“Belum dapat lihat hasilnya…” – Jahitan diganti plaster, Lan Solo sabar menanti hasil pembedahan bibir anak

Selesai prosedur pembedahan membetulkan bibir sumbing anaknya pada 31 Mei lalu, kini penyanyi Lan Solo memaklumkan jahitan pada bahagian bibir anak bongsunya dibuka pada hari ini.

“Hari ini BabyXandra bukak jahitan. Semoga dipermudahkan. Aaamiiinnn!, kata Lan menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut laporan BH Online, bagaimanapun jahitan pada bibir Nur Aman Quxandra belum dapat dilihat sepenuhnya kerana telah digantikan pula dengan plaster.

Menerima secara positif, bekas vokalis kumpulan Kristal itu menyifatkan mungkin doktor ingin memberikan kejutan buat dirinya dan isteri, Nur Sheila Hassim.

Tambah Lan, dia berasa sebak apabila melihat anak bongsunya yang masih kecil itu menahan sakit kerana dibedah. Ini kerana kesakitan ditanggung oleh bayi yang baru mencecah usia tiga bulan itu hanya diluahkan menerusi tangisan.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut dikurniakan dengan tiga cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff.

Sumber : BH Online

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: Sumber

AG Baru Ikrar Tidak Akan Lepaskan Sesiapa Pun Dalam Siasatan 1MDB

Peguam negara yang baharu Tommy Thomas berikrar akan menjadikan pengurusan prosiding jenayah terhadap dakwaan salah laku 1MDB sebagai keutamaannya.

“Semuanya sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun akan dilepaskan.

“Tidak akan ada cubaan menutup kes” kata Tommy dalam sidang media selepas memasuki pejabatnya hari ini.

Katanya, beliau akan meneliti kertas siasatan berkenaan dan menghubungi pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain dalam hal itu.

Beliau juga memberitahu akan menjadikan agenda pemansuhan undang-undang yang menindas sebagai agenda utama dan memberitahu sudah mempunyai “senarai panjang”.

Tommy berjanji akan tiada lagi pendakwaan terpilih dan pihak tidak bersalah tidak perlu berasa bimbang.

“Malaysia sebuah negara yang bebas, kita tidak harus takut pada ketukan pintu di tengah-tengah malam oleh anggota polis.

“Tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan berdepan tindakan undang-undang tidak kira apa kedudukan mereka.

“Di pihak saya, saya berjanji lakukan perkara yang betul, iaitu, bercakap benar dan tegakkan keadilan.

“Keadilan bukan saja akan dilakukan tetapi dilihat dilakukan,” tambahnya lagi.

Isu pelantikan Tommy sebelum ini mencuri perhatian selepas Majlis Raja-Raja dilapor mahukan calon beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagaimanapun semalam telah memperkenankan pelantikan tersebut semalam untuk dua tahun bermula 4 Jun.

Terdahulu, Tommy berkata beliau merasa terharu terhadap pelantikannya sebagai peguam negara yang baru dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu “tanggungjawab yang hebat”.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undang-undangnya di Jalan Ara, Bangsar Tommy mengesahkan bahawa beliau telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama beberapa minit pagi ini dan akan bertemu semula esok.

Beliau tersenyum lebar sewaktu menerima ucapan tahniah atas pelantikannya.

“Terima kasih banyak tetapi lebih bagus saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukkan minat” kata beliau

Peguam berusia 66 tahun itu akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sedang bercuti selama sebulan.

Ditanya sama ada beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai peguam negara di Putrajaya esok, Thomas memberitahu ia akan mengambil masa beberapa hari.

Saya tidak akan berada di pejabat pagi esok seperti yang telah saya katakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaan (proses pelantikan).

-malaysiakini

Gara-gara pakai tudung seperti wanita Indonesia, Fazura dilabel sebagai bibik

Ramadhan tahun ini sangat bermakna bagi pasangan Fattzura iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura kerana berpuasa bersama dengan status suami isteri. Meskipun sibuk dengan aktiviti masing-masing, namun mereka ‘mencuri’ sedikit masa untuk berbuka bersama-sama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Terbaru, Fazura dan Fattah telah berbuka puasa bersama rakan-rakannya. Fazura juga mengenakan baju dan tudung hitam ala-ala masyrakat wanita Indonesia (jilbab).

Namun, Fazura tidak mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya dia menganggap itu hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakannya.

Gurauan bersama rakan-rakan

Fazura kena buli

Bibik mahal

Meskipun dilabel sebagai ‘bibik’, namun peminat Fazura menganggap beliau tetap cantik walaupun mengenakan tudung sedemikian.

Bibik pun cantik jugak.

Pakai tudung macam tu pun still comel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Ohmymedia

Sikap Rendah Diri LGE Dipuji, Memilih Makan Di Kedai Biasa Bersama Keluarga

Selain Mohamad Sabu, Nurul Izzah dan Wan Azizah, Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng juga sering mendapat perhatian masyarakat. Baru-baru ini sebuah video menjadi tular di media sosial apabila Lim Guan Eng bersama isterinya dan anak bongsu mereka sedang menikmati nasi ayam di sebuah restoran yang dikatakan terletak di ibu kota.

Hasil perkongsian video dari salah seorang pengguna Facebook, Noor Jamilah, telah mendapat setengah juta tontonan.

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan kepada sidang akhbar bahawa beliau akan terus mengamalkan gaya hidup secara sederhana kerana baginya kehidupan seperti itu membuatkan beliau berasa lebih dekat dan selesa ketika bersama dengan keluarga.


Video Lim makan bersama keluarga di sebuah restoran.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Lim yang memakai baju kemeja putih sedang makan nasi ayam bersama isteri dan anak bongsunya. Duduk satu bumbung di restoran bersama dengan rakyat biasa, Lim dan keluarga kelihatan sangat berselera menikmati juadah mereka itu.

Rata-rata netizen telah memberikan reaksi positif terhadap beliau sekeluarga yang kelihatan selesa makan di tempat awam.
Simple dan hidup secara sederhana.

Menteri berjiwa rakyat.

Menteri yang tunjuk contoh terbaik kepada rakyat.

Sumber : FB Jamilah / citemalaya.website

“Saya tak akan menyemak di kaca TV anda lagi, Saya akan tetap bersama Umno dan BN” – Dira

Umum sedia maklum, Dira Abu Zahar kini sudah aktif dalam dunia politik sebagai Exco Puteri Umno. Malah, dia tetap beristiqamah dalam perjuangan Umno, meskipun parti tersebut tidak lagi menjadi pemerintah pusat.

Walaupun, desas-desus kedengaran parti politik Barisan National hampir ‘terkubur’, Dira Abu Zahar akan tetap meneruskan perjuangannya kerana parti ini memberi kesan terhadap perjalanan hidupnya.

Saya telah berhenti jadi pelakon

Umno terkubur? Saya akan tetap bersama Umno dan BN, saya teruskan juga walaupun sehingga jadi pembangkang. Saya akan setia, pandai atau tidak pilihan itu, saya minta maaf kerana tak boleh nak puas hati semua orang, jadi saya mohon kita hormati hak sesama kita.

Malah, Dira Abu Zahar juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi muncul dimana-mana kaca televisyen sebagai pelakon.

Saya memang tidak akan berlakon lagi, walau saya tiada job saya tidak kisah sebab tak berlakon, jadi jangan risau dan saya rasa saya lebih selesa apa yang saya buat sekarang (berniaga dan berpolitik). Jadi saya harap masyarakat faham, tiada lagi ungkapan bila dah jadi pelakon. Kepada anda saya tak akan menyemak di televisyen lagi dan untuk makluman saya sudah berhenti jadi pelakon tiga tahun lalu.

Saya kuat bergurau

Sementara itu, Exco Puteri Umno ini juga pernah dihimpit kontroversi terhadap beberapa orang artis dan ahli politik yang lain dek kerana kelantangan memberi pendapat di media sosial. Ini respon ringkas Dira Abu Zahar terhadap isu berkenaan.

Saya tak berniat nak cetuskan apa-apa, itu yang saya lalui… lagi satu saya memang seorang yang kuat bergurau.

sumber: ohbulan