Apa Yang Korang Nampak Tentang Lukisan Ini? Gambar Ini Menunjukkan Realiti Perbezaan Cara Berfikir Antara Lelaki Dan Perempuan.

Apa yang anda nampak tentang gambar di atas. Jika anda melihat sekali gambar ini, anda hanya akan nampak seorang lelaki yang berusaha untuk menyelamatkan kekasihnya walupun tangan beliau di gari pada pokok. Manakala, perempuan di dalam gambar itu berusaha untuk terapung sedangkan kakinya di gari bersama pemberat yang akan menariknya ke dasar tasik.

Tetapi jika anda lihat pada persepsi yang kedua. Ada yang menyatakan, gambar radikal ini adalah satu hukuman kepada pasangan kekasih tersebut dan mereka di larang untuk bersama, dan lelaki itu terpaksa melihat kekasih hatinya mati tenggelam dan lemas di dalam air.

Jawapan yang diberikan oleh pelukis gambar ini adalah. Lelaki itu adalah dirinya kerana dia seorang lelaki, manakala perempuan itu adalah isterinya.

Kunci untuk kedua-dua gari tersebut adalah anak mereka.Bola pemberat dan rantai besi di kaki perempuan itu adalah ibu mertua lelaki tersebut. Rantai besi di lengan lelaki itu adalah kemarahan diri nya.Air tasik itu adalah semua unsur negatif yang menenggelamkan diri isterinya.

Pokok yang berdiri teguh dan menahan daripada lelaki itu terlepas adalah ego dan kebanggaan lelaki. Pokok-pokok di pulau bersebelahan adalah masyarakat yang hanya melihat tanpa memberikan apa-apa pertolongan.Gambar ini dilukis untuk menggambarkan cerita tentang pasangan suami dan isteri yang melalui fasa pergaduhan teruk di dalam perhubungan.

Lelaki yang keras kepala dan tidak mahu merendahkan egonya, dan sentiasa ingin menang dalam apa jua keadaan, malah akan naik berang dan marah jika egonya di cabarManakala perempuan, yang asyik terikutkan suasana dan masyarakat dan selalu membandingkan tentang apa yang pasangan lain ada dan tidak pada hubungan diri sendiri.

Kunci yang di pegang oleh perempuan itu ibarat anaknya, satu-satunya cara untuk lelaki itu terlepas dari kemarahan dan ego nya. Tetapi tidak mahu dihulurkan oleh perempuan dan memaksa untuk lelaki itu melepaskan dirinya sendiri dan menyelamatkan kekasihnya.Dorongan ibu mertua yang berterusan meracuni anaknya untuk meninggalkan suaminya itu adalah simbolik bola besi dan rantai di kaki perempuan.

Masyarakat yang melihat hanya sekadar melihat dan tidak berbuat apa-apa, tetapi tidak putus memberikan unsur negatif kepada pasangan tersebut.Ini adalah maksud di sebalik gambar itu. Apa pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan maksudnya, atau anda ada fahaman yang berbeza. Itu terpulang kepada persepsi masing-masing. Yang penting, elakkan daripada menjadi seperti pokok-pokok dari pulau sebelah. Ok.

Kredit : teabeng.com

Kepada Sesiapa Yang Berhasrat Mahu BELI Myvii 2018, Lupakan Sahaja Jika Tidak Memenuhi Kriteria Ini!!

GAJI RM2,000 TAK PATUT BELI MYVI 2018.

1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.

10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha. – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.

Kredit : gedebakviral.net

MYVI 2018
1.3 Standard G MT (RM44,300)
1.3 Standard G AT (RM46,300)
1.3 Premium X (RM48,300)
1.5 High (RM51,800)
1.5 Advance (RM55,300).

Perodua Myvi 2018 telah pun selamat dilancarkan. Pastinya ia sudah meredakan debaran yang memuncak dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini apabila ia hangat diperkatakan termasuk tular di laman media sosial. Kini, Myvi 2018 telah pun berada di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.Apatah lagi dikhabarkan, Perodua telah menerima tempahan sebanyak 5,000 unit sejak ia dibuka pada 9 November lalu. Bayangkanlah, sebelum ia dilancarkan, sudah berduyun-duyun orang jatuh cinta dengannya walau belum tengok di hadapan mata, namun nekad untuk memilikinya. Jadi, adakah anda antara ribuan rakyat Malaysia yang bakal mengunjungi bilik pameran Perodua terdekat?

Perodua akan melancarkan Myvi 2018 baharu di pasaran Malaysia dijangka pada awal tahun Januari 2018. Model baharu generasi ketiga ini nampak lebih moden dan futuristic. Selain rekabentuk moden, ruang dalaman interior juga nampak lebih luas tapi masih mengekalkan ciri kereta compact. Harga yang ditawarkan bermula RM44,300 hingga RM57,000. Untuk info, Myvi baharu 2018 juga menggunakan teknologi enjin baharu yang lebih jimat minyak Energy Efficient Vehicles (EEV) dengan kapasiti variasi 1.3 dan 1.5 Liter manakala menggunakan Transmisi Dual VVT-i.

Sumber : Pautan.org

TERGAMAK!!!Anak Kucing Ini Diwarnakan Dengan Dakwat Kekal Dan Dicampak Pada Anjing Kelaparan!!!

Manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan haiwan comel seperti kucing sebagai satu hiburan dan akhirnya bertindak kejam dengan membunuhnya!

Tanpa ada rasa bersalah ataupun rasa belas kasihan, anak kucing diwarnakan dengan dakwat kekal dan dicampakkan kepada anjing liar untuk dijadikan santapan. Sungguh kejam!

Dua ekor anak kucing berusia empat minggu yang diwarnakan dengan pen dakwat kekal bagi ditandakan untuk menyertai satu sukan yang sangat kejam dan tidak berperikemaknusiaan! Anak kucing tersebut ditemui oleh sukarelawan dalam keadaan lemah dan terus dihantar ke pusat haiwan untuk perlindungan dan rawatan.

Menurut salah seorang kakitangan Bradford Cat Watch Rescue Kittens Katie Lloyd, kod warna pada,anak kucing tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti sukan yang tidak bertamadun, di mana haiwan comel itu akan dicampakkan ke arah sekumpulan anjing.

Tidak tergambar akan kekejaman mereka itu, bagaimana manusia boleh bertindak sekejam itu, jika haiwan yang tidak berdosa dan sangat comel itu pun diseksa dan diperlakukan begitu kejam, tidak hairan lah jika sesama manusia mampu saling membunuh!

Warna-warna pada badan anak kucing itu ditanda untuk memudahkan penonton membuat pertaruhan ke atas haiwan yang mereka pilih dalam menentukan yang mana akan dibunuh anjing dahulu.

Insiden kejam seumpama itu dikatakan bukan kali pertama dilaporkan. Sekiranya anak kucing itu tidak diselamatkan, maka ia akan mati dalam masa satu atau dua jam. Dua anak kucing yang berjaya diselamatkan itu diberi gelaran Shrek dan Smurf oleh kakitangan pusat haiwan tersebut.

Haiwan harus disayangi, bukan untuk disakiti. Jadilah manusia yang tahu akan belas kasihan dan saling menyayangi, bukan sesama manusia sahaja, bahkan kepada haiwan.

Kisah kucing juga…

Kisah Cinta Antara Dua Makhluk Yang Dibesarkan Bersama Sejak Daripada Lahir!!

Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan ini menggelarnya “penjinak kucing” dan sebabnya yang paling utama ialah sejak bayi lagi anaknya telah dipertemukan dengan kucing itu dan sehingga kini mereka tidak dapat dipisahkan.

Melihatkan kemesraan dan ikatan antara mereka yang begitu rapat, ibu bapa kanak-kanak ini memutuskan untuk merakam momen indah mereka berdua. Mari lihat beberapa aksi yang telah dirakam oleh ibu bapa ini.

Dari saat kanak-kanak perempuan ini bertemu dengan kucing baru keluarganya, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan

 

Mereka telah tidur bersebelahan sejak dia masih bayi lagi

Ibu bapa mula merakam momen indah kedua-dua pasangan yang comel ini sewaktu mereka tidur. Lihatlah, comelnya!

Kucing itu sentiasa berada dekat dengannya sambil melingkar sebagai tanda hendak bermanja

Sepanjang tahun, kedua-dua kanak-kanak perempuan dan kucingnya membesar dengan sihat dan begitu juga dengan ikatan antara mereka semakin kukuh

Ibu bapa akan terus merakam persahabatan ini untuk beberapa tahun akan datang
“Dia adalah salah satu daripada orang istimewa yang menjadikan makhluk selesa tanpa mengira apa keadaan sekalipun.”kata ayahnya. “Gadis ini MENCINTAI kucing dan kucing-kucing itu juga suka padanya.”Menurut ayah kanak-kanak ini, kucing tersebut tidak membiarkan dia mendekatinya, tetapi apabila anak perempuannya membelainya, kucing itu tidak marah malah membiarkan sahaja.“Saya agak cemburu tetapi dia adalah dia – penjinak kucing.” kata ayahnya lagi.

Kredit : beritasteady.com

JANGAN MALU KELIHATAN MISKIN, TAPI MALULAH SEKIRANYA BERPURA-PURA KAYA TETAPI HAKIKATNYA…

Mampu membeli bukan bermaksud kita harus membeli. Beberapa kali kawan-kawan isteri saya menawarkan beg dan baju-baju mahal. Isteri saya hanya tersenyum dan menggeleng. “Beg dan baju saya masih elok dan belum rosak, dan barang-barang itu terlalu mahal buat saya” kata isteri saya. Dan isteri saya tidak malu kelihatan miskin.

Saya biasanya makan di warung rojak di kota Bandung kalau mebeli barang-barang untuk perniagaan saya dan sering berbual dengan salah seorang penjaga tempat lempat kereta di sana sehingga dia kenal dengan saya.

Pada tahun 2005, saya adalah seorang perunding kewangan untk projek Bank Dunia dan saya mulai merancang untuk membuka perniagaan dengan kawan saya. Tiada orang yang peduli dengan status profesi saya pada waktu itu. Mereka hanya tahu saya memandu  lori kecil dan kadang-kadang menggunakan pengangkutan awam. Ramai orang yang menganggap saya bekerja sebagai seorang pemandu. Dan saya tidak malu kelihatan miskin.

Jangan merasa malu kelihatan miskin, tapi malulah jika kita berpura-pura kaya.

Salah satu modal untuk menjadi usahawan adalah jangan malu terlihat miskin. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai jawatan yang baik di sebuah bank. Dia sering bergurau ingin meletakkan jawatan dan menjadi seorang usahawan tapi lapan tahun sudah berlalu dan dia masih bekerja di bank itu, walaupun gurauannya masih tetap sama. Ini disebabkan dia tidak mahu melangkah keluar dari zon selesanya. Untuk menjadi usahawan kita akan banyak berkira dan itu akan membuat kita kelihatan miskin dan susah.

Menjadi seorang usahawan itu kadang-kadang kita harus tebal muka, tebal hati, dan tebal tekad. Rumusan mudah untuk menjadi usahawan adalah membeli lebih murah dan menjual lebih mahal. Ramai di antara  kita sering menggunakan alasan menunggu modal apabila ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan. Padahal rumusan itu sangat mudah, kita lah yang sering membuatnya rumit.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman bin Auf, dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Sa’ad bin Rabi’. Sa’ad kemudian menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin auf sebagai perwujudan rasa cinta terhadap saudar barunya. Namun beliau menolak dan hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Jadi, modal bukanlah alasan untuk menjadi usahawan. Dan janganlah malu kelihatan miskin, tapi malulah ketika kita berpura-pura kaya. Sayang sekali, terlihat lebih ramai yang berpura-pura kaya.

Sumber: ohmymedia via apekesah.com

Kebanyakan Artis Wanita Jelita Adalah Dari Pantai Timur,(Gambar).

Artis yang berasal dari Pantai Timur ini sememangnya cantik dan mempunyai bakat yang tersendiri. Pastinya ramai yang meminati mereka ni..

1. Niena Baharun

Niena Baharun merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Kelantan.Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz yang disiarkan di TV3.

2. Nora Danish

Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish. Merupakan seorang pelakon yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini terkenal kerana memegang watak utama Puteri dalam siri komedi tempatan Puteri .

3. Emma Maembong

Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992) atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong, juga berasal dari Terengganu. merupakan seorang pelakon dan model wanita . Emma Maembong Terkenal kerana Kau Yang Terindah,Projek Memikat Suami,Astana Cinta Aleesa,Yes Boss,Isteri Separuh Masa,Tersuka Tanpa Sengaja,#AssalamualaikumCinta.

4. Neelofa

Noor Neelofa binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon,pengacaradan model iklan.Neolofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

5. Nelydia Senrose

Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senros ialah seorang pelakon wanita dan merupakan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen, dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.Pada tahun 2015, beliau memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Pilihan di Anugerah Drama n Festival Kuala Lumpur 2015.

Sumber : diaridunia.com

Dan seterusnyaaa ……

Pasti Korang Akan Terkejut!!! Inilah Senarai KEPUTUSAN SPM Artis-Artis Malaysia…!! Fuhhh…Artis No.1 Tu Memang Terbaiklah…!!!.

 

 

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apakah keputusan yang artis-artis di malaysia ini pernah dapat. Difahamkan, ketika tahun 90-an, SPM menggunakan agregate dalam menilai tahap pelajaran seseorang itu. Kemudian agregate tersebut akan dikumpul dan ditentukan mengikut gred dan pangkat.

Tahap agregate tersebut bermula dengan Gred 1 yang membawa keputusan paling cemerlang. Senang kata, semakin sikit gred tersebut semakin bagus keputusan tersebut.

Jom terjah keputusan-keputusan Artis-artis di malaysia.

1.Neelofa

SPM: 10A (7A1+3A2), Tahun: 2006

2.Syura

SPM: 3A Tahun: 2004

3.Siti Nordiana

SPM: 5A, Tahun: 2000

4.Dato’ Fazley

SPM: Gred 1 Agreget 7

5.Diana Daniella

SPM: 2A 5B

Semoga adik-adik yang di luar sana belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Walau apa pun anda dapat. percayalah ada yang lebih baik menanti anda dikemudian hari.

sumber: diaridunia.com

Kaya Gila VS Gila Nak Tunjuk Kaya

Setakat artikel ini ditulis, saya belum menemui lagi Warren Buffet dan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook beria-ria berswafoto untuk menunjukkan kekayaan mereka, tidak kisahlah sama ada mahu menunjuk-nunjuk kereta, duit, cincin atau pun rumah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Warren Buffet masih lagi tinggal di rumah yang dibelinya pada tahun 1958 dengan harga USD31,500.

Rumah banglo milik Warren Buffett

Rumah banglo milik Mark Zuckerberg

 

Kereta hitam itu merupakan mereka yang dipandu oleh Mark Zuckerberg setiap hari ke tempat kerja. Bila ditanya mengapa, jawab beliau tidak suka dikenali orang ramai. MashaAllah, humble-nya orang kafir.

Manakala kereta coklat di bawah ini merupakan milik kepada manusia kedua terkaya di dunia, Warren Buffet.

Ada dua jenis orang kaya:

Pertama – Kaya gila
Kedua – Gila nak tunjuk kaya

Bagi kategori pertama, Kaya Gila, kebanyakkan kafir manakala bagi kategori kedua pula, Gila Nak Tunjuk Kaya, kebanyakkannya bani Melayu.

Bukan susah mahu mengenali orang yang kaya seperti Rockefeller, Bloomberg, Bill Gates, Vincent Tan, Warren Buffet, Robert Kuok dan lain-lain billionaire di dunia.

Mereka ini boleh dikategorikan sebagai spesis singa, duit tidak pernah habis. Sama ada anda suka dengan kami ataupun tidak, kami ada duit berbillion sebab kami pandai membuat duit. Kami tidak kisah apa yang orang fikirkan tentang kami.

Tetapi, spesis yang gila nak tunjuk kaya pun ramai dan senang mahu cam. Biasanya public figure Melayu yang ramai terlibat. Jenis macam ini namanya spesis kambing, berak tahi warna hitam macam makjun. Kaya jenis suam-suami kuku. Baru jadi jutawan sudah terkena kejutan budaya dan kebiasaanny, kekayaan mereka ini tidak bertahan lama.

Sekarang ini, di dalam Malaysia, spesis macam ini berlambak dan membiak di Facebook. Contohnya bila mahu ber-shopping di Louis Vuitton ataupun mahu membeli beg tangan Channel, Marc Jacobs ataupun Hermes, mereka akan buat live ataupun paling kurang berswafoto.

