenaan latar belakang agama, katanya, ia sepatutnya tidak menjadi isu besar kerana peranan sebagai penasihat kepada Agong boleh dimainkan oleh institusi lain yang berkaitan.

“Kita kenalah ikut perlembagaan dan pelantikan kena betul-betul manusia yang berpengalaman jujur dan sesuai untuk jawatan tersebut.

“Perihal agama, bukan ke ada badan termasuk mufti yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong?” tambahnya lagi.

-malaysiakini

“Belum dapat lihat hasilnya…” – Jahitan diganti plaster, Lan Solo sabar menanti hasil pembedahan bibir anak

Selesai prosedur pembedahan membetulkan bibir sumbing anaknya pada 31 Mei lalu, kini penyanyi Lan Solo memaklumkan jahitan pada bahagian bibir anak bongsunya dibuka pada hari ini.

“Hari ini BabyXandra bukak jahitan. Semoga dipermudahkan. Aaamiiinnn!, kata Lan menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut laporan BH Online, bagaimanapun jahitan pada bibir Nur Aman Quxandra belum dapat dilihat sepenuhnya kerana telah digantikan pula dengan plaster.

Menerima secara positif, bekas vokalis kumpulan Kristal itu menyifatkan mungkin doktor ingin memberikan kejutan buat dirinya dan isteri, Nur Sheila Hassim.

Tambah Lan, dia berasa sebak apabila melihat anak bongsunya yang masih kecil itu menahan sakit kerana dibedah. Ini kerana kesakitan ditanggung oleh bayi yang baru mencecah usia tiga bulan itu hanya diluahkan menerusi tangisan.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut dikurniakan dengan tiga cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff.

Sumber : BH Online

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: Sumber

Shahrir Pertahan Wang Tunai di Kondominium, Dakwa Untuk PRU

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad berkata wang tunai yang disimpan dalam beberapa unit kondominium Pavilion Residences yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bertujuan membiayai parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Dalam sidang akhbar hari ini, Shahrir berkata wang tunai tersebut tidak disimpan di dalam bank atau dipindahkan menerusi cek kerana berdepan masalah logistik.

“Orang tanya kenapa mesti wang tunai? Ini kerana bukan semua kawasan (Umno) mempunyai (akaun) bank,” katanya.

Beliau berkata penyimpanan wang tunai adalah penting dalam menggerakkan jentera pilihan raya Umno.

“(Ini tidak dapat dilakukan dengan berkesan) melalui bank. Jika kamu memerlukan dana tambahan untuk pilihan raya, kamu bagi cek, ia akan terlambat.

“Mereka yang mengkritik kadang-kala melakukan perkara yang sama juga,” tambahnya tanpa menyebut sebarang nama.

Baki dana pilihan raya

Bekas anggota parlimen Johor Bahru itu mendakwa wang tunai yang disita pihak polis dari kondominium berkenaan adalah baki dana untuk parti itu pada pilihan raya lalu.

Apabila disoal sama ada jumlah wang tunai yang besar adalah perkara biasa, Shahrir berkata, “Saya tidak tahu, saya tidak pernah berada dalam kedudukan itu.”

“Itulah yang sebahagian mereka (dalam Umno) beritahu. Itulah yang dikatakan oleh Najib, bagaimana kamu dapat buktikan sebaliknya?”

Najib yang meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei, kini sedang disiasat oleh polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 berkenaan 1MDB.

Pada 18 Mei, polis merampas 72 beg daripada tiga unit di Pavilion Residences di mana 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang berbeza bernilai RM114 juta.

UMNO kemudian meminta polis mengembalikan wang yang dirampas dan mendakwa ia adalah dana parti itu untuk PRU pada 9 Mei.

Parti itu juga menegaskan perlembagaannya membenarkan presiden mendapatkan dan mengurus dana, termasuk yang diperuntukkan bagi tujuan pilihan raya.

Bagaimanapun, ketua Umno bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee memberitahu Malaysiakini dalam satu temubual bahawa beliau “terkejut” dengan jumlah yang ditemui dalam unit kondominium berkenaan.

-malaysiakini

AG Baru Ikrar Tidak Akan Lepaskan Sesiapa Pun Dalam Siasatan 1MDB

Peguam negara yang baharu Tommy Thomas berikrar akan menjadikan pengurusan prosiding jenayah terhadap dakwaan salah laku 1MDB sebagai keutamaannya.

“Semuanya sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun akan dilepaskan.

