Adoii Drama Lagi, Kata Chef Wan Ulas Isu Peguam Negara Baru

Apabila sebahagian rakyat mengutamakan faktor bangsa tidak hairanlah negara boleh menjadi kucar-kacir, itu luahan seorang chef selebriti yang terkenal dengan sikap berterus-terangnya.

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, faktor lain yang menyebabkan negara tidak harmoni ialah ramai manusia yang tidak berhati jujur.

Jelas beliau mengulas berkenaan isu pelantikan peguam negara (AG) yang baru beliau berkata bagi mengelak sejarah buruk berulang, semua pihak perlu mengutamakan integriti yang tinggi dan perlu ada bagi seseorang calon bagi jawatan berkenaan.

Pada masa sama, kata beliau aspek latar kaum calon terbabit tidak wajar dijadikan fokus utama.

Kata Chef Wan lagi, 60, tidak adil untuk menjadikan isu kaum sebagai penghalang pelantikan AG yang baharu.

“Adoi drama lagi negara kita. Kali ini dengan pelantikan peguam negara. Amat mengagumkan dengan sistem perundangan negara, boleh pula (peguam) negara menjadi pak turut..

“Patut la negara kita kucar-kacir kerana terlalu ramai manusia yang hati tidak jujur, mereka lebih mementingkan hak bangsa masing-masing di sebalik melihat kita semua sebagai Malaysia yang satu” luahnya di media sosial.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri menyerahkan nama peguam kanan, Tommy Thomas, kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon tunggal daripada kerajaan bagi menggantikan jawatan AG yang sebelumnya disandang Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Apandi tidak disenangi Pakatan Harapan kerana penglibatannya dalam siasatan skandal 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Pernah menjadi hakim, Apandi merupakan orang yang bertanggungjawab mengesahkan Najib tidak melakukan sebarang penyelewengan atau salah laku dalam skandal 1MDB serta anak syarikatnya SRC International.

Bagaimanapun ramai pihak tidak bersetuju Tommy dilantik menggantikan Apandi kerana dia bukan Muslim dan dicurigai bakal mengancam kedudukan Islam walaupun ia memang dijamin dalam perlembagaan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata dalam situasi sekarang masih ramai mahu mempertikaikan calon AG kerana faktor bangsanya.

“Dan kita masih mempertikaikan bangsa asing nak dilantik menjadi peguam negara? Macam cerita menteri kewangan (lalu) pula. Yang songlap habis (duit) tu bukan orang Melayu ke?” luahnya lagi.

Chef Wan menambah isu tersebut mesti diselesaikan mengikut perlembagaan.

Berkenaan latar belakang agama, katanya, ia sepatutnya tidak menjadi isu besar kerana peranan sebagai penasihat kepada Agong boleh dimainkan oleh institusi lain yang berkaitan.

“Kita kenalah ikut perlembagaan dan pelantikan kena betul-betul manusia yang berpengalaman jujur dan sesuai untuk jawatan tersebut.

“Perihal agama, bukan ke ada badan termasuk mufti yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong?” tambahnya lagi.

-malaysiakini

“Belum dapat lihat hasilnya…” – Jahitan diganti plaster, Lan Solo sabar menanti hasil pembedahan bibir anak

Selesai prosedur pembedahan membetulkan bibir sumbing anaknya pada 31 Mei lalu, kini penyanyi Lan Solo memaklumkan jahitan pada bahagian bibir anak bongsunya dibuka pada hari ini.

“Hari ini BabyXandra bukak jahitan. Semoga dipermudahkan. Aaamiiinnn!, kata Lan menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut laporan BH Online, bagaimanapun jahitan pada bibir Nur Aman Quxandra belum dapat dilihat sepenuhnya kerana telah digantikan pula dengan plaster.

Menerima secara positif, bekas vokalis kumpulan Kristal itu menyifatkan mungkin doktor ingin memberikan kejutan buat dirinya dan isteri, Nur Sheila Hassim.

Tambah Lan, dia berasa sebak apabila melihat anak bongsunya yang masih kecil itu menahan sakit kerana dibedah. Ini kerana kesakitan ditanggung oleh bayi yang baru mencecah usia tiga bulan itu hanya diluahkan menerusi tangisan.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut dikurniakan dengan tiga cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff.

Sumber : BH Online

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: Sumber

Shahrir Pertahan Wang Tunai di Kondominium, Dakwa Untuk PRU

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad berkata wang tunai yang disimpan dalam beberapa unit kondominium Pavilion Residences yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bertujuan membiayai parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Dalam sidang akhbar hari ini, Shahrir berkata wang tunai tersebut tidak disimpan di dalam bank atau dipindahkan menerusi cek kerana berdepan masalah logistik.

“Orang tanya kenapa mesti wang tunai? Ini kerana bukan semua kawasan (Umno) mempunyai (akaun) bank,” katanya.

Beliau berkata penyimpanan wang tunai adalah penting dalam menggerakkan jentera pilihan raya Umno.

“(Ini tidak dapat dilakukan dengan berkesan) melalui bank. Jika kamu memerlukan dana tambahan untuk pilihan raya, kamu bagi cek, ia akan terlambat.

“Mereka yang mengkritik kadang-kala melakukan perkara yang sama juga,” tambahnya tanpa menyebut sebarang nama.

Baki dana pilihan raya

Bekas anggota parlimen Johor Bahru itu mendakwa wang tunai yang disita pihak polis dari kondominium berkenaan adalah baki dana untuk parti itu pada pilihan raya lalu.

Apabila disoal sama ada jumlah wang tunai yang besar adalah perkara biasa, Shahrir berkata, “Saya tidak tahu, saya tidak pernah berada dalam kedudukan itu.”

“Itulah yang sebahagian mereka (dalam Umno) beritahu. Itulah yang dikatakan oleh Najib, bagaimana kamu dapat buktikan sebaliknya?”

Najib yang meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei, kini sedang disiasat oleh polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 berkenaan 1MDB.

Pada 18 Mei, polis merampas 72 beg daripada tiga unit di Pavilion Residences di mana 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang berbeza bernilai RM114 juta.

UMNO kemudian meminta polis mengembalikan wang yang dirampas dan mendakwa ia adalah dana parti itu untuk PRU pada 9 Mei.

Parti itu juga menegaskan perlembagaannya membenarkan presiden mendapatkan dan mengurus dana, termasuk yang diperuntukkan bagi tujuan pilihan raya.

Bagaimanapun, ketua Umno bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee memberitahu Malaysiakini dalam satu temubual bahawa beliau “terkejut” dengan jumlah yang ditemui dalam unit kondominium berkenaan.

-malaysiakini

AG Baru Ikrar Tidak Akan Lepaskan Sesiapa Pun Dalam Siasatan 1MDB

Peguam negara yang baharu Tommy Thomas berikrar akan menjadikan pengurusan prosiding jenayah terhadap dakwaan salah laku 1MDB sebagai keutamaannya.

“Semuanya sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun akan dilepaskan.

“Tidak akan ada cubaan menutup kes” kata Tommy dalam sidang media selepas memasuki pejabatnya hari ini.

Katanya, beliau akan meneliti kertas siasatan berkenaan dan menghubungi pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain dalam hal itu.

Beliau juga memberitahu akan menjadikan agenda pemansuhan undang-undang yang menindas sebagai agenda utama dan memberitahu sudah mempunyai “senarai panjang”.

Tommy berjanji akan tiada lagi pendakwaan terpilih dan pihak tidak bersalah tidak perlu berasa bimbang.

“Malaysia sebuah negara yang bebas, kita tidak harus takut pada ketukan pintu di tengah-tengah malam oleh anggota polis.

“Tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan berdepan tindakan undang-undang tidak kira apa kedudukan mereka.

“Di pihak saya, saya berjanji lakukan perkara yang betul, iaitu, bercakap benar dan tegakkan keadilan.

“Keadilan bukan saja akan dilakukan tetapi dilihat dilakukan,” tambahnya lagi.

Isu pelantikan Tommy sebelum ini mencuri perhatian selepas Majlis Raja-Raja dilapor mahukan calon beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagaimanapun semalam telah memperkenankan pelantikan tersebut semalam untuk dua tahun bermula 4 Jun.

Terdahulu, Tommy berkata beliau merasa terharu terhadap pelantikannya sebagai peguam negara yang baru dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu “tanggungjawab yang hebat”.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undang-undangnya di Jalan Ara, Bangsar Tommy mengesahkan bahawa beliau telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama beberapa minit pagi ini dan akan bertemu semula esok.

Beliau tersenyum lebar sewaktu menerima ucapan tahniah atas pelantikannya.

“Terima kasih banyak tetapi lebih bagus saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukkan minat” kata beliau

Peguam berusia 66 tahun itu akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sedang bercuti selama sebulan.

Ditanya sama ada beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai peguam negara di Putrajaya esok, Thomas memberitahu ia akan mengambil masa beberapa hari.

Saya tidak akan berada di pejabat pagi esok seperti yang telah saya katakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaan (proses pelantikan).

-malaysiakini

Siapa Peduli Pasal Manifesto 100 Hari PH, Undi Untuk Kerajaan Baru Semua Kerana Tun Mahathir

Belum pon sampai sebulan Pakatan Harapan mentadbir negara, ada desas-desus yang mempersoalkan kebenaran manifesto janji 100 hari kerajaan baru itu. Buktinya ada janji yang sudah dikotakan dan selebihnya masih lagi dalam proses. Berilah mereka masa.

Coretan oleh Shikhin Ishak yang tular di laman facebook ini mungkin boleh dijadikan renungan untuk semua. Kerajaan baru dipilih rakyat kerana faktor Tun, bukan kerana manifesto yang digembar-gemburkan. Setuju atau tidak, anda nilaikan sendiri.

PH 100 Hari :

Saya yg undi PH haritu bukanlah ahli PKR, PPBM, Amanah ataupun DAP. Saya ahli UMNO. Saya tak pernah pangkah selain dari BN sebelum ni.

Kami rakyat Malaysia yang undi PH sebab kami dah marah dgn BN. Dgn UMNO. Dgn Najib sebagai PM. Saya cuma nak kerajaan korup Najib tumbang. Kemuncak kemarahan saya dan rakyat Malaysia yang lain jelas bila PRU14 kerajaan BN tumbang dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Kami tak peduli pasal manifesto. Saya personally, undi saya adalah sebab faktor Tun, faktor Najib. Saya memang kempen habis-habis dekat semua orang yg saya jumpa. Di ofis, di group whatsapp, even dalam ETS hari nak balik mengundi pun saya masih kempen. Kempen cara saya la. Bodo2.

Tapi boleh dibanggakan sebab ada budak ofis cakap ‘aku gi mengundi haritu salah satu sebabnya takut kak shikin marah’. Hahahahaha. Sekarang lihat lah pilihan kita, berbaloi tak? Manifesto tu manifesto lah. Kami yg undi PH ni tak hadap sangat nak jelaskan janji dalam manifesto tu satu satu walaupun harini dah masuk hari ke-18 pasca PRU14, banyak janji yg dah dikotakan.

Kerajaan sebelum ni dah banyak buat kerosakan. Saya masih tak faham kenapa ada orang masih boleh sokong Najib? Apa masih tak nampak ka segala musibah yang dia bawa? Masih ada yang mempermainkan usaha team Tun M nak selamatkan negara.

Ada saya baca komen2 di media sosial masih mengungkit tentang skandal lama Tun. Kenapa masa Najib perintah skandal Tun tak di jaja? Bukan ke lebih senang nak dakwa dakwi dan selongkar segala harta Tun semasa pihak sana sedang dalam kuasa?

Kalau betul Tun pecah amanah, kenapa tak pesta ria SPRM panggil Tun dan konco2 dia sampai 5-6 jam bg keterangan? Kenapa tak sita henbeg RM125 kepunyaan Tun Siti? Hehe. Lgpun SPRM ketika zaman Najib semuaaaaa orang dia. Kenapa tak dakwa Tun? Kenapa bila dah jadi pembangkang baru nak bunyi? Jadi lah pembangkang yg bijak, yang bagi manfaat kepada rakyat.

Puak lagi satu pula ambik pendekatan untuk diam. You know what I mean. Kata mereka, kami ada misi lain yang lebih besar. Apa misi nya, entah lah. Ada la akar umbi bersuara sikit-sikit tapi sebab orang atas tak kata apa, so pakat diam.

Walaupun jelas2 betapa bejat nya kerajaan sebelum ni, masih taknak mengaku. Yang hari-hari dimainkan adalah sentimen kaum dan agama. Orang Cina itu, orang Cina ini. Fahamilah, orang Cina juga rakyat Malaysia. Dan negara kita ada perlembagaan, ada Sultan dan Raja. Takkan semudah itu orang bangsa lain nak jual Malaysia. Kalau ada pun, orang sesama kaum yang jual Malaysia sebelum ni. Nampak ke nampak?

Faktor Tun. Saya rasa orang yang dah berumur 93 tahun jika diberi pilihan dia nak duduk rumah tumpu akhirat saja. Tapi Tun mungkin bagi dia ini juga perjuangan untuk akhirat beliau. Selamatkan negara. Kenapa kita yang masih muda asyik mengeluh minyak belum turun, toll belum, itu belum, ini belum? Tak malu ke kita?

I can’t be in Tun’s shoe to fully understand masalah negara dengan hutang yang banyak. But I understand bila Tun cakap ini perjuangan terakhir beliau. Benar-benar terakhir. Saya pernah mimpi Tun dah takda dan bangun pagi bantal saya basah dengan air mata.

PH 100 hari kami tak kisah Tun. Tapi kami nampak usaha Tun dan kawan-kawan yang lain untuk selamatkan Malaysia. Kami yakin Malaysia is in safe hands now. Saya memang fan Tun sebab buka mata je PM yg saya kenal adalah Dr. Mahathir, dan saya suka cara kerja beliau. Ini bukan taksub. Kalau taksub tu bila pemimpin dah jelas-jelas korup ada duit cash berjuta di rumah dan korang masih sokong. Itu taksub.

Gara-gara pakai tudung seperti wanita Indonesia, Fazura dilabel sebagai bibik

Ramadhan tahun ini sangat bermakna bagi pasangan Fattzura iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura kerana berpuasa bersama dengan status suami isteri. Meskipun sibuk dengan aktiviti masing-masing, namun mereka ‘mencuri’ sedikit masa untuk berbuka bersama-sama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Terbaru, Fazura dan Fattah telah berbuka puasa bersama rakan-rakannya. Fazura juga mengenakan baju dan tudung hitam ala-ala masyrakat wanita Indonesia (jilbab).

Namun, Fazura tidak mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya dia menganggap itu hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakannya.

Gurauan bersama rakan-rakan

Fazura kena buli

Bibik mahal

Meskipun dilabel sebagai ‘bibik’, namun peminat Fazura menganggap beliau tetap cantik walaupun mengenakan tudung sedemikian.

Bibik pun cantik jugak.

Pakai tudung macam tu pun still comel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Ohmymedia

Sikap Rendah Diri LGE Dipuji, Memilih Makan Di Kedai Biasa Bersama Keluarga

Selain Mohamad Sabu, Nurul Izzah dan Wan Azizah, Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng juga sering mendapat perhatian masyarakat. Baru-baru ini sebuah video menjadi tular di media sosial apabila Lim Guan Eng bersama isterinya dan anak bongsu mereka sedang menikmati nasi ayam di sebuah restoran yang dikatakan terletak di ibu kota.

Hasil perkongsian video dari salah seorang pengguna Facebook, Noor Jamilah, telah mendapat setengah juta tontonan.

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan kepada sidang akhbar bahawa beliau akan terus mengamalkan gaya hidup secara sederhana kerana baginya kehidupan seperti itu membuatkan beliau berasa lebih dekat dan selesa ketika bersama dengan keluarga.


Video Lim makan bersama keluarga di sebuah restoran.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Lim yang memakai baju kemeja putih sedang makan nasi ayam bersama isteri dan anak bongsunya. Duduk satu bumbung di restoran bersama dengan rakyat biasa, Lim dan keluarga kelihatan sangat berselera menikmati juadah mereka itu.

Rata-rata netizen telah memberikan reaksi positif terhadap beliau sekeluarga yang kelihatan selesa makan di tempat awam.
Simple dan hidup secara sederhana.

Menteri berjiwa rakyat.

Menteri yang tunjuk contoh terbaik kepada rakyat.

Sumber : FB Jamilah / citemalaya.website

Kenali Cucu Tun Mahathir Si Cilik Comel Dalam Video Saya Sayang Atuk Yang Semakin Dikenali Ramai!!

Cucu Tun Mahathir dalam video klip Saya Sayang Atuk. Si petah ini rupanya baru 6 tahun! Si cilik ini bernama Tengku Zara Eryna atau lebih mesra disapa dengan nama Zara.

Zara membawa watak sebagai Aisyah di dalam video yang tersebut. Dilahirkan pada 4 Mac 2012, Zara banyak terlibat dengan penerbitan drama-drama Papa Ricky dan pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee berjudul ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’.

Zara pernah muncul dalam ruangan personaliti Genius PA&MA bagi edisi Mei 2017 ketikanya berusia 5 tahun. Berikut ialah petikannya;

ZARA PELAKON CILIK PETAH BERKATA-KATA

BIODATA

Nama: Tengku Zara Eryna Tengku Ahmad Saifuddin

Tarikh lahir: 4 Mac 2012

Hobi: Menyanyi, menari, suka berlakon

Kecil-kecil cili padi. Berani dan petah bercakap membuatkan adik cilik ini kelihatan hebat pada usia hanya lima tahun! Apabila disuruh berdialog, tanpa kekok mengucapkan dengan intonasi suara yang mencuit hati.

Itulah Adik Tengku Zara Eryna yang kini semakin dikenali ramai melalui lakonannya dalam drama Papa Ricky.

Biarpun baru sahaja berusia lima tahun, Zara tampil dengan perwatakan yang matang. Apabila diajak berbual, seakan akan sudah kenal lama. Petah berkata-kata anak kecil ini.

Namun kelincahan dan kenakalan sebagai seorang kanak-kanak tetap ada. Namun semua itu mampu dikawal dengan mudah oleh ibu Zara yang sentiasa menemaninya setiap masa.

Menurut ibunya, penglibatan Zara dalam lakonan bermula setelah mengikuti sesi uji bakat dengan syarikat penerbitan, Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang sedang mencari watak kanak-kanak untuk drama Papa Ricky.

Dalam drama berkenaan, Zara memegang watak sebagai Cici iaitu anak bongsu kepada Puan Aini (pelakon Adila Ahmad) dan Encik Latif (pelakon Mahmood Ali Bashah).

“Saya bersyukur dan tidak menyangka Zara terpilih untuk terlibat dalam drama bersiri 80 episod. Bagaimanapun sebelum ini Zara pernah terlibat sebagai pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee iaitu ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’. Sejak itu, saya lihat bakat Zara terserlah,” cerita ibu Zara yang begitu ramah.

HAFAL SKRIP

Zara mula penggambaran drama Papa Ricky sejak umur empat tahun pada tahun lepas dan habis pada bulan April. Setakat ini , menurut ibu Zara pembabitannya dalam lakonan tidak mengganggu waktu belajarnya.

Ini kerana ibu Zara sentiasa mengambil inisiatif untuk pastikan Zara tidak ketinggalan semasa belajar. Sebagai contoh ‘tugasan’ sebagai Cici membuatkan Zara tidak dapat menghadiri kelas di tadika.

Jadi Ibu Zara telah mengupah guru sambilan untuk mengajarnya di rumah untuk sementara waktu.

“Oleh kerana Zara masih belum boleh membaca dengan lancar, skrip-skrip lakonannya saya bacakan untuk Zara. Biasanya Zara akan cepat faham dan belajar.

Memang tidak ada masalah skrip bagi Zara kerana boleh menghafal sepenuhnya. Daya ingatan Zara agak kuat. Zara boleh menghafal dengan mudah. Sambil makan atau bermain pun Zara boleh hafal skrip,” tambahnya lagi.

KARAKTER PERIBADI

Memiliki wajah yang comel, bertubuh kecil dan berambut ikal serta pandai bergaya membuatkan anak cilik ini begitu istimewa. Melihat kepada lakonannya bersahaja dalam drama berkenaan, begitulah Zara apabila berada di luar set penggambaran.

“Zara memang mudah mesra dengan orang. Dia ramah dan memang suka membuatkan orang suka kepadanya. Ke mana sahaja Zara pergi, pasti ada yang suka kepada perwatakannya.

Jadi senanglah saya hendak ke mana-mana. Setakat ini Zara tidak pernah buat hal sejak bayi lagi,” kongsi ibu Zara tentang sikap anaknya.

IMPAK BERLAKON

Zara yang telah didedahkan seawal usia dua tahun dengan pelbagai sesi uji bakat, menunjukkan perubahan dalam diri daripada masa ke semasa. Antaranya Zara menjadi lebih berani dan kelihatan lebih yakin.

“Pernah Zara dijemput menghadiri majlis hari raya pada tahun lepas dan diminta untuk berduet dengan Dato Siti Nurhaliza.

Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka Zara berani untuk naik ke pentas. Saya lihat Zara seperti sudah biasa sedangkan itulah adalah pengalaman pertamanya,” akhiri ibu Zara sambil melirik ke arah anak manja nya itu.

Jom lihat video penuh di bawah:

Sumber/kredit : Majalah PA&MA & Instagram Tengku Zara Eryna via http://citemalaya.website

“Ingat Kita Takut Sangat ke? Koreklah Semua Kalau Berani”! Nazri Aziz Cabar Tun M!

Seorang Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak gentar dengan ugutan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan mereka.

Datuk Seri Nazri Aziz berkata Umno terbuka terhadap perkara itu malah beliau juga pernah mengisytiharkan hartanyanya kepada Dr Mahathir semasa berada dalam kabinetnya.

Nazri Aziz Cabar Mahathir. “Koreklah, kita semua terbuka. Datuk Seri Najib Razak punya kekayaan pun terbuka. Koreklah, kita nak tahu kaya macam mana.

“Macam saya, keluarga dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah, nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti, ingat kita takut sangat ke?

“Saya pernah isytihar harta pada dia. Saya pernah jadi menteri pada dia. Kita sentiasa buat pengisytiharan, apa nak takut,” katanya.

Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perlawanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Dr Mahathir semalam memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.

Nazri Aziz Cabar Mahathir. Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.

Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.

Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.

Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.

Mengulas lanjut Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata semua pihak bukan sahaja mahu mengetahui sumber kekayaan Dr Mahathir tetapi juga mengenai anak-anaknya sekali.

“Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu. Isytihar mana datang sumber kekayaan itu… saya dengarlah. Anak dia kena bagi tahu,” katanya.

Nazri Aziz Cabar Mahathir

“Tak payah bertanding pilihan rayalah, isytihar jelah (harta),” katanya ringkas. – mk via cegitucegini

Siapakah Siti Kassim Yang Sebenarnya? Antara Manusia Yang Perlu Diberi PERHATIAN di Malaysia Ketika Ini.

Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.

Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.

Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

sumber