Bila mahu tempah kereta mewah, mereka suka beritahu satu dunia. Rumah berharga RM10 juta yang masih di dalam pembinaan pun mahu ditunjukkan kepada semua orang seperti mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka ini memang jutawan.
style=”width: 810px;”>

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah salah satu contoh orang kaya spesis singa

Anak beli Bentley pun kena cerita supaya anak aku tahapnya lebih tinggi daripada orang lain. Jadi inilah perangai orang-orang yang suam-suam kuku kaya sebab itu dia kena beritahu orang ramai bahawa mereka ini kaya.

Mereka ini takut kalau-kalau orang lain tidak tahu yang mereka ini kaya, takut nanti orang cakap bisnes mereka tidak maju. Jadi imej mesti mahu dijaga. Ini namanya orang kaya tetapi low class. Sebab mereka ini ingat kelas itu terletak semata-mata pada material. Pakai Prada tetapi otak tiada.

Berlainan dengan spesis singa, mereka tidak perlu berswafoto depan butik Louis Vuitton semata-mata mahu memberitahu yang aku mampu, sebab mereka ini memang mampu. Tiada siapa yang boleh menghalang mereka daripada membeli.

Apa yang lawaknya, Melayu yang jenis kaya suam-suam kuku mahu beli beg tangan mahal, tetapi tanya harga, nampak sangat tidak cukup kaya.

Orang kaya gila mana ada tanya harga, kecuali jenis yang suka tunjuk kaya saja yang tanya harga, takut-takut duit mereka tidak mencukupi. Manakala orang kaya jenis singa pula mentaliti mereka adalah “I want this,I will pay.”

Orang kaya gila, habitatnya memang gila. Mindset mereka memang kaya. Cara berfikir mereka pun memang kaya sebab mereka menjadi kaya melalui proses yang bernilai dan matang.

Mereka tidak perlu mahu menunjuk kaya sebab mahu approval daripada orang ramai. Mereka tidak perlu berswafoto di dalam helikopter semata-mata mahu beritahu:

“I dalam heli yang I beli RM5 juta semalam…”

atau…

“Hari ini I naik business class siap belanja kawan-kawan sebab bisnes sudah boom. Habis RM50k, tetapi takpe, nanti tuhan tambah lagi..”

Tetapi, spesis singa beli beg tangan berharga RM200k sebuah bagi mereka tiada masalah, macam RM20 saja. Mereka pakai pun sebab mereka mampu dan puas, bukannya mahu beritahu orang lain yang mereka sudah mampu.

Ironinya, jenis yang kaya suam-suam kuku kena tunjuk di Facebook ataupun Twitter untuk beritahu yang dia sudah belanjakan RM20k beli sebuah be tangan. Jadi, nampak sangat dia yang excited jadi kaya.

Orang kaya gila seperti Bloomberg ataupun Bill Gates, money has no value to them because its already there. They are already successful.

Berbeza pula dengan yang kaya suam-suam kuku ini, kena beritahu satu dunia betapa hebatnya menjadi kaya, lalu kena tunjuk rumah sudah ada lima bilik, tengah rancang mahu membeli lagi 5 buah rumah lagi. Jadi terpaksa ambil gambar dan post di media sosial.

Kebiasaannya, orang terkenal yang suka menunjuk kaya berjayanya tidak akan bertahan lama. Sebab fokus mereka hanyalah mahu menayangkan kekayaan mereka. Cuba beritahu satu nama tauke produk Melayu yang sudah buat produk yang dapat bertahan selama 50 tahun dan pergi ke peringkat antarabangsa, ada? Normally, jenis yang suka menunjuk ini ialah ibarat berperangai seperti beruk dapat bunga. Terkejut sebab jadi kaya.

Kaya atau material are a product of success.

Tetapi di Malaysia ini, semakin ramai orang yang bodoh-bodoh dan memuja-muja orang terkenal ini sebab kekayaan mereka. Terkedu tengok hebatnya si kaya itu pakai Ferrari.

Orang kafir, mereka nilaikan kejayaan, bukannya materials. Mereka hormati orang sebab nilai kejayaan mereka, bukan materials. Mereka mahu tahu macam mana Mark boleh berjaya buat Facebook, bukannya mahu tahu Mark boleh beli apa. Bukannya mereka mahu tengok Mark pakai baju kot yang berharga cecah berjuta-juta ringgit.

Pernah nampak Mark selfie tunjuk cincin berlian berharga RM5 juta?

Budaya di Malaysia ini semakin penuh dengan aksi badut dan propa, semakin banyak orang yang suka. Waktu orang tengah suka, jual tahi kambing pun boleh dikatakan mujarab untuk kuruskan badan. Orang ramai beli sebab aksi badut yang dibuat.

Kemudian, beli cash gelaran Dato’ atau pun Dato’ Seri. Jadi semakin terserlahlah ‘kekayaan’ mereka dan dapatlah approval bahawa orang ini sebenarnya betul-betul hebat.

Lagi banyak buat aksi menarik perhatian orang ramai, walaupun sekadar aksi bodoh semata-mata, jadi semakin lakulah produk mereka. Tak pernah pulak saya nampak Armani atau Chanel buat aksi bodoh untuk mendapatkan perhatian.

Satu lagi,boleh cuba taja rancangan “agama”, maka tunduklah Melayu dan yakinlah mereka tauke produk ini sangat beriman, lalu berkerumunlah bani Melayu datang membeli produk mereka.

Kalau sudah memang berjaya dan bertaraf jutawan seperti Ronaldo ataupun Messi dan Usain Bolt, tidak perlu ambil gambar snediri dan tunjuk harta benda.

Paparazzi yang akan volunteer mengambil gambar kita tanpa pengetahuan kita. Paparazzi yang akan kejar mahu melihat koleksi kereta mewah kita, walaupun kita sorok.

Tetapi jenis gila mahu tunjuk kaya tidak berhenti-henti bercerita apa yang mampu mereka beli, macam tiada cerita lain di dalam hidup mereka. Dia menjadi seronok bila orang lain tahu yang dia kaya, bukannya seronok sebab produk dia sudah berjaya sembuhkan 500 juta orang di dalam dunia.

Cubalah baca kisah Leonardo De Caprio. Dia suka kehidupan yang low profile, kereta ada sebuah saja sebelum ini. Tetapi, anehnya satu dunia tahu betapa berjayanya dia di dalam kerjaya beliau. Tidak perlu pun beritahu betapa “aku mampu beli sebuah mansion di Malibu sebab aku pelakon terkenal di Hollywood…” Malulah sikit dengan orang kafir.

Ramai lagi artis Hollywood yang hebat seperti Matt Damoin, Denzel Washington, Daniel Day Lewis, semuanya hidup sangat low profile, jauh daripada orang dan tidak sukakan skandal ataupun gossip. Mereka tidak perlu mahu beritahu kisah percintaan mereka, anak sekolah di mana sebab bagi mereka itu semua kehidupan peribadi.

Tapi spesis Melayu kambing mahu beritahu satu dunia yang betapa gembiranya mereka menjadi kaya berbanding dengan orang lain. Kadang-kadang produk pun tahap mediocre saja, bukannya luar biasa pun. Tetapi kisah bodoh dalam kainnya yang lebih banyak dijaja dan ditertawakan.

Sumber : Dean Kadeer via ngonyelngonyel.com

 

Ni salah satu contoh GILA NAK TUNJUK KAYA…. Tayang statement KWSP…

Dato’ Seri Aliff Syukri, jutawan kosmetik yang sering sahaja mendapat perhatian dan terpalit dengan kontroversi setiap kali beliau ingin berkongsi sesuatu bersama pengikutnya di media sosial.

Terbaru, Aliff ada memuat naik foto KWSP militants berkat simpanan gaji dan ada menyatakan beliau mahu menggunakan wang hasil titik peluhnya itu untuk membayar deposit rumah baru di Pavillion.  Aliff berniat untuk memberikan motivasi kepada masyarakat diluar sana.

Walaubagaimanapun, posting tersebut mengundang salah faham serta mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap beliau sengaja ingin bersikap riak.

Mungkin cara Aliff untuk menyuntik semangat agar orang ramai boleh berjaya sepertinya tidak begitu tepat, namun janganlah kita juga terus menghentam beliau.  Berfikirlah secara positif.

sumber:citerviralterkini via virallaju.com

RESEPI UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN, SANGAT MUJARAB!!!

Ada satu resepi yang mudah untuk buang angin dalam badan. Di katakan sangat mujarab untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Boleh dijadikan amalan seharian. Selain itu tersangatlah banyak khasiatnya selain dari buang angin dalam badan.

