Resipi Ayam Bakar Ni Dapat Lebih 1 Ribu Share Di FB. Senang Nak Buat. Patutlah Ramai Yang Cuba.

Ayam panggang persis sajian restoran mahal ni nampak mudah dan senang disediakan. Bahan-bahannya pun ada dijual di pasaraya. Bagi anda yang nak cuba sajikan hidangan ini buat keluarga, berikut ada bahan-bahan yang diperlukan. Nak makan dengan nasi boleh, nak hidang dengan pasta dan kentang putar pun sesuai. Selamat mencuba!

AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – potong 4 bahagian

Bahan A :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air (Kisar semua bahan diatas)

Bahan B :

2 sudu madu
3 sudu minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

CARA MEMASAK:

Campurkan semua bahan A & B dan lumurkan pada ayam. Balut bekas dengan plastic wrap  dan perap 1@2jam dalam chiller. Kalau perap 4@5 jam lagi sedap.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 220C selama 1 jam atau bakar menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Salimah Olie

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ 

‘Umno ibarat kapal tenggelam boleh diangkat semula ke air’ – Ini apa Ahmad Maslan katakan

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan partinya dengan kapal yang sedang tenggelam.

Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu, parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.

“Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik,” katanya dalam rakaman video disiarkan Umno Online.

Pada piihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu Umno dan BN buat pertama kali dalam sejarah tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun berkuasa.

Parti itu juga kehilangan semua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Manakala Sarawak mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

“Kita berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mereka mentadbir dan mengepalai parti ini.

“Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalam nya.

“Yakinlah bahawa jika kita bersatu, kita akan kuat dan kita akan boleh hadapi mereka,” katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.

Ahmad berkata Pakatan Harapan hanya menang 122 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dan ia bukan merupakan kemenangan besar.

“Oleh kerana itu kemenangan mereka tidak membolehkan mereka mendabik dada. Mereka harus memenuhi manifesto yang telah mereka janjikan

“Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan tukar kerajaan yang ada ini,” ujarnya.

Sumber : MalaysiaKini

Hari Pertama Mat Sabu Masuk Kerja Dan Ini Yang Dia Bagitau

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui beliau gementar dan masih menyesuaikan diri untuk menguruskan kementerian di bawah kepimpinan kerajaan baharu.

Katanya, beliau sudah biasa hidup bersama rakyat, namun kini terdapat protokol dan peraturan yang perlu dipatuhi demi menjaga kepentingan semua pihak.

“Tak ada perubahan besar, cuma sekarang bila nak bercakap faktanya perlu dijaga dan mengambil kira perasaan negara-negara jiran kerana saya bukan saja Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) saja, tetapi Menteri Pertahanan.

“Saya perlu cermat kerana sebarang percakapan akan dilihat dan dikaji pihak kawan dan juga lawan dalam politik merangkumi dalam serta luar negara.

“Memang kena sesuaikan diri dengan kehidupan baharu tetapi saya tak akan ubah ‘style’ saya,” katanya.

Terdahulu, Mohamad tiba di Wisma Pertahanan pada 9.30 pagi bagi memulakan hari pertama selaku Menteri Pertahanan.

Beliau mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Juniusabdiah Shah Putra Janny.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta Panglima Perkhidmatan dan Pegawai Kanan Tentera dan awam Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, beliau akan mendengar taklimat dan penerangan merangkumi seluruh cabang pentadbiran dan ketenteraan dalam tempoh minggu pertama.

“Kita akan guna ilmu yang akan digabungkan dengan ketenteraan untuk menangani sebarang konfrontasi khususnya isu memerangi keganasan.

“Berhubung isu-isu lain seperti skandal kapal dan penjualan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kita akan kaji menerusi siasatan dalaman dan luaran sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Saya tidak mahu ambil tindakan berdasarkan khabar angin kerana itu boleh merosakkan imej individu dan jabatan,” katanya.

Mohamad, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dilahirkan pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Beliau pernah menjadi ahli parlimen Kubang Kerian pada 1995 hingga 1999 dan Kuala Kedah pada 1999 hingga 2004.

Beliau adalah lulusan Teknologi Makanan dan Sains Gunaan dari Institut Teknologi Mara.

Sumber: Hmetro Online

NotaKaki: Kami dari Buletin Netizen mengucapkan selamat maju jaya untuk Mat Sabu dan semoga dipermudahkan

Posted in: Dalam Negeri

Artis Johan As’ari Suruh Periksa Rumah Perdana Menteri Tun Mahathir Sebab Mesti Banyak Duit Jugak. Kenapa Dia Tulis Status Begitu?

Sememangnya hak kita apa yang kita tulis di lama sosial tetapi ada ketika dimana kita harus berhati hati dalam menulis kerana di laman sosial adalah amat bahaya terutama jika tersalah tulis mengenai sesuatu atau seseorang.

Sekiranya anda seorang selebriti atau seorang yang dikenali ramai, sila lah berhati hati di dalam apa bentuk penulisan mahupun gambar atau video.

Johan suruh check rumah Tun M, tengok duit

PELAKON Johan As’ari telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang di Twitternya @JohanAsari terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir.

Tulisnya, ‘Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit.’ diikuti dengan emoji duit.

Ekoran itu, ada kalangan pengikut-pengikutnya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon tersebut.

Antara pengikutnya di Twitter berkata;

‘I lost my respect dekat you Johan’

‘Sorang lagi cari publisiti. Kesian’

‘Saja cari publisiti murahan nak suruh viral’

INI RESPOND JOHAN SAMADA BENAR ATAU TIDAK DIA MENULIS

Johan yang dihubungi mengakui bahawa dia yang menulis kata-kata itu.

“Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” katanya ringkas.

Pun begitu tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir.

“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya lagi.

TWITTER JOHAN

SUMBER : SINAR HARIAN

Suami Ciumlah Kening Isteri Ketika Hendak Pergi Kerja, Anda Akan Terkejut dengan Kesannya

Sebelum berangkat bekerja dipagi hari, biasakanlah cium anak dan isteri Anda. Dengan begitu ada kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.

Berkasih sayang dengan cara berciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan & semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan.

Keninglah, perantaraan tunduk makhluk kepada Penciptanya. Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahawa Tuhan adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah.

suami cium kening isteri, suami cium anak isteri, cium isteri sebelum pergi kerja, amalan suami isteri

Keninglah yg bersujud. Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yg lebih tinggi daripada Tuhan. Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi.

Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

Lalu, apakah sama keadaannya dgn tangan suami yg dicium isteri? Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ada doa yg dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk org2 yg dicintai & disayanginya.

Lewat ciuman di tangan suami, seorg isteri sdg memohon pd Tuhannya, agar menjaga tangan suaminya dr hal2 yg dibenci oleh-NYA. Melalui ciuman yg diletakkan di tangan suami, seorg isteri menitipkan doa agar Tuhan menjaga tangan suami utk menjaga kasih sayangnya & tak mengambil yg bukan haknya…

Terkadang kita sering meremehkan hal kecil yang satu itu. Ciuman sering kita lupakan dalam keseharian kita. Kita terlampau pelit memberikan kecupan dikening, dan ciuman kepada buah hati kita. Pada hal ciuman adalah salah satu sarana untuk menyampaikan rasa sayang kepada mereka. Dengan begitu akan ada kedamaian dihati mereka. Kecupan lembut dan mesra dari suami kepada istri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya sangat diperlukan.

Ketika berangkat dipagi hari, anak dan isterimu masih tertidur. Tentu ada cara lembut untuk membangunkan mereka. Ciumilah satu persatu mereka seraya berkata dengan penuh kelembutan, “Ayah pergi kerja dulu, ya sayang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan

Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

  • Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH 

  • Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

  • Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

  • Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup

Kredit petua & foto: Wan Jamiah

Link asal: https://goo.gl/AfpGmr

Majlis kahwin kecoh bila pengantin lelaki tinggalkan pelamin dan memeluk bekas kekasihnya yg muncul tiba-tiba

SATU MAJLIS PERKAHWINAN DI KABUPATEN WAJO, SULAWESI SELATAN, KECOH APABILA PENGANTIN LELAKI MENINGGALKAN PELAMIN, MEMELUK BEKAS KEKASIHNYA YANG TIBA-TIBA MUNCUL DAN MENYANYIKAN LAGU MENCURAHKAN RASA KECEWANYA, RABU LALU.

Ketika kejadian, pengantin lelaki, Nokis, sedang bersanding dengan isterinya selepas akad nikah apabila bekas kekasihnya, Novi, yang datang dari sejauh Jambi, muncul menyanyikan lagu bertajuk Balo Lipa.

Menurut pengunjung, wajah Nokis berubah sebelum turun dari pelamin menghampiri Novi, mengambil pembesar suara dari tangan Novi dan memeluk bekas kekasihnya itu.

Nokis kemudian terhuyung-hayang sebelum jatuh pengsan ke atas kerusi.

Video kejadian itu yang disiarkan di media sosial menjadi tular dan sudah dikongsi 28,000 kali selepas disiarkan di Facebook oleh Sukma Henny.

Menurut potral berita Tribun News yang memetik Tribun Timur,

ustaz Muhammad Erfin Beddu yang membacakan khutbah nikah di majlis itu berkata dia diberitahu keluarga Nokis, wanita berkenaan adalah bekas kekasihnya.

Menurutnya, dia diberitahu Nokis pernah meminang Novi namun ditolak keluarga wanita itu selepas Nokis tidak bersetuju dengan ‘wang panaik’ atau hantaran yang diminta.

Bagi masyarakat Bugis, selain mas kahwin, pihak lelaki juga perlu memberi wang panaik yang jumlahnya bergantung kepada status serta tahap pendidikan wanita dipinang.

Kecewa pinangan ditolak, Nokis berkahwin dengan isterinya yang baru dua bulan dikenalinya.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan apa yang terjadi antara Nokis dan isterinya serta Novi.

 

Antara lirik lagu Balo Lipa:

“Lemmusa nyamu andi

musolangi atikku

engka mu tudang botting

riolo mattakku”

Terjemahan:

“betapa tega dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

kau duduk bersanding

di depan mataku”

Pada tahun lepas, media sosial juga pernah kecoh dengan keadaan yang seakan-akan sama seperti ini

cuma ketika itubukan pengantin lelaki sebaliknya pengantin perempuan yang memeluk bekas kekasihnya ketika majlis perkahwinan sambil menangis.

lihat kesudahannya dalam video penuh di bawah

Jumpa Mayat Seorang Pengemis Wanita Bersama Buku Bank. Jumlah Wang Yg Ada Dlm Bank Wanita Itu MENGEJUTKAN.

Jumpa Mayat Seorang Pengemis Wanita Bersama Buku Bank. Jumlah Wang Yg Ada Dlm Bank Wanita Itu MENGEJUTKAN. | MYISLAM INFO – BEIRUT : Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lubnan disahkan meninggal dunia sebagai jutawan.

Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar raya Beirut.

 

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama-sama dengan dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

 

 

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).

 

Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

 

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lubnan yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.

 

 

Kredit : MyNewsHub

‘Dah Macam Rossi’ – Aksi Lucu Sultan Johor ‘Merempit’ Ini Tarik Perhatian, Sempoi

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar merupakan antara salah seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat dan mesra. Di media sosial, baginda jelas sangat disenangi ramai dek kerana perwatakannya yang bersahaja.

Terbaru, aksi lucu Sultan Ibrahim menunggang motosikal sambil membonceng permaisuri, Raja Zarith Sofiah yang dimuat naik Tunku Idris di Instagram telah mencuit hati netizen. Ramai yang tidak sangka Sultan Ibrahim seorang yang sangat sporting dan suka mengusik!

Sempoi betul!

Tuanku bawak macam Rossi!

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gaya ‘rempit’ Sultan Johor bertujuan mengusik permaisuri yang membonceng di belakang. Sampai terjerit-jerit Raja Zarith Sofiah dibuatnya! Tambah melucukan apabila melihat Raja Zarith Sofiah memeluk erat Sultan Johor yang memecut laju.

Di ruangan komen, ramai yang memuji aksi sempoi dan sporting Sultan Johor yang hanya menunggang kapcai. Aksi yang dirakam dipercayai berdekatan Padan Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi ini mendapat lebih 200k tontonan.

Ramai terhibur

Sumber : Instagram @tunku_idris

Doktor Kongsi Tip Penjagaan Mulut Elak Terkena Ulser atau Mata Ikan

Korang pernah tak terkena penyakit ulser. Korang mesti tahukan betapa sakitnya menanggung azab pedih dalam mulut sendiri. Nak makan susah, nak bercakap susah, memang mudah hilang sabar la kalau ada yang buat-buat tak faham dengan kesakitan yang kita tanggung tu.

Menurut perkongsian Doktor Rahim, ulser ini juga dikenali sebagai penyakit Mata Ikan dalam kalangan masyarakat, ataupun dalam bahasa perubatan ia dipanggil dengan nama ulser, sawan mulut dan juga aphthous ulcer.

Katanya lagi, ulser ini boleh berpunca daripada beberapa sebab antaranya tergigit lidah, kekurangan zat besi dan juga kecederaan semasa menggosok gigi. Beliau juga turut berkongsi beberapa petua yang boleh diamalkan oleh pesakit usler untuk kesembuhan yang lebih pantas.

ILMU KESIHATAN. 

Artikel 714. ” Pernah anda kena penyakit “MATA IKAN” dalam mulut anda? Ulser mulut / sawan mulut / aphthous ulcer? Apa rawatannya? Bahya tak?”

A. Nganga mulut anda luas-luas. Suruh bini, hubby atau anak U touchlight ke dalam mulut U. Cari kut jumpa “Mata Ikan” dalamnya, hihihi. Anda tau dak sapa kena ulser dimulut, lidah, pipi atau bibir, teramat pedih betul tau. Masa kerja nak cakap pun terpaksa tahan sakit. Kalau U gelak pun sakit! Ni yang doc nak tergelak ni, hihihi. Kejamnya “MATA IKAN” ni. Derita tak terkata. Korang ada tak? La ni doc kena sebiji je sakit tau. Nak sembang dengan patient docpun OUT! Tu baru sebiji!

B. Ulcer dalam rongga mulut ni orang kampung panggil sebagai “Mata Ikan” atau kudis mulut. Orang macam doc panggil ulser mulut / sawan mulut / aphthous ulcer. Kerap jadi diusia 10 tahun keatas. Ulcer ni bentuk tompokan bulat kecil 2-5mm putih / kuning pucat macam nanah. Bordernya merah dan bengkak. Ia jadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Teramat menyakitkan.

Kesakitan bila nak bercakap, gelak, senyum, berus gigi, berkumur, makan dan minum. Rasa macam nak tendang korang je walaupun korang tak berdosa sikitpun dengan doc. Selera makan minum habis OUT! Allah je yang tau. Kesakitan berkurangan selepas 3-4 hari tapi ambil masa 7-14 hari untuk sembuh sendirinya. Takde tinggalkan parut. Ia tak berjangkit. Sat ada, sat takde. Macam chipsmore. Ada ulcer ni yang jenis ganas memakan berminggu untk baik dan tinggalkan parut.

C. Doc share Punca penyebabnya terjadi:

Punca utama tak diketahui.

  1. Kecederaan / tergigit.
  2. Kurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  3. Punyai alahan.
  4. Jangkitan kulat, virus, bakteria.
  5. Kesan samping radioterapi dan chemoterapi.
  6. Kecederaan dengan berus gigi atau gigi palsu.
  7. Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause.
  8. Genetik keturunan.
  9. Stress, Tension atau Khaplah!
  10. Kesan samping ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, kokain dan lain-lain.
  11. Ada pada insan yang ada penyakit Crohn, syphilis atau jangkitan HIV.

D. Doc nak share pula rawatan org tua2 dulu:

  1. Depa advice rajin-rajin minum air suam banyak-banyak.
  2. Letakkan garam kat ulcer tu ataupun kumur dengan air garam. Hihihi sakit gila macam nak jerit tapi baik cepat.
  3. Kalau nak sedap sikit bubuh garam di jagung kat pasar malam tu. Makan je. Berkesan tau.
  4. Sapu marjerin atau ubat gigi je. Kalau kanak-kanak telan sekali ubat gigi tu, sedap. Nak lagi!

E. Apakah rawatan untuk ulcer mulut aphthous yang selalu doc bagi pada patient?

i) Kalau ia kecil dan tak sakit tak perlu rawatan. Ia hilang sendirinya oleh antibodi diri sendiri. Tapi Ia kerap jadi semula.

ii ) Kalau Uoll kena apa yang perlu buat supaya tak melarat.

  • Elak makanan pedas / masin, minuman panas / buah-buahan berasid yang buat kesakitan lebih teruk.
  • Guna berus gigi yang lembut.
  • Guna gigi palsu yang sesuai. Rajin-rajin cuci gigi palsu anda atau redam dalam air suam. Jaga hyginenya.
  • Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), Listerine untuk cuci mulut. Ia bantu kurangkan kesakitan dan percepat kesembuhan ulcer.
  • Lozenges steroid / Defflam boleh kurangkan kesakitan dan bantu ulser untk sembuhkan lebih cepat.
  • Orabase membantu menutupi ulser dan kurangkan kesakitan.
  • Choline salisilat gel (Bonjela) ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan.
  • Makan pain killer. Ponstan.
  • Antiinflamatory Betamethasone Steroid.
  • Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman.


F. Pesanan doc untuk gang doc :

1. Kalau korang tak nak dapat penyakit MATA IKAN ni, pastikan korang jaga kebersihan mulut dan gigi tu. Berus gigi selalu.

2. Penting ni: CANCER mulut kadang-kadang boleh bermula sebagai ulser mulut yang tak sembuh.

Anda perlu berjumpa doktor jika anda punyai ulser mulut yang telah lebih dari 3 minggu tanpa tanda penyembuhan, atau berbeza saiz dan tumbuh mengganas! Waspada ya!

Sumber : Doktor Rahim

Korang yang nak faham lebih lagi jenis-jenis ulcer dan puncanya boleh tengok video ni juga:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