Sedih!! Ditinggalkan Oleh Orang Tua Kanak-kanak Berumur 7 Tahun Ini Menjaga Sendiri Kakaknya Yang Kemalangan..Suasana Menjadi Pilu Apabila..

Cerita memilukan ini datang dari dua bersaudara bernama Wenhui dan Wenjing. Kakak beradik ini masih kecil, si kakak, Wenhui baru berumur 11 tahun dan adiknya Wenjing 11 tahun.

Suatu hari Wenhui terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai sangat keras. Akhirnya ia harus dibawa kehoapiyal. Cedera di kepala  kakak membuat Wenjing gemetar.

Wenhui adalah satu-satunya yang ia punya. Orangtuanya meninggalkan mereka bertahun-tahun lalu. ayah yang bekerja dichina Selatan tidak pernah pulang. Akhirnya mereka kehilangan hubungan.

Saat ekenomi keluarga makin memburuk, ibu mereka malah pergi juga. Tinggallah dua bersaudara ini. Hidup sendiri. Mereka tinggal bersama anggota keluarga yang lain.
Kecelakaan ini membuat Wenjing sedih, selain ia harus melihat kakaknya menderita, ia juga tidak punya wang untuk beli ubat.

Saat dibawa ke hospital, Wenhui hanya boleh menangis dan adiknya berusaha menenangkkannya dengan mengusap kepalanya.
“Kakak semua akan baik-baik saja.” kata Wenjing.
Wenhui juga menangisi kepergian orangtuanya. Namun, Wenjing yang baru berumur 7 tahun ini sudah boleh mengendalikan emosinya.

Ia beritahu pada kakaknya untuk tidak memikirkan kedua orangtua mereka. Bagi Wenjing, Wenhui adalah segalanya, bukan cuma kakak, tapi juga orangtua. Wenhui selalu menemani Wenjing. Ia bahkan memberikan makanan pertama ke adiknya.
Wenjing berpikir tidak mungkin kalau kakaknya menjalani pembedahan. Untuk makan saja susah apalagi pembedahan.

Namun, mereka bernasib baik datang pada kedua bersaudara ini. Foto-foto emosional mereka viral sluruh negeri. Hal ini membuat banyak orang prihatin dan ikut membantu. Mereka mengumpulkan dana untuk biaya ubatan Wenhui.
Semua orang berharap untuk kesembuhan Wenhui. CInta kedua bersaudara ini membuat hati semua orang pilu.

“Jangan sedut. Jangan ikat. Jangan toreh. Jangan picit luka.” – Ini Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Dipatuk Ular

Ular adalah haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa dengan satu semburan berbisanya. Ramai orang sentiasa takut akan haiwan berbisa ini. Namun kadang kala haiwan berbisa ini boleh sesat sehingga memasuki rumah.

Jika duduk di kawasan kampung sudah pasti risau jika ular menceroboh masuk ke dalam rumah. Kita akan bertambah takut dan panik jika terkena patukan haiwan berbisa itu. Jadi bagaimana cara mengatasi jika kita terkena patukan ular?

Dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif bagaimana cara sebenar bagaimana mengendalikan mangsa patukan ular, sebelum mendapat rawatan di hospital, semoga mendapat manfaat bersama.

Bila Kena Patuk Ular

Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah.

Tengah khusyuk solat maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik. Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.

Nampak macan tedung je. Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf ( neurotoxin ) dan juga sangat la berbisa kepada jantung ( cardiotoxin ).

Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

Jangan sedut. Jangan ikat.

Jangan toreh. Jangan picit luka.

Ini Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Dipatuk Ular

 

Ini Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Dipatuk Ular

Yang kena buat adalah :

+ bertenang dan jangan panik

+ jauhi ular tu

+ jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala ( tiga segi ke bulat ) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk ( kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas )

 

Doktor Kongsi Cara Betul Yang Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Doktor Kongsi Cara Betul Yang Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

+ bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah )

+ limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la camne pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital

Contoh splint

Doktor Kongsi Cara Betul Yang Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Doktor Kongsi Cara Betul Yang Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

+ masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar

Doktor Kongsi Cara Betul Yang Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

p/s : Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya. Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye. Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus bukak je info yang saya dah bagi ni

Kredit: Dr Taufiq Razif via Blogmazeer

‘Doktor kata berpunca dari jamu’ – Wanita hilang sebelah ovari kerana dimamah ‘jamu’

Para pengguna khususnya golongan wanita seringkali diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli dan menggunakan produk-produk kecantikan termasuk jamu di pasaran kerana terdapat banyak lambakan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sudahlah tidak berdaftar, bahan-bahan yang digunakan pula tidak diketahui dari mana asal usulnya menyebabkan para pengguna terdedah kepada bahaya dan kesan sampingan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan.

LAGI confession pengamal jamu. Kali ini jamu ‘Sweet D***’ by Kak KM. Alah yang iklan bukan main terkinja itu. Ini ada seorang mangsa jamu dia sampai kena buang ovari sebelah. Kita tengok dia mampu terkinja lagi ke tak.

Kejap lagi adalah Me-layu yang cakap ini semua fitnah nak menutup periuk nasi orang katanya. Orang-orang seperti ini elok kita suruh dia saja bayar treatment mangsa-mangsa jamu ini semua.

Testimoni nak yang elok saja. Ini testimoni ovari orang yang dah barai ini jangan lupa letak sekali nanti sewaktu promote jamu. Kau tunggu kejap lagi ada alasan cliche pengguna jamu:

“Aku makan elok je, dia salah makan tu.”

“Salam abah, ada benda nak share. Tapi nanti kalau nak post tolong sangat-sangat abah edit ye. Jangan nampak nama kawan saya. Kisahnya saya betul-betul menyesal suggest pada kawan saya makan jamu kak km. Dia makan bermula bulan Januari. Februari, dia dah masuk hospital. Tapi hari ini dia baru beritahu saya.”

Nak beritahu ni, sorry kalau terasa ke apa. Aku dah buang sebelah ovari aku. Ada infection, rosak tube aku bagailah. Sekarang aku berada dalam pantang. Doktor kata berpunca dari jamu atau aku minum manis seperti air milo bagai, tetapi jamu one off la.

So aku rasa sebab jamu kak km itu la. Kau jangan makan tau. Rahim aku rosak, kena buang. Kau jangan makan tau, buang saja. Bukan tuduh jamu itu, ini kan kerja Allah.

Selepas makan jamu itu, aku mula rasa sakit. Tapi doktor dah diagnos aku punya infection, kesan dari jamu. Mungkin orang lain okey, aku saja yang jadi begini. Mungkin aku minum minuman manis, gaya pemakanan ke, tak tahulah.

Tetapi sebab one off diagnos itu ada jamu. Doktor ada sebut dan doktor nak tengok jamu itu. Aku kata aku dah buang. Aku tak adalah report tentang brand jamu itu. Tetapi memang rosak rahim dan tube aku sampai kena buang sebab ia jadi memburuk di dalam dan ada kuman makan bahagian dalaman aku.

Mungkin berpunca dari aku juga yang salah makan macam-macam. Tetapi kalau boleh jangan makan jamu itu, sebab takut jadi begini.

Kau jangan consume apa-apa pun jenis jamu lagi kecuali yang kau rasa betul-betul bagus dan memang mak-mak makan ke.

Sumber: Khairul Yoi

Panaskan Enjin Kereta Dan Motosikal Pagi-Pagi Sebelum Bergerak Adalah ‘Ajaran Sesat’, Kenapa? Pakar Bidang Automotif Ini Jelaskan!

Tak pasti ramai atau tak yang dah tahu tentang tabiat memanaskan enjin kenderaan setiap pagi sebelum digerakkan.  Ada yang panaskan enjin tidak mengikut piawaian masa yang sepatutnya, contohnya lebih daripada 3 MINIT.

Persoalannya sekarang kenapa kita terbiasakan dengan tabiat tersebut walhal sebenarnya ia hanya mendatangkan keburukan kepada kondisi enjin?

Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat antara negara-negara yang menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya.

Untuk bercerita lebih lagi tentang sebab dan musababnya, mungkin korang semua boleh baca perkongsian daripada pakar bidang permotoran, saudara Irwan Sanei  seperti bawah ini yang menjelaskan persoalan diatas.

Enjin kena warm-up ka?

Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.

Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.

Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).

Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.

Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.

Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.

Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?

Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.

Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.

Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin di dalam mode parking itu tak wujud. Tak digalakkan. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan macam ni memang salah.

Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.

Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.

Nota : idling enjin di dalam keadaan kereta berhenti tidak bergerak hendaklah dielakkan, jika mampu.

Idling di dalam situasi apapun memendekkan hayat enjin dan menggunakan bahan bakar yang banyak. Membazir minyak (dibaca : fuel).

Maka, cuba pendekkan tempoh warm-up (dibaca : memanaskan enjin) di dalam mode parking. Gerakkan kenderaan anda 30-90 saat setelah enjin dihidupkan dan biar enjin warm-up ketika bergerak. Berlembut dengan throttle.

Pandu seperti biasa apabila enjin di suhu operasi optimum sekitar 98.9-darjah Celcius yang disarankan oleh SAE (Society of Automotive Engineers).

Sumber Siakapkeli.my

PERIOD KEJAP ON OFF, WANITA NI KONGSI PETUA UNTUK LANCARKANNYA!

“Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni”

Berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.

“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah

Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..

petua lancarkan period, period lancarkan datang bulan, petua selesaikan masalah datang bulan, datang bulan on off, datang bulan tak kerap, masalah datang bulan, masalah period

Bahan-bahan:

Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan

Cara-cara :

petua lancarkan period, period lancarkan datang bulan, petua selesaikan masalah datang bulan, datang bulan on off, datang bulan tak kerap, masalah datang bulan, masalah period

1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.

3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.

petua lancarkan period, period lancarkan datang bulan, petua selesaikan masalah datang bulan, datang bulan on off, datang bulan tak kerap, masalah datang bulan, masalah period

4. Sedia untuk di minum

**Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…

Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)

Khasiat air kunyit asam :

Melancarkan darah haid atau nifas
Melawaskan pembuangan..bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2..biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam ada xde..
Menaikkan seri wajah.
Mencantikkn tubuh
Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
Awet muda jika di amalkan.

sumber : Lyndah Abraham

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

6 Cara Hilangkan Derita Anak Bengkak Tonsil, Cegah & Usahalah Sebelum Melarat!

“Bonda… kakak sejuk.”

“Eh, demam lagi ke budak ni, kan dah 5 hari. Risau pula bila dah lama-lama camni! Cuba nganga, nak tengok tekak sikit.”

Seperti mendengar arahan seorang cikgu, laju si kakak buka mulut sambil matanya mengalirkan laju air mata di pipi gebunya.

“Laaaa… tonsil bengkak balik lah Kak! Hmmm… tak apa lah, hari ni Bonda jaga kakak ya. Jangan sedih, kakak kena kuat dan lawan!”

Itulah pengorbanan seorang ibu, hal kerja terus letak belakang dulu. Bukan nak lepas tangan komitmen kerja tapi soal anak-anak ni satu pinjaman dari Allah, kenalah usaha lebih jaga anak.

Mulut terus terkumat-kamit bacakan ayat-ayat suci al-Quran. Ya, ubat bagai pun dah bagi, jadi kenalah minta pada Allah. Mohon agar rezeki sudut kesihatan anak makin tebal.

Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Sebenarnya sakit anak tekak atau bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kiralah kanak-kanak ataupun yang dewasa.

Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan anak kurang minum air, tu yang jadi bengkak.”

Kononnya nak menunjukkan yang dalaman badan kita panas hingga tonsil boleh membengkak.

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.

Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk menapis semua bakteria yang cuba masuk.

Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus) yang dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ini boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.

Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.

Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

3 Cara Mudah Untuk Hilang Bengkak Tonsil

1. Makan aiskrim vanilla

Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa coklat atau strawberi.

Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.

2. Berkumur dengan air garam

Kalau anak dah boleh berkumur, anda boleh cuba cara ini. Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian sila berkumur. Jangan sampai tertelan pula ya. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

3. Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)

Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah. Cadangan terbaik untuk rawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh ambil Scotts Emulsion atau Nutriferon. Kalau boleh sediakan di rumah, ya. Senang, bila anak sakit, terus bagi!

4. Air lemon + madu

Boleh bagi anak minum air lemon suam campur madu, dan tolong elakkan anak minum milo buat sementara. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika diserang sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

5. Jangan bagi makan pedas

Haaa… ini larangan keras untuk pesakit tonsil! Makin pedas, makin bengkaklah tonsil anak tu. Mak-mak boleh sediakn sup dan masukkan bawang putih. Ini bagus nak lawan bakteria di tekak anak.

6. Elak ais

Mungkin ada yang suka makan kedai, jadi beringatlah sebab sesetengah kedai guna ais yang tidak dimasak. Ini pun boleh buat bakteria membiak di kawasan tonsil.

Tonsil bengkak biasanya hanya diberikan antibiotik untuk lawan bakteria. Jadi bila doktor sarankan anak anda makan antibiotik, sila habiskan. Kalau tak, tonsil akan datang balik. Tetapi untuk tonsilitis yang serius sehingga makan ubat apa pun tak jalan, biasanya doktor akan mencadangkan tonsil dibuang. Moga artikel ini bantu kaum mak-mak untuk rawat dan cegah dari peringkat awal bila anak demam sebab tonsil bengkak.

Sumber: Mingguan Wanita via Diari DUnia

RAMAI YANG TAK TAHU LIMAU KASTURI MAMPU MENGUBATI 7 PENYAKIT INI

Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil, namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya. Rata-rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Oleh itu jom semak khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

INILAH 7 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI YANG RAMAI TAK TAH

1.Batuk

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2 . Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3 . Pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4 . Lelah

Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan

Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

6. Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7 . Kepala Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

SyifaInfo

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ

‘Lin Tak Larat Abang, Lin Letih, Sakit..’ – Kisah Pilu Isteri ‘Minta Diri’ Sebelum…

Lebih 2k shares di laman Facebook, perkongsian lelaki ini mengenai perbualan whatsapp terakhir antara isterinya telah menyentuh hati netizen. Isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit.

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila isteri meminta izin suami untuk ‘pergi’. Isteri minta suami redha dan menjaga anak-anak dengan baik.

Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.

Berehatlah permaisuri hatiku.

Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.

Al – Fatihah.

Sumber : Mohd Armin

Kredit; Ohbulan

Kerap Terkencing, Ingatkan Sebab Banyak Minum Air, Rupa-Rupanya Kena ‘Kanser Ovari’.

Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tahu yang saya ada cyst. Apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya, mana tahu dapat membantu awak, rakan-rakan, atau saudara mara yang senasib seperti saya sebelum terlambat.

– Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.

– Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi. Bayangkanlah penderitaan ini. Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.

– Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.

– Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung (macam 4 bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air, doktor kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.

– Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.

– Kadang-kadang pening kepala tapi tak selalu.

– Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut. Saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri. Bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras, seram pulak tapi tak bagitahu dengan sesiapa sebab takut.

Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular, untuk orang lain saya tak pasti kerana hormon badan kita berbeza. Doktor cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada ‘dia’ aktif atau tidak je.

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung. Okay, saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye. Jika hospital kerajaan pastinya murah tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang).

1 – 14.2.2018
Saya pergi ke klinik sakit puan. Doktor Indian tu buat ultrasound tengok apa yang ada dalam perut. Doktor cakap tak nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser. Tergamam sebentar dengar kata-kata doktor tu (dapat gambar scan dalam perut, bayaran RM60).

2 – 14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doktor) then bagitahu masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dengan rumah. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni memang nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Blur kejap dan mata terkebil-kebil. Then kakak ipar buatkan surat ke Hospital Pantai untuk buat ujian CT Scan (dapat gambar dalam perut. Bayaran sebab kakak ipar).

3 – 15.2.2018
Pergi Hospital Pantai (private) buat CT Scan abdomen dan pelvic. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga. (bayaran RM1110.45).

4 – 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, kakak ipar explain la dari result tu. Dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm. Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety, ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar. Ia merbahaya. Ia akan membesar dan terus membesar.” Ok seram (bayaran free sebab kakak ipar).

– 5. 20.2.2018
Pergi jumpa doktor Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yang kakak ipar tulis tu. Doktor Lim terus buat ultrasound kat perut dan dia sangat terkejut dengn kandungan air yang ada dalam perut. Doktor kata banyaknya air. Doktor Lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dengar perkataan ‘cancer’ tu. Doktor buat pap smear dan buat ujian darah CA 125. (bayaran RM1024.50).

– 6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doktor Lim di KPJ Johor, ambik result darah CA 125 yang buat semalam. Ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml dan result yang sy dapat jumlah dia 721ml, sangat tinggi okeh. Sekali lagi doktor cakap “adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini cancer. Automatik air mata mengalir then buat ujian air dalam perut pula. Doktor cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yang besar dan tebal, sangat sakit. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian. Air dalam perut warna merah, sekali lagi doktor kata air warna merah tu air cancer (bayaran RM951.25)

– 7. 26.2.2018
Appoinment lagi, perbincangan dengan doktor. Doktor kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim. Doktor cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim, saya tak boleh melahirkan anak lagi, saya akan manopous, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. Saya sign surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pada diriku. Keluar dari bilik doktor, call family dan kawan terdekat, menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hospital KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doktor nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (tiada bayaran)

– 8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation, 27.2.2018, pukul 8 pagi doktor cucuk kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa entah nama dia, terus tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dengar suara jururawat sambil tepuk-tepuk badan “adik, pembedahan dah siap ye”. Lepas sedar je terus rasa sakit ya amat. Malam pertama tu 4 kali juga jururawat cucuk tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (bayaran RM17,864)

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doktor pada 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.

Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit.

Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.

Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor. Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser. Tup-tup, kanser tahap 3-4, kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital kerajaan atau hospital swasta terpulang anda, yang penting jangan takut berjumpa doktor.

Sumber : Hety Ezleen via ohmedia.cc

Kredit : suaramedia.org

INILAH KHASIAT DAN KELEBIHAN DAGING KAMBING YG PERLU KITA TAHU…PATUTLAH RASULULLAH S.A.W SUKA MAKAN KAMBING…

Ramai yang sering mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kerana takutkan kolestrol yang tinggi, ramai juga yang menghidari daripada memakan daging ini.

Sebenarnya, rasa pening kepala itu merupakan tindak balas daging kambing itu yang mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.

Penyakit darah tinggi adalah berpunca daripada kolestrol dalam darah yang terurai daripada kolestrol kambing tersebut. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isi padu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi akan mengalami gejala pening akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.

Walaupun daging kambing berfungsi sebagai pengurai protein terbaik, pesakit darah tinggi tidak disarankan mengambil daging kambing sebagai terapi dan mengelakkan kesan yang diluar kawalan mereka.

Tetapi, bagi mereka yang tidak mengalami tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan risiko penyakit darah tinggi.

Apabila kolestrol gagal dicerna oleh hati,  lemak di bawah permukaan kulit akan terbentuk. Jika terlalu banyak lemaknya, ia akan menjurus kepada risiko obesiti. Pengambilan daging kambing oleh pesakit obesiti akan menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil dan akan mengalami pening kepala.

Selain daripada itu, tahukah anda bahawa daging kambing juga pembakar lemak yang berlebihan dalam badan? Panas badan, berpeluh dan telinga berdengung merupakan antara pembakaran lemak daripada memakan daging kambing.

Khasiat & Kelebihan Daging Kambing 

Mencantikkan kulit
Mempunyai vitamin C semula jadi yang tidak dioksidakan
Membina dan menjaga ketahanan sel kulit
Menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit

Pengambilan protein secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit. Dan ia akan mudah dioksidakan dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga.

Proses ini yang menyebabkan kulit kelihatan gelap dan hangus sekirang berjemur di bawah sinaran matahari.

Kandung vitamin C dalam daging kambing memberikan daya ketahanan yang lebih terhadap kulit kesan tindak balas protein yang terkena cahaya matahari.

Untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik, amalkan sahaja memakan daging kambing!

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Kredi:abangbrian.com