“Tidak akan ada cubaan menutup kes” kata Tommy dalam sidang media selepas memasuki pejabatnya hari ini.

Katanya, beliau akan meneliti kertas siasatan berkenaan dan menghubungi pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain dalam hal itu.

Beliau juga memberitahu akan menjadikan agenda pemansuhan undang-undang yang menindas sebagai agenda utama dan memberitahu sudah mempunyai “senarai panjang”.

Tommy berjanji akan tiada lagi pendakwaan terpilih dan pihak tidak bersalah tidak perlu berasa bimbang.

“Malaysia sebuah negara yang bebas, kita tidak harus takut pada ketukan pintu di tengah-tengah malam oleh anggota polis.

“Tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan berdepan tindakan undang-undang tidak kira apa kedudukan mereka.

“Di pihak saya, saya berjanji lakukan perkara yang betul, iaitu, bercakap benar dan tegakkan keadilan.

“Keadilan bukan saja akan dilakukan tetapi dilihat dilakukan,” tambahnya lagi.

Isu pelantikan Tommy sebelum ini mencuri perhatian selepas Majlis Raja-Raja dilapor mahukan calon beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagaimanapun semalam telah memperkenankan pelantikan tersebut semalam untuk dua tahun bermula 4 Jun.

Terdahulu, Tommy berkata beliau merasa terharu terhadap pelantikannya sebagai peguam negara yang baru dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu “tanggungjawab yang hebat”.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undang-undangnya di Jalan Ara, Bangsar Tommy mengesahkan bahawa beliau telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama beberapa minit pagi ini dan akan bertemu semula esok.

Beliau tersenyum lebar sewaktu menerima ucapan tahniah atas pelantikannya.

“Terima kasih banyak tetapi lebih bagus saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukkan minat” kata beliau

Peguam berusia 66 tahun itu akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sedang bercuti selama sebulan.

Ditanya sama ada beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai peguam negara di Putrajaya esok, Thomas memberitahu ia akan mengambil masa beberapa hari.

Saya tidak akan berada di pejabat pagi esok seperti yang telah saya katakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaan (proses pelantikan).

-malaysiakini

Siapa Peduli Pasal Manifesto 100 Hari PH, Undi Untuk Kerajaan Baru Semua Kerana Tun Mahathir

Belum pon sampai sebulan Pakatan Harapan mentadbir negara, ada desas-desus yang mempersoalkan kebenaran manifesto janji 100 hari kerajaan baru itu. Buktinya ada janji yang sudah dikotakan dan selebihnya masih lagi dalam proses. Berilah mereka masa.

Coretan oleh Shikhin Ishak yang tular di laman facebook ini mungkin boleh dijadikan renungan untuk semua. Kerajaan baru dipilih rakyat kerana faktor Tun, bukan kerana manifesto yang digembar-gemburkan. Setuju atau tidak, anda nilaikan sendiri.

PH 100 Hari :

Saya yg undi PH haritu bukanlah ahli PKR, PPBM, Amanah ataupun DAP. Saya ahli UMNO. Saya tak pernah pangkah selain dari BN sebelum ni.

Kami rakyat Malaysia yang undi PH sebab kami dah marah dgn BN. Dgn UMNO. Dgn Najib sebagai PM. Saya cuma nak kerajaan korup Najib tumbang. Kemuncak kemarahan saya dan rakyat Malaysia yang lain jelas bila PRU14 kerajaan BN tumbang dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Kami tak peduli pasal manifesto. Saya personally, undi saya adalah sebab faktor Tun, faktor Najib. Saya memang kempen habis-habis dekat semua orang yg saya jumpa. Di ofis, di group whatsapp, even dalam ETS hari nak balik mengundi pun saya masih kempen. Kempen cara saya la. Bodo2.

Tapi boleh dibanggakan sebab ada budak ofis cakap ‘aku gi mengundi haritu salah satu sebabnya takut kak shikin marah’. Hahahahaha. Sekarang lihat lah pilihan kita, berbaloi tak? Manifesto tu manifesto lah. Kami yg undi PH ni tak hadap sangat nak jelaskan janji dalam manifesto tu satu satu walaupun harini dah masuk hari ke-18 pasca PRU14, banyak janji yg dah dikotakan.

Kerajaan sebelum ni dah banyak buat kerosakan. Saya masih tak faham kenapa ada orang masih boleh sokong Najib? Apa masih tak nampak ka segala musibah yang dia bawa? Masih ada yang mempermainkan usaha team Tun M nak selamatkan negara.

Ada saya baca komen2 di media sosial masih mengungkit tentang skandal lama Tun. Kenapa masa Najib perintah skandal Tun tak di jaja? Bukan ke lebih senang nak dakwa dakwi dan selongkar segala harta Tun semasa pihak sana sedang dalam kuasa?

Kalau betul Tun pecah amanah, kenapa tak pesta ria SPRM panggil Tun dan konco2 dia sampai 5-6 jam bg keterangan? Kenapa tak sita henbeg RM125 kepunyaan Tun Siti? Hehe. Lgpun SPRM ketika zaman Najib semuaaaaa orang dia. Kenapa tak dakwa Tun? Kenapa bila dah jadi pembangkang baru nak bunyi? Jadi lah pembangkang yg bijak, yang bagi manfaat kepada rakyat.

Puak lagi satu pula ambik pendekatan untuk diam. You know what I mean. Kata mereka, kami ada misi lain yang lebih besar. Apa misi nya, entah lah. Ada la akar umbi bersuara sikit-sikit tapi sebab orang atas tak kata apa, so pakat diam.

Walaupun jelas2 betapa bejat nya kerajaan sebelum ni, masih taknak mengaku. Yang hari-hari dimainkan adalah sentimen kaum dan agama. Orang Cina itu, orang Cina ini. Fahamilah, orang Cina juga rakyat Malaysia. Dan negara kita ada perlembagaan, ada Sultan dan Raja. Takkan semudah itu orang bangsa lain nak jual Malaysia. Kalau ada pun, orang sesama kaum yang jual Malaysia sebelum ni. Nampak ke nampak?

Faktor Tun. Saya rasa orang yang dah berumur 93 tahun jika diberi pilihan dia nak duduk rumah tumpu akhirat saja. Tapi Tun mungkin bagi dia ini juga perjuangan untuk akhirat beliau. Selamatkan negara. Kenapa kita yang masih muda asyik mengeluh minyak belum turun, toll belum, itu belum, ini belum? Tak malu ke kita?

I can’t be in Tun’s shoe to fully understand masalah negara dengan hutang yang banyak. But I understand bila Tun cakap ini perjuangan terakhir beliau. Benar-benar terakhir. Saya pernah mimpi Tun dah takda dan bangun pagi bantal saya basah dengan air mata.

PH 100 hari kami tak kisah Tun. Tapi kami nampak usaha Tun dan kawan-kawan yang lain untuk selamatkan Malaysia. Kami yakin Malaysia is in safe hands now. Saya memang fan Tun sebab buka mata je PM yg saya kenal adalah Dr. Mahathir, dan saya suka cara kerja beliau. Ini bukan taksub. Kalau taksub tu bila pemimpin dah jelas-jelas korup ada duit cash berjuta di rumah dan korang masih sokong. Itu taksub.

Gara-gara pakai tudung seperti wanita Indonesia, Fazura dilabel sebagai bibik

Ramadhan tahun ini sangat bermakna bagi pasangan Fattzura iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura kerana berpuasa bersama dengan status suami isteri. Meskipun sibuk dengan aktiviti masing-masing, namun mereka ‘mencuri’ sedikit masa untuk berbuka bersama-sama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Terbaru, Fazura dan Fattah telah berbuka puasa bersama rakan-rakannya. Fazura juga mengenakan baju dan tudung hitam ala-ala masyrakat wanita Indonesia (jilbab).

Namun, Fazura tidak mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya dia menganggap itu hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakannya.

Gurauan bersama rakan-rakan

Fazura kena buli

Bibik mahal

Meskipun dilabel sebagai ‘bibik’, namun peminat Fazura menganggap beliau tetap cantik walaupun mengenakan tudung sedemikian.

Bibik pun cantik jugak.

Pakai tudung macam tu pun still comel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Ohmymedia

Sikap Rendah Diri LGE Dipuji, Memilih Makan Di Kedai Biasa Bersama Keluarga

Selain Mohamad Sabu, Nurul Izzah dan Wan Azizah, Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng juga sering mendapat perhatian masyarakat. Baru-baru ini sebuah video menjadi tular di media sosial apabila Lim Guan Eng bersama isterinya dan anak bongsu mereka sedang menikmati nasi ayam di sebuah restoran yang dikatakan terletak di ibu kota.

Hasil perkongsian video dari salah seorang pengguna Facebook, Noor Jamilah, telah mendapat setengah juta tontonan.

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan kepada sidang akhbar bahawa beliau akan terus mengamalkan gaya hidup secara sederhana kerana baginya kehidupan seperti itu membuatkan beliau berasa lebih dekat dan selesa ketika bersama dengan keluarga.


Video Lim makan bersama keluarga di sebuah restoran.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Lim yang memakai baju kemeja putih sedang makan nasi ayam bersama isteri dan anak bongsunya. Duduk satu bumbung di restoran bersama dengan rakyat biasa, Lim dan keluarga kelihatan sangat berselera menikmati juadah mereka itu.

Rata-rata netizen telah memberikan reaksi positif terhadap beliau sekeluarga yang kelihatan selesa makan di tempat awam.
Simple dan hidup secara sederhana.

Menteri berjiwa rakyat.

Menteri yang tunjuk contoh terbaik kepada rakyat.

Sumber : FB Jamilah / citemalaya.website

“Penangan ‘kunyit’ Luqman, suami sanggup tinggalkan saya dan anak…” – Wanita kongsi kisah benar bersuamikan seorang gay

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

Selama ini saya hanya berdiam diri saja dengan cerita-cerita mengenai saya dan saya tidak pernah kisah tentang spekulasi orang ramai mengenai penceraian saya.

Tetapi hari ini, saya mahu cerita. Puncaya sebab saya dapat tahu yang suami saya ini seorang gay.

The Klasik |

Saya terbaca mesej-mesej dia dengan teman lelakinya yang bernama Luqman dan lahir pada tahun 1990.

Saya baca semua, dari percutian mereka ke Maldives, berbual mengenai horny dan saya menonton video lucah lelaki tersebut kepada bekas suami saya.

Macam mana nak kesan tanda-tanda seorang gay? Nanti saya cerita.

Setelah itu, beliau tidak mahu tinggal bersama meski pun saya sudah menerima jika tiada hubungan kelamin dalam perkahwinan kami.

INI ANTARA SAYA DAN DIA SAHAJA.

Tetapi semenjak balik Malaysia pada bulan November tahun 2016, beliau tidak mencari rumah untuk tinggal bersama dengan alasan tidak cukup duit. Saya disuruh tinggal bersama ibu saya.

Pada bulan Oktober 2017, saya nekad memfailkan fasakh kerana tida hubungan kelamin lebih dari tempoh setahun dan pada ketika itulah beliau meminta untuk bercerai secara baik.

Orang lain saya tak nak komen.

Selama ini saya mendiamkan perkara ini walaupon keluarga bekas suami sibuk mencanangkan saya tak pandai masak dan macam macam lagi.

Setelah itu, saya menjaga anak saya sendiri. Mak saya bekerja setiap Isnin sehingga Jumaat waktu pejabat.

Saya membesarkan anak saya sendiri sejak berusia 5 bulan dalam kandungan. Kami sentiasa kemana mana bersama. Banyak saksi.

Saya pergi ke Kuala Lumpur pun saya akan bawa Camilla sekali. Kami telah sah bercerai pada bulan Oktober 2017.

Semenjak itu beliau hanya memberikan saya RM400 sebagai nafkah anak. Walhal gaji beliau lingkungan RM20k ke atas.

Semasa awal perkahwinan, gaji beliau sekitar USD22,000. Setelah berpindah ke Petronas Malaysia, saya tidak tahu gaji beliau.

Setelah bercerai, rezeki saya sentiasa ada. Saya tidak memerlukan duit dia untuk tampung hidup saya.

SEHINGGA KINI, DIA MASIH BELUM MEMBAYAR DUIT EDAH.

Carta aliran wang masuk ke akaun saya untuk bulan Mei 2018 sahaja lebih dari RM20,000 kerana selama ini saya tidak berkira untuk belanja anak.

Ansuran bulanan kereta beliau sahaja sudah mencecah RM5,000 sebulan. Tetapi belanja anak berkira.

Rumah sewa saya menetap sekarang RM1,000 sebulan. Sudah 8 bulan saya tinggal tanpa meminta apa apa duit sewa dari dia, separuh duit sewa rumah harus dibayar oleh bapa.

Tadi di perbincangan, pegawai menetapkan anak dibayar RM1,060 sebulan mengikut perbelanjaan dan kemampuan bapa.

Bapa pakai seluar dalam jenama Ralph Lauren, tetapi beliau menyuruh membeli baju anak di Mydin.

Ketika mahu pulang.. Saya memberi kebenaran dia untuk pegang anak.

Tetapi di dalam lif, dia dan mak mentua saya mahu mengambil anak saya pulang.

Mak mentua cakap mata saya seperti setan dan Camilla ini hak anaknya. Benih anaknya.

Saya cuba mengambil anak saya. Tetapi saya ditumbuk oleh beliau berkali kali.

Kejadian ini disaksikan orang awam dan polis. Polis menyuruh membuat laporan.

Petikan dari ibu beliau sebentar tadi, ‘kalau nak jaga sendiri, kenapa nak tuntut nafkah? ‘ Saya bersedia jika beliau tidak masukkan 1 sen, tetapi camilla harus dibintikan abdullah.

Saya kemahkamah berdua sahaja dengan camilla, kerana ibu dan keluarga saya tidak suka campur tangan.

Dan saya diam selama ni sebab dia tak minta anak, ekoran belum putus susu badan.

Tetapi harini saya tak boleh terima bila dia nak ambil anak saya.

“Saya tak akan menyemak di kaca TV anda lagi, Saya akan tetap bersama Umno dan BN” – Dira

Umum sedia maklum, Dira Abu Zahar kini sudah aktif dalam dunia politik sebagai Exco Puteri Umno. Malah, dia tetap beristiqamah dalam perjuangan Umno, meskipun parti tersebut tidak lagi menjadi pemerintah pusat.

Walaupun, desas-desus kedengaran parti politik Barisan National hampir ‘terkubur’, Dira Abu Zahar akan tetap meneruskan perjuangannya kerana parti ini memberi kesan terhadap perjalanan hidupnya.

Saya telah berhenti jadi pelakon

Umno terkubur? Saya akan tetap bersama Umno dan BN, saya teruskan juga walaupun sehingga jadi pembangkang. Saya akan setia, pandai atau tidak pilihan itu, saya minta maaf kerana tak boleh nak puas hati semua orang, jadi saya mohon kita hormati hak sesama kita.

Malah, Dira Abu Zahar juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi muncul dimana-mana kaca televisyen sebagai pelakon.

Saya memang tidak akan berlakon lagi, walau saya tiada job saya tidak kisah sebab tak berlakon, jadi jangan risau dan saya rasa saya lebih selesa apa yang saya buat sekarang (berniaga dan berpolitik). Jadi saya harap masyarakat faham, tiada lagi ungkapan bila dah jadi pelakon. Kepada anda saya tak akan menyemak di televisyen lagi dan untuk makluman saya sudah berhenti jadi pelakon tiga tahun lalu.

Saya kuat bergurau

Sementara itu, Exco Puteri Umno ini juga pernah dihimpit kontroversi terhadap beberapa orang artis dan ahli politik yang lain dek kerana kelantangan memberi pendapat di media sosial. Ini respon ringkas Dira Abu Zahar terhadap isu berkenaan.

Saya tak berniat nak cetuskan apa-apa, itu yang saya lalui… lagi satu saya memang seorang yang kuat bergurau.

sumber: ohbulan

” BN akan bangkit semula ! ” – Zahid

Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin BN akan bangkit semula daripada kekalahannya.

“Tidak ada sesebuah kerajaan yang dibina atas faktor-faktor yang dibantui rasa kebencian dan isu-isu yang tidak dapat dijawab kerajaan (kerana) kaedah komunkasi itu tidak tepat, tidak berpijak di bumi nyata, maka akhirnya sesebuah kerajaan itu akan dihukum oleh rakyat,” kata beliau dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno malam ini, beliau berkata BN boleh mengambil teladan parti pemerintah yang lama berkuasa kemudian jatuh tetapi berjaya bangkit semula.

“Kita yakin daripada beberapa pengalamana negara-negara yang alamai situasi sama dengan Umno dan BN, akan bangkit semula,” kata beliau.

Berlapang dada, baiki kelemahan

Zahid juga menggesa anggota Umno untuk merapatkan barisan.

“Takper lah. Kita dah sebut kita berlapang dada dan kita mengambil langkah-langkah ke hadapan… untuk menerap sokongan baru dan baiki kelemahan ada dan akui kesilapan-kesilapan itu akan dibaiki,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memimpin BN kalah pertama kali sejak merdeka, menamatkan kekuasaan gabungan itu selama 61 tahun.

Najib telah meletak jawatan presiden Umno dan pengerusi BN.

Sumber : malaysiakini