Yang paling bagus, guna bahan-bahan dapur je. Tak payah susah-susah nak cari bahan. Jenguk kat dapur jer. Ada minuman ni yang dah dibotolkan dan dijual di pasaran sekarang ni. Tapi itu untuk orang yang kurang kerajinan atau pun yang dah gantung huruf M kat leher. Lebih bagus dan jimat buat sendiri, kan!….hihi!

 

RESEPI UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

Bahan-bahan:
3 batang serai
4cm halia @2 ketul sebesar ibu jari tangan

Cara-cara:
Serai dan halia tu di ketuk-ketuk biar pecah-pecah sedikit. Rebus bersama 3 gelas air. Biarkan air sejat sehingga air rebusan menjadi 1 gelas.

Tunggu sedikit suam. Bolehlah di minum. Rebusan ini seeloknya di minum seminggu 2 / 3 kali. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

**Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.

p/s : Rasanya menyengat jugalah tapi fikirkan khasiatnya… 🙂

 

Source :huhahuhajerr.com

SWINGER atau Pertukaran Isteri Di Kalangan Pasangan Makin Menjadi Di Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan.

Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”.

Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB.

 

Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka.

Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar.

Tapi kawan aku tu kata dia sudah bercakap menerusi telefon dengan pompuan tersebut. Tapi kawan aku kata dia tak sanggup untuk serahkan isterinya kepada lelaki lain walaupun dia dapat “main” dengan isteri orang selain dia kata dia masih beriman kepada Allah dan Islam masih jadi pegangan hidupnya.

Bila aku dapat tahu ada pasangan seperti ini, aku carilah kat Google mengenai kehidupan swinging kat Malaysia ni. Mah aih! Berlambak-lambak “swinger club” ada kat alam siber rupanya!

Aku pasti ramai juga pasangan beragama Islam yang mengamalkan kehidupan seperti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks.

Dan menurut cerita beberapa kawan lain, amalan swinger ni dah makin jadi trend di kalangan pasangan Melayu/Islam di Malaysia. Biasanya mereka bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan.

Sebabnya kalau dilihat secara luaran, pergaulan antara pasangan ini tiada keganjilan pun. Contoh pasangan A berkunjung dan menginap di rumah pasangan B. Siapa sangka di dalam bilik, rupanya si isteri A tidur dengan si suami B, dan sebaliknya?

Khabarnya kegiatan seperti ini diamalkan di kalangan pasangan elit. Malahan mereka juga tidak kisah kalau pasangan yang mereka mahu bertukar itu berlainan agama, berlainan bangsa, asalkan pasangan terbabit seronok dan mendapat kepuasan. Pasangan A puas, pasangan B juga puas!

Kegiatan Yang Boleh Berlaku Di Dalam Bilik


Biasanya, kegiatan penukaran pasangan berlaku apabila sesuatu pasangan suami isteri atau pasangan yang mempunyai hubungan terikat melakukan kegiatan seks dengan satu pasangan yang lain, beberapa pasangan, atau sesuatu individu yang tunggal.

Kegiatan itu boleh berlaku di dalam bilik yang sama (seringnya dikenali sebagai penukaran pasangan bilik sama) walaupun penukaran pasangan bilik berasingan juga berlaku.

Dalam keadaan-keadaan sedemikian, penukar pasangan sering merujuk kepada bersetubuh sebagai bermain dan pasangan seksnya sebagai rakan sepermainan. Ada kalanya, satu pihak pasangan tidak berminat menyertai gaya hidup penukaran pasangan.

Pihak ini biasanya dirujuk sebagai pihak bertahan, manakala pihak yang lain dirujuk sebagai pihak berhasrat. Justera, “pihak berhasrat” ialah pihak tunggal dalam sesuatu pasangan penukaran yang mencari-cari gaya hidup yang bertentangan dengan pihak pasangan yang lain.

Bertukar-tukar pasangan dahulu dikenali sebagai penukaran bini tetapi istilah itu telah dikritik sebagai mengambil sudut pandangan lelaki serta tidak memerikan dengan tepat berbagai-bagai kegiatan seks yang dilakukan oleh para penukar pasangan –

sumber Hmetro via pawervirall

Mengapa Kebanyakan Lelaki Lagi Tertarik Dengan Wanita ‘Chubby’? Ikuti Kisah Ini..

Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya.

Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya ‘down’, isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.

KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu.

Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke?

Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku.

“Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini”

Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga.

Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap.

Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi?

WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi.

Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah.

Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka.

Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock.