5 tips lulus loan rumah tanpa slip gaji.

Jadi, ada pembaca kakiproperty bertanya, kalau buat kerja sendiri, macam mana nak buat loan? Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang nak berniada sendiri. Tak kiral lah secara online atau off-line. Duit hasil dari perniagaan memang masuk bulan-bulan. Keuntungan alhamdulillah cukup. Jadi nak membeli rumah untuk duduk sendiri.

Kalau kerja dengan orang senang, keluarkan slip gaji, kalau kerja sendiri pula bagaimana ya? Jadi hari ini kakiproperty nak kongsi.

5 tips lulus loan rumah tanpa slip gaji.

  1. Setiap hasil jualan masuk ke akaun syarikat.

Jadi bila pelanggan korang nak bank in duit, suruh bank in duit terus ke dalam akaun syarikat. Kalau ada COD pun terus bank in duit tu dalam akaun syarikat. Jangan guna duit tu nak makan pula. hehehehe. Sebab bank nak tengok betul-betul aliran keluar masuk duit perniagaan korang

  1. Bayaran kepada vendor guna akaun syarikat

Kalau korang perlu membayar vendor ke, bayar principal ke, bayar tuan barang ke, datin-datin ke, guna akaun syarikat. Jangan nampak duit masuk je, duit keluar untuk kos perniagaan takde pulak. Ini bukan akaun simpanan ye, mesti ada keluar dan masuk.

  1. Komisyen masuk dalam akaun syarikat

Ini kepada yang bekerja mengikut komisyen. Suruh syarikat tu masukkan komisyen kedalam akaun syarikat kita. Bonus De’xandra pun cucuh masuk kedalam akaun syarikat kita. Baru nampak keewangan business, perniagaan dan syarikat kita nie stabil.

  1. Kurangkan penggunaan tunai.

Senang, risau korang “TER”guna. jadi bank in je terus. sekarang lagi senang ada online transfer. semua dihujung jari =D. Tak perlu beratur panjang di bank.

  1. Simpan penyata akaun sekurang-kurangnya 6 bulan

Simpan elok-elok. Sekarang penyata online dah ada, print je. Lepas tu simpan. Senang bila nak buat loan rumah, korang boleh guna je penyata tu. Selain itu, sini boleh tunjuk aliran keluar masuk duit business korang. Boleh korang agak-agak mampu atau tidak untuk membeli rumah.

Admin nanti nak kongsi cara memantapkan lagi dokumen supaya yang takde slip gaji nie pun mudah nak beli rumah.

 

Inilah Sebab Mengapa Anda Tidak Mampu Membeli Rumah Di Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan sebuah laman web berasaskan fakta yang menunjukkan bahawa harga yang membebankan yang harus dipersalahkan bagi kesulitan industri perumahan negara berbanding dengan peraturan pemberian pinjaman yang ketat.

Malah, portal pusat Perumahan Watch Bank juga turut mendedahkan bahawa kelulusan pinjaman perumahan di bandar-bandar utama di seluruh negara masih lagi pada tahap tinggi iaitu pada kira-kira 70 peratus atau lebih tinggi.

Ia juga menyatakan bahawa rumah dengan harga di bawah RM250,000 hanya menyumbang 22 peratus sahaja daripada unit-unit yang dilancarkan untuk dijual pada Q1 2017, menurun dari 33 peratus pada 2010 hingga 2014, manakala kebanyakannya terdiri daripada hartanah yang berharga di antara RM250,000 hingga RM500,000.

Oleh itu, BNM menyeru pemaju hartanah untuk menurunkan kos dan meningkatkan bekalan hartanah perumahan dengan kos yang lebih rendah.

Mengikut laporan 2015 oleh Institut Penyelidikan Khazanah, median harga rumah di Malaysia adalah bersamaan dengan 4.4 kali median pendapatan isi rumah tahunan. Oleh itu, buah fikiran kerajaan menganggap bahawa rumah di sini sebagai “sangat mahal” dan tidak berpatutan, memandangkan ia memerlukan pelbagai kenaikan sehingga tiga.

Walau bagaimanapun, rumah di negara ini masih dikira sebagai lebih murah berbanding pasaran lain. Sebagai contoh, kajian Demographia terkini melihat Kuala Lumpur menduduki ranking sebagai pasaran perumahan terbaik kelapan dari segi mampu milik di kalangan 18 wilayah metropolitan di seluruh dunia. Sebagai perbandingan, mereka di Beijing dan Hong Kong masing-masing membelanjakan 14.5 kali dan 19 kali pendapatan median tahunan isi rumah.

Langkah untuk melancarkan laman web Perumahan Watch mengikuti panggilan oleh pemaju ke bank pusat untuk memudahkan peraturan pemberian pinjaman untuk memudahkan orang membeli rumah.

Bagaimanapun, BNM tegas mematuhi peraturan yang telah dilaksanakan sejak 2010 untuk menghalang spekulasi hartanah, mempromosikan pinjaman berhemat dan menurunkan hutang isi rumah negara, yang merupakan antara tertinggi di Asia pada sekitar 88.4 peratus pada 2016 tetapi jauh lebih rendah daripada 89.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Perbuatan mengimbangi untuk mempromosikan pinjaman berhemat dan memberi kredit kepada pembeli rumah adalah situasi yang sukar, kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi di Kuala Lumpur.

“Saya tidak fikir ia langkah yang betul untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah dengan pembiayaan. Tetapi peraturan pinjaman perlulah sama-sama ketat dan seimbang pada masa yang sama, kalau tidak kita akan mempunyai lebih banyak pinjaman tidak berbayar dan itu adalah tidak baik untuk sesiapa sahaja di negara ini. “

3 Ayat Biasa Yang Digunakan Scammer Untuk Menjerat Mangsa

Scammer, taktik penipuan alaf baru yang sentiasa berevolusi. Hanya satu panggilan yang diterima atau satu email, cukup untuk menjadikan kita mangsa. Mereka cukup licik! Kurangkan risiko ini dengan mengenal pasti jenis pelaburan haram yang ditawarkan melalui ayat biasa yang digunakan.

#1 “Hanya bayar RM300 sekali seumur hidup, dan anda akan dapat pulangan 3 kali ganda setiap bulan.”

Ini antara ayat biasa yang digunakan. Sentiasa ingat setiap pelaburan ada risikonya. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang terlalu hebat sehingga tak tercapai dek akal.

#2 “Tawaran kami terhad kepada pelanggan terpilih sahaja. Anda perlu bayar sekarang jika tidak mahu lepaskan peluang sekali seumur hidup ini.”

Usah terima tawaran dalam situasi yang memberi tekanan seperti ini. Jika perniagaan ini benar dan sah, anda masih boleh mendapatkan perkhidmatan mereka pada bila-bila masa.

#3 “Kami janjikan pulangan tinggi dan tetap tanpa risiko. Setiap hari dapat profit.”

Jangan mudah terpedaya dengan ayat ini, kerana tiada jalan singkat untuk mendapatkan wang yang lumayan tanpa melibatkan sebarang risiko.

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, jangan mudah terpedaya! Sebaiknya siasat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk kepastian dan jika masih ragu-ragu, katakan sahaja ‘tidak’. Anda juga boleh membuat laporan tentang aktiviti scammer ini kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC di nombor 03–6204 8999.

Biarpun apa produk pelaburan yang anda pilih, adalah amat penting untuk melabur melalui pihak-pihak yang dilesenkan oleh SC iaitu para pengantara pasaran. Proses pelesenan memastikan bahawa sesebuah syarikat atau individu mematuhi peraturan dan garis panduan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam pasaran modal. Pihak-pihak ini juga akan diawasi dan dipantau oleh pihak SC. Jangan sesekali melabur melalui mereka yang tidak berlesen, kerana skim yang ditawarkan berkemungkinan besar mengandungi unsur penipuan!

Ayuh tingkatkan kesedaran anda tentang skim pelaburan tidak sah dengan menyertai aktiviti Larian ScamBuster.
Jom jadikan larian ini aktiviti riadah keluarga yang menyihatkan dan pada masa sama menyumbang kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan. Pendaftaran boleh dilakukan di laman sesawang InvestSmart di www.investsmartsc.my.

3 ayat biasa yang digunakan scammer untuk menjerat mangsa

Kunjungi juga InvestSmart Fest Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan ketahui dengan lebih lanjut asas-asas kukuh yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang mantap.

Acara tahunan ini mengumpulkan lebih 60 institusi pasaran modal termasuk persatuan, penggiat industri dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung. Pelbagai ceramah dan seminar oleh pakar-pakar industri terkemuka juga akan berlangsung.

Sepanjang tiga hari itu pengunjung boleh mendapatkan penilaian mengenai perancangan kewangan mereka di peringkat permulaan secara PERCUMA. Orang ramai boleh mendaftar bagi mendapatkan penilaian awal percuma daripada perancang kewangan berlesen ketika InvestSmart Fest dengan menghantar nama, nombor kad pengenalan dan butiran perhubungan melalui emel kepada investsmart@seccom.com.my. Tempat duduk adalah terhad!

Optometris Ini Kongsi Tips Penting Menjaga Cermin Mata Supaya Tahan Lebih Lama

Pastinya kita semua sudah tahu tentang kegunaan cermin mata. Ianya adalah salah satu alat bantuan penglihatan untuk sesiapa yang mempunyai masalah rabun sama ada masalah rabun jauh ataupun dekat.

Jadi di sini pentingnya untuk menjaga cermin mata agar lebih tahan lama untuk dipakai. Malah ada sesetengah individu yang baru sahaja enam bulan memaka cermin mata, tetapi keadaannya penuh dengan calar balar. Ikuti tips dari Optometris Puan Hanun Nadiah Rozi ini tentang kepentingan menjaga cermin mata.

Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.

Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.

Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?

Saya kongsikan tips ya.

+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.

+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak ‘aim’ potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.

Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.

Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. 😊

P/s : Perkenalkan ‘nyawa kedua’ saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.

Hanun Nadiah Rozi

Optometris

Sumber dari Siakap Keli dan Hanun Nadiah Rozi

Ini Sebab Lantai Masjidil Haram Tetap Sejuk Walaupun Udara Sangat Panas

Masjidil Haram merupakan masjid yang dianggap paling suci oleh umat Islam kerana terletaknya kaabah di tengah – tengah. Tapi apa yang anehnya bangunan ini adalah lantainya tetap terasa sejuk walaupun iainya terletak di tengah gurun yang suhu udaranya panas.

Para jemaah yang melakukan ibadah tawaf sering menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat istirahat untuk menghilangkan rasa penat.

Ramai yang menganggap pihak pengurusan meletakkan penghawa dingin dibawah lantai marmar yang dipasang namun begitu, penjaga Masjidil Haram mengatakan tidak sama sekali.

Menurutnya, batu marmar yang digunakan di Masjidil Haram dibuat daripada marmar asli jenis Thassos yang berasal dari Yunani.

Marmer thassos inilah yang memberikan rasa sejuk kepada para jamaah yang memberikan kesan dingin dan mampu menghakis udara panas. Disebabkan itu walaupun masjid ini dipenuhi oleh ribuan jamaah, ia tetap akan terasa sejuk.

Subhanallah, Ini Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah

9 sebab kenapa Allah temukan kita dengan insan yang salah.

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila bertemu jodoh yang sebenar, kita akan merasa syukur dengan ketentuannya.

2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita akan jadi penilai yang lebih baik.

3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah  supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk kita.

5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah itu Maha Pemurah dan Penyanyang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan masa depan kita.

6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama sama dengan Allah.

9. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Sentiasa ingat, walaupun ada insan yang meninggalkan kita, tapi Allah SWT sentiasa bersama kita dan menyanyangi kita.

Cinta Manusia Itu Hanya Sementara, Cinta Pada Ilahi Yang Akan Sentiasa Kekal Abadi. 

Kredit : Islam Itu Indah

Suasana Keislaman Kota Bharu Penghujung Abad Ke-19

Suasana keislaman atau bi’ah solehah yang begitu kuat dapat dirasakan di Kota Bahru, Kelantan sekitar abad ke-19 sesuai dengan gelarannya sebagai ‘Serambi Mekah’. Nik Abdul Aziz Nik Hassan menyatakan dalam makalahnya bahawa orang-orang yang berada di Kota Bahru pada ketika itu dapat merasakan ketenangan fikiran dan keberkatan disebabkan suasana keislaman yang menyelubungi kehidupan mereka pada ketika itu.

Masyarakat di Kota Bahru pada ketika itu terbentuk sebagai sebuah masyarakat yang sangat suka pada ilmu-ilmu agama. Menjelang waktu petang, ramai di kalangan orang dewasa sama ada lelaki atau perempuan yang sanggup berjalan kaki sejauh lima atau enam batu semata-mata ingin mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh para ulama di Kota Bahru. Tidak kurang juga mereka yang berperahu menyeberangi Sungai Kelantan menuju ke masjid-masjid dan surau-surau yang terdapat kuliah agama.

Setelah selesai kuliah dari para ulama, ramai yang berkumpul di tepi-tepi jalan membahaskan masalah agama. Di waktu pagi, petang dan malam terdengar suara-suara ulama sedang mengajarkan kitab-kitab agama pada masyarakat. Pada tiap-tiap waktu solat fardu pula, orang ramai membanjiri masjid dan surau-surau untuk menunaikan solat jemaah.

Pengajian pondok menjadi pilihan utama anak-anak di mana terdapat ratusan buah pondok yang bertebaran di sekitar Kota Bahru. Dengan itu, Kota ini sentiasa dilatari dengan suara ‘budak-budak pondok’ yang sedang menghafal Al-Qur’an dan membaca kitab-kitab turath. Kelihatan di waktu pagi dan tengah hari, pelajar-pelajar pondok yang berkopiah, berbaju kemeja dan berkain pelekat berjalan beriringan secara berkelompok di sana sini dengan di tangan masing-masing membawa kitab.

Antara ulama yang masyhur dan sangat berpengaruh di Kota Bahru pada ketika itu ialah Tuan Tabal yang mengamalkan tarekat Ahmadiyah, Tuan Guru Haji Wan Ali Khutam yang mengamalkan tarekat Syadziliyah, Tuan Guru Haji Wan Musa (anak Tuan Tabal) Tok Kenali (anak murid Tuan Guru Haji Wan Ali Khutam) dan ramai lagi.

Pengajian mereka sangat diminati oleh masyarakat Kota Bahru. Sebagai contoh, majlis pengajian Tuan Guru Haji Wan Musa dan Tok Kenali di masjid-masjid dan surau-surau dilimpahi oleh orang ramai di mana tiada ruang kosong sedikit pun di dalam masjid dan surau sehinggakan orang ramai terpaksa duduk di rumput. Malah ada yang sanggup bertenggung dan berdiri lama seolah-oleh mereka mendapat hiburan ‘wayang pacak’.

Suasana ratiban zikir juga begitu hidup di Kota Bahru di mana para ulama menganjurkan majlis-majlis zikir di kalangan masyarakat di masjid-masjid dan surau-surau. Sebagai contoh, masjlis zikir tarekat Ahmadiyah yang dianjurkan oleh Tuan Guru Haji Said sangat mendapat sambutan di mana majlis zikir di suraunya yang terletak di Jalan Atas Banggol penuh sesak dengan ratusan jemaah.

Pendidikan Seks Dan Islam – Teguran Untuk Syed Saddiq

Pendidikan Seks ada dalam Islam,dan ia berbeza dengan Pendidikan Seks acuan Barat,bahkan ia tidak dijenamakan dengan pendidikan seks.

Pendidikan seks acuan Barat hanya sekadar bersifat menekankan kaedah hubungan ‘seks selamat’,iaitu sekadar mencegah kehamilan serta penyakit bawaan seks(STDs) sahaja,tanpa melahirkan elemen tanggungjawab serta rasa malu dan amanah terhadap diri sendiri atau pasangan.

Berbeza dengan pendidikan seksual dalam Islam,ia bermula sejak awal perkembangan kanak-kanak memasuki alam dewasa lagi dengan memberi penekanan terhadap nilai kehormatan individu yang mesti dijaga.

Dalam Islam,seorang kanak-kanak dianggap telah masuk ke alam dewasa sebaik sahaja mengalami perubahan fizikal dan perkembangan seksual yang dikenal sebagai ‘Akil Baligh’.

Bagi kanak-kanak lelaki,proses Akil Baligh bermula selepas seseorang mengalami mimpi basah,atau sehingga usianya genap 15 tahun menurut perkiraan taqwim Qamari*.

Bagi kanak-kanak perempuan,proses tersebut bermula selepas ia didatangi haid pada usia sekurang-kurangnya 9 tahun genap menurut perkiraan taqwim Qamari,atau sekiranya tidak mengalami haid,ia dikira akil baligh selepas genap umurnya 15 tahun,menurut perkiraan taqwim Qamari*.

Maka Islam telah meletakkan langkah pencegahan awal sebelum fasa akil baligh lagi,dengan memerintahkan agar anak-anak yang berusia 10 tahun diasingkan tempat tidurnya mengikut jantina,supaya tidak timbul kecenderungan seksual.Ini sepertimana yang diriwayatkan dalam hadith;

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.

Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka. (Riwayat Abu Dawud)

Ini secara tidak langsung bertindak sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelak berlakunya rangsangan seksual di usia yang muda.

Selain daripada pemisahan tempat tidur,umat Islam juga,baik lelaki atau perempuan,juga disuruh agar menjaga pandangan,bagi mengelakkan berlaku ransangan secara visual.

Kemudian sebagai langkah akhir,ialah fasa hukuman terhadap pesalah seksual,baik kesalahan zina,rogol serta jenayah-jenayah seksual lainnya,dengan tujuan mendidik manusia bahawa hubungan seks bukanlah sekadar untuk melampiaskan nafsu tanpa mengira keharmonian manusia lain.

Inilah yang sewajarnya difahami oleh sebahagian aktivis pada hari ini sebelum sibuk turun dan mengelirukan remaja Islam dengan kempen ‘pendidikan seks’ yang hanya akan berakhir dengan pemberian kondom percuma yang seolah-olah menggalakkan hubungan seks bebas, asalkan ‘selamat’ tanpa memberi penekanan bahawa hal tersebut adalah suatu kesalahan.

Bantulah remaja kita keluar dari gejala seks rambang menurut acuan Islam dan kesusilaan Timur,bukan dengan mempromosikan kepada mereka kaedah seks ‘selamat’!

*Definisi akil baligh ini adalah menurut Madzhab Syafii’iy dan ada sedikit perbezaan mengenai had umur pada madzhab lain.

Rahsia Kemenyan Dalam Tamadun Melayu

Seingat saya, ilmu tentang penggunaan kemenyan di Alam Melayu ini benar-benar saya perolehi dari lapangan. Saya masih belum jumpa lagi sumber rujukan bertulis.

1) Semasa saya melawat tukang membuat keris di selatan Thailand, beliau memberitahu saya bahawa antara sebab keris diasapkan dengan kemenyan selepas dicuci dengan limau ialah supaya air limau yang melekat pada bilah keris itu cepat kering selain untuk mewangikan keris.

Ini mengelakkan keris berkarat. Di samping itu, kemenyan yang mempunyai getah boleh membalut racun-racun yang disapu pada keris. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti karat.

2) Semasa saya menjejak tinggalan sejarah dan budaya di Kerinci, seorang tua memberitahu saya bahawa pada zaman dahulu di Kerinci, dinding masjid dan rumah akan kerap diasap dengan kemenyan untuk mencegah dari anai-anai. Kemudiannya asap kemenyan diletakkan di ruangan untuk menghalau nyamuk dan mewangikan ruangan. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti serangga.

3) Seorang pengamal perubatan tradisional pula pernah memberitahu saya bahawa tabib zaman dahulu akan membakar kemenyan ketika menjalankan rawatan supaya fikiran pesakit menjadi tenang memandangkan kemenyan adalah antara bahan pewangi pada ketika itu. Makanya, kemenyan digunakan sebagai aroma terapi.

Namun apabila sebahagian manusia menyalah gunakan asap kemenyan bagi tujuan khurafat dan tahyul, maka penggunaan kemenyan dalam masyarakat Melayu disalah ertikan. Dengan itu, kemenyan adalah antara mangsa ‘pukul rata’ atau generalisasi oleh masyarakat moden.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Doktor Mesir Dedah Rahsia Dalam Al-Quran Yang Boleh Sembuhkan Penglihatan 99% Dengan Izin Allah.

Salah satu anugerah yang Allah berikan kepada umat manusia adalah penglihatan. Dengan adanya mata, menjadikan keindahan dunia ini boleh dilihat dengan jelas. Maka sudah sepantasnya jika kita senantiasa mensyukuri dan berusaha menjaga kenikmatan yang Allah beri tersebut. Namun seiring berjalannya usia, maka fungsi penglihatan pun menjadi menurun.

Bahkan tidak begitu ramai kanak-kanak yang terpaksa menggunakan kaca mata sejak kecil setelah mengalami masalah penglihatan disebabkan begitu kerap melihat televisyen, telefon bimbit pintar (smartphone), membaca buku dengan lampu yang kurang dan sebagainya. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa permasalahan ini sukar untuk dirawat dan memerlukan masa yang panjang. Akan tetapi dalam jangka masa yang dekat ini sebuah syarikat farmaseutikal yang berada di Switzerland merancang membuat ubat mata yang disebut ‘Ubat-Quran’.

Berdasarkan sumber oleh Healthy Advices, ubat-ubatan yang ditemui oleh doktor asal Mesir bernama Abdul Basit Mohammed ini didakwa mampu mengembalikan keupayaan penglihatan hingga mencapai kejayaan 99%.

Abdul pun menyatakan bahawa ia mencari ubat tersebut dari Al Qur’an, tepatnya dalam surat Yusuf ayat 84:

وتولى عنهم وقال يا أسفى على يوسف وابيضت عيناه من الحزن فهو كظيم

“Dan (bapa mereka – Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.”

Tafsiran ayat di atas bahawa sejak dulu manusia telah menggunakan keringat untuk menjadi ubat dari berbagai masalah, terlebih yang berkaitan dengan pembaikan dan pemulihan mata. Abdul pun telah melakukan uji cuba kepada arnab dan manusia. Hasilnya cukup menunjukkan bahawa ubat tersebut benar-benar bekerja dan memberikan keajaiban.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD