Siapa Peduli Pasal Manifesto 100 Hari PH, Undi Untuk Kerajaan Baru Semua Kerana Tun Mahathir

Belum pon sampai sebulan Pakatan Harapan mentadbir negara, ada desas-desus yang mempersoalkan kebenaran manifesto janji 100 hari kerajaan baru itu. Buktinya ada janji yang sudah dikotakan dan selebihnya masih lagi dalam proses. Berilah mereka masa.

Coretan oleh Shikhin Ishak yang tular di laman facebook ini mungkin boleh dijadikan renungan untuk semua. Kerajaan baru dipilih rakyat kerana faktor Tun, bukan kerana manifesto yang digembar-gemburkan. Setuju atau tidak, anda nilaikan sendiri.

PH 100 Hari :

Saya yg undi PH haritu bukanlah ahli PKR, PPBM, Amanah ataupun DAP. Saya ahli UMNO. Saya tak pernah pangkah selain dari BN sebelum ni.

Kami rakyat Malaysia yang undi PH sebab kami dah marah dgn BN. Dgn UMNO. Dgn Najib sebagai PM. Saya cuma nak kerajaan korup Najib tumbang. Kemuncak kemarahan saya dan rakyat Malaysia yang lain jelas bila PRU14 kerajaan BN tumbang dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Kami tak peduli pasal manifesto. Saya personally, undi saya adalah sebab faktor Tun, faktor Najib. Saya memang kempen habis-habis dekat semua orang yg saya jumpa. Di ofis, di group whatsapp, even dalam ETS hari nak balik mengundi pun saya masih kempen. Kempen cara saya la. Bodo2.

Tapi boleh dibanggakan sebab ada budak ofis cakap ‘aku gi mengundi haritu salah satu sebabnya takut kak shikin marah’. Hahahahaha. Sekarang lihat lah pilihan kita, berbaloi tak? Manifesto tu manifesto lah. Kami yg undi PH ni tak hadap sangat nak jelaskan janji dalam manifesto tu satu satu walaupun harini dah masuk hari ke-18 pasca PRU14, banyak janji yg dah dikotakan.

Kerajaan sebelum ni dah banyak buat kerosakan. Saya masih tak faham kenapa ada orang masih boleh sokong Najib? Apa masih tak nampak ka segala musibah yang dia bawa? Masih ada yang mempermainkan usaha team Tun M nak selamatkan negara.

Ada saya baca komen2 di media sosial masih mengungkit tentang skandal lama Tun. Kenapa masa Najib perintah skandal Tun tak di jaja? Bukan ke lebih senang nak dakwa dakwi dan selongkar segala harta Tun semasa pihak sana sedang dalam kuasa?

Kalau betul Tun pecah amanah, kenapa tak pesta ria SPRM panggil Tun dan konco2 dia sampai 5-6 jam bg keterangan? Kenapa tak sita henbeg RM125 kepunyaan Tun Siti? Hehe. Lgpun SPRM ketika zaman Najib semuaaaaa orang dia. Kenapa tak dakwa Tun? Kenapa bila dah jadi pembangkang baru nak bunyi? Jadi lah pembangkang yg bijak, yang bagi manfaat kepada rakyat.

Puak lagi satu pula ambik pendekatan untuk diam. You know what I mean. Kata mereka, kami ada misi lain yang lebih besar. Apa misi nya, entah lah. Ada la akar umbi bersuara sikit-sikit tapi sebab orang atas tak kata apa, so pakat diam.

Walaupun jelas2 betapa bejat nya kerajaan sebelum ni, masih taknak mengaku. Yang hari-hari dimainkan adalah sentimen kaum dan agama. Orang Cina itu, orang Cina ini. Fahamilah, orang Cina juga rakyat Malaysia. Dan negara kita ada perlembagaan, ada Sultan dan Raja. Takkan semudah itu orang bangsa lain nak jual Malaysia. Kalau ada pun, orang sesama kaum yang jual Malaysia sebelum ni. Nampak ke nampak?

Faktor Tun. Saya rasa orang yang dah berumur 93 tahun jika diberi pilihan dia nak duduk rumah tumpu akhirat saja. Tapi Tun mungkin bagi dia ini juga perjuangan untuk akhirat beliau. Selamatkan negara. Kenapa kita yang masih muda asyik mengeluh minyak belum turun, toll belum, itu belum, ini belum? Tak malu ke kita?

I can’t be in Tun’s shoe to fully understand masalah negara dengan hutang yang banyak. But I understand bila Tun cakap ini perjuangan terakhir beliau. Benar-benar terakhir. Saya pernah mimpi Tun dah takda dan bangun pagi bantal saya basah dengan air mata.

PH 100 hari kami tak kisah Tun. Tapi kami nampak usaha Tun dan kawan-kawan yang lain untuk selamatkan Malaysia. Kami yakin Malaysia is in safe hands now. Saya memang fan Tun sebab buka mata je PM yg saya kenal adalah Dr. Mahathir, dan saya suka cara kerja beliau. Ini bukan taksub. Kalau taksub tu bila pemimpin dah jelas-jelas korup ada duit cash berjuta di rumah dan korang masih sokong. Itu taksub.

(Visited 62 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *