“Penangan ‘kunyit’ Luqman, suami sanggup tinggalkan saya dan anak…” – Wanita kongsi kisah benar bersuamikan seorang gay

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

Selama ini saya hanya berdiam diri saja dengan cerita-cerita mengenai saya dan saya tidak pernah kisah tentang spekulasi orang ramai mengenai penceraian saya.

Tetapi hari ini, saya mahu cerita. Puncaya sebab saya dapat tahu yang suami saya ini seorang gay.

The Klasik |

Saya terbaca mesej-mesej dia dengan teman lelakinya yang bernama Luqman dan lahir pada tahun 1990.

Saya baca semua, dari percutian mereka ke Maldives, berbual mengenai horny dan saya menonton video lucah lelaki tersebut kepada bekas suami saya.

Macam mana nak kesan tanda-tanda seorang gay? Nanti saya cerita.

Setelah itu, beliau tidak mahu tinggal bersama meski pun saya sudah menerima jika tiada hubungan kelamin dalam perkahwinan kami.

INI ANTARA SAYA DAN DIA SAHAJA.

Tetapi semenjak balik Malaysia pada bulan November tahun 2016, beliau tidak mencari rumah untuk tinggal bersama dengan alasan tidak cukup duit. Saya disuruh tinggal bersama ibu saya.

Pada bulan Oktober 2017, saya nekad memfailkan fasakh kerana tida hubungan kelamin lebih dari tempoh setahun dan pada ketika itulah beliau meminta untuk bercerai secara baik.

Orang lain saya tak nak komen.

Selama ini saya mendiamkan perkara ini walaupon keluarga bekas suami sibuk mencanangkan saya tak pandai masak dan macam macam lagi.

Setelah itu, saya menjaga anak saya sendiri. Mak saya bekerja setiap Isnin sehingga Jumaat waktu pejabat.

Saya membesarkan anak saya sendiri sejak berusia 5 bulan dalam kandungan. Kami sentiasa kemana mana bersama. Banyak saksi.

Saya pergi ke Kuala Lumpur pun saya akan bawa Camilla sekali. Kami telah sah bercerai pada bulan Oktober 2017.

Semenjak itu beliau hanya memberikan saya RM400 sebagai nafkah anak. Walhal gaji beliau lingkungan RM20k ke atas.

Semasa awal perkahwinan, gaji beliau sekitar USD22,000. Setelah berpindah ke Petronas Malaysia, saya tidak tahu gaji beliau.

Setelah bercerai, rezeki saya sentiasa ada. Saya tidak memerlukan duit dia untuk tampung hidup saya.

SEHINGGA KINI, DIA MASIH BELUM MEMBAYAR DUIT EDAH.

Carta aliran wang masuk ke akaun saya untuk bulan Mei 2018 sahaja lebih dari RM20,000 kerana selama ini saya tidak berkira untuk belanja anak.

Ansuran bulanan kereta beliau sahaja sudah mencecah RM5,000 sebulan. Tetapi belanja anak berkira.

Rumah sewa saya menetap sekarang RM1,000 sebulan. Sudah 8 bulan saya tinggal tanpa meminta apa apa duit sewa dari dia, separuh duit sewa rumah harus dibayar oleh bapa.

Tadi di perbincangan, pegawai menetapkan anak dibayar RM1,060 sebulan mengikut perbelanjaan dan kemampuan bapa.

Bapa pakai seluar dalam jenama Ralph Lauren, tetapi beliau menyuruh membeli baju anak di Mydin.

Ketika mahu pulang.. Saya memberi kebenaran dia untuk pegang anak.

Tetapi di dalam lif, dia dan mak mentua saya mahu mengambil anak saya pulang.

Mak mentua cakap mata saya seperti setan dan Camilla ini hak anaknya. Benih anaknya.

Saya cuba mengambil anak saya. Tetapi saya ditumbuk oleh beliau berkali kali.

Kejadian ini disaksikan orang awam dan polis. Polis menyuruh membuat laporan.

Petikan dari ibu beliau sebentar tadi, ‘kalau nak jaga sendiri, kenapa nak tuntut nafkah? ‘ Saya bersedia jika beliau tidak masukkan 1 sen, tetapi camilla harus dibintikan abdullah.

Saya kemahkamah berdua sahaja dengan camilla, kerana ibu dan keluarga saya tidak suka campur tangan.

Dan saya diam selama ni sebab dia tak minta anak, ekoran belum putus susu badan.

Tetapi harini saya tak boleh terima bila dia nak ambil anak saya.

“Saya tak akan menyemak di kaca TV anda lagi, Saya akan tetap bersama Umno dan BN” – Dira

Umum sedia maklum, Dira Abu Zahar kini sudah aktif dalam dunia politik sebagai Exco Puteri Umno. Malah, dia tetap beristiqamah dalam perjuangan Umno, meskipun parti tersebut tidak lagi menjadi pemerintah pusat.

Walaupun, desas-desus kedengaran parti politik Barisan National hampir ‘terkubur’, Dira Abu Zahar akan tetap meneruskan perjuangannya kerana parti ini memberi kesan terhadap perjalanan hidupnya.

Saya telah berhenti jadi pelakon

Umno terkubur? Saya akan tetap bersama Umno dan BN, saya teruskan juga walaupun sehingga jadi pembangkang. Saya akan setia, pandai atau tidak pilihan itu, saya minta maaf kerana tak boleh nak puas hati semua orang, jadi saya mohon kita hormati hak sesama kita.

Malah, Dira Abu Zahar juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi muncul dimana-mana kaca televisyen sebagai pelakon.

Saya memang tidak akan berlakon lagi, walau saya tiada job saya tidak kisah sebab tak berlakon, jadi jangan risau dan saya rasa saya lebih selesa apa yang saya buat sekarang (berniaga dan berpolitik). Jadi saya harap masyarakat faham, tiada lagi ungkapan bila dah jadi pelakon. Kepada anda saya tak akan menyemak di televisyen lagi dan untuk makluman saya sudah berhenti jadi pelakon tiga tahun lalu.

Saya kuat bergurau

Sementara itu, Exco Puteri Umno ini juga pernah dihimpit kontroversi terhadap beberapa orang artis dan ahli politik yang lain dek kerana kelantangan memberi pendapat di media sosial. Ini respon ringkas Dira Abu Zahar terhadap isu berkenaan.

Saya tak berniat nak cetuskan apa-apa, itu yang saya lalui… lagi satu saya memang seorang yang kuat bergurau.

sumber: ohbulan

” BN akan bangkit semula ! ” – Zahid

Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin BN akan bangkit semula daripada kekalahannya.

“Tidak ada sesebuah kerajaan yang dibina atas faktor-faktor yang dibantui rasa kebencian dan isu-isu yang tidak dapat dijawab kerajaan (kerana) kaedah komunkasi itu tidak tepat, tidak berpijak di bumi nyata, maka akhirnya sesebuah kerajaan itu akan dihukum oleh rakyat,” kata beliau dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno malam ini, beliau berkata BN boleh mengambil teladan parti pemerintah yang lama berkuasa kemudian jatuh tetapi berjaya bangkit semula.

“Kita yakin daripada beberapa pengalamana negara-negara yang alamai situasi sama dengan Umno dan BN, akan bangkit semula,” kata beliau.

Berlapang dada, baiki kelemahan

Zahid juga menggesa anggota Umno untuk merapatkan barisan.

“Takper lah. Kita dah sebut kita berlapang dada dan kita mengambil langkah-langkah ke hadapan… untuk menerap sokongan baru dan baiki kelemahan ada dan akui kesilapan-kesilapan itu akan dibaiki,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memimpin BN kalah pertama kali sejak merdeka, menamatkan kekuasaan gabungan itu selama 61 tahun.

Najib telah meletak jawatan presiden Umno dan pengerusi BN.

Sumber : malaysiakini

Majlis kahwin kecoh bila pengantin lelaki tinggalkan pelamin dan memeluk bekas kekasihnya yg muncul tiba-tiba

SATU MAJLIS PERKAHWINAN DI KABUPATEN WAJO, SULAWESI SELATAN, KECOH APABILA PENGANTIN LELAKI MENINGGALKAN PELAMIN, MEMELUK BEKAS KEKASIHNYA YANG TIBA-TIBA MUNCUL DAN MENYANYIKAN LAGU MENCURAHKAN RASA KECEWANYA, RABU LALU.

Ketika kejadian, pengantin lelaki, Nokis, sedang bersanding dengan isterinya selepas akad nikah apabila bekas kekasihnya, Novi, yang datang dari sejauh Jambi, muncul menyanyikan lagu bertajuk Balo Lipa.

Menurut pengunjung, wajah Nokis berubah sebelum turun dari pelamin menghampiri Novi, mengambil pembesar suara dari tangan Novi dan memeluk bekas kekasihnya itu.

Nokis kemudian terhuyung-hayang sebelum jatuh pengsan ke atas kerusi.

Video kejadian itu yang disiarkan di media sosial menjadi tular dan sudah dikongsi 28,000 kali selepas disiarkan di Facebook oleh Sukma Henny.

Menurut potral berita Tribun News yang memetik Tribun Timur,

ustaz Muhammad Erfin Beddu yang membacakan khutbah nikah di majlis itu berkata dia diberitahu keluarga Nokis, wanita berkenaan adalah bekas kekasihnya.

Menurutnya, dia diberitahu Nokis pernah meminang Novi namun ditolak keluarga wanita itu selepas Nokis tidak bersetuju dengan ‘wang panaik’ atau hantaran yang diminta.

Bagi masyarakat Bugis, selain mas kahwin, pihak lelaki juga perlu memberi wang panaik yang jumlahnya bergantung kepada status serta tahap pendidikan wanita dipinang.

Kecewa pinangan ditolak, Nokis berkahwin dengan isterinya yang baru dua bulan dikenalinya.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan apa yang terjadi antara Nokis dan isterinya serta Novi.

 

Antara lirik lagu Balo Lipa:

“Lemmusa nyamu andi

musolangi atikku

engka mu tudang botting

riolo mattakku”

Terjemahan:

“betapa tega dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

kau duduk bersanding

di depan mataku”

Pada tahun lepas, media sosial juga pernah kecoh dengan keadaan yang seakan-akan sama seperti ini

cuma ketika itubukan pengantin lelaki sebaliknya pengantin perempuan yang memeluk bekas kekasihnya ketika majlis perkahwinan sambil menangis.

lihat kesudahannya dalam video penuh di bawah

‘Dah Macam Rossi’ – Aksi Lucu Sultan Johor ‘Merempit’ Ini Tarik Perhatian, Sempoi

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar merupakan antara salah seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat dan mesra. Di media sosial, baginda jelas sangat disenangi ramai dek kerana perwatakannya yang bersahaja.

Terbaru, aksi lucu Sultan Ibrahim menunggang motosikal sambil membonceng permaisuri, Raja Zarith Sofiah yang dimuat naik Tunku Idris di Instagram telah mencuit hati netizen. Ramai yang tidak sangka Sultan Ibrahim seorang yang sangat sporting dan suka mengusik!

Sempoi betul!

Tuanku bawak macam Rossi!

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gaya ‘rempit’ Sultan Johor bertujuan mengusik permaisuri yang membonceng di belakang. Sampai terjerit-jerit Raja Zarith Sofiah dibuatnya! Tambah melucukan apabila melihat Raja Zarith Sofiah memeluk erat Sultan Johor yang memecut laju.

Di ruangan komen, ramai yang memuji aksi sempoi dan sporting Sultan Johor yang hanya menunggang kapcai. Aksi yang dirakam dipercayai berdekatan Padan Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi ini mendapat lebih 200k tontonan.

Ramai terhibur

Sumber : Instagram @tunku_idris

Doktor Amalina buat pengakuan Dia hanya boleh bertahan 5 jam je sekarang

Doktor viral, Dr. Amalina Bakri mendedahkan dia cuba melatih teman lelakinya untuk berpuasa.

Jejaka kulit putih tinggi lampai itu bagaimanapun hanya mampu berpuasa selama lima jam sehari.

“DIA TRY PUASA, LIMA JAM JE TAHAN. KASIHAN DIA,” TULIS DR. AMALINA DALAM KAPSYEN ENTRI TERBAHARU INSTAGRAMNYA.DR. AMALINA KINI BERADA DI SEPANYOL UNTUK MELUANGKAN MASA BERCUTI DENGAN TEMAN RAPATNYA ITU.

Di Sepanyol, waktu siang yang lebih panjang memerlukan penduduk beragama Islam berpuasa dalam tempoh waktu antara 16 hingga 17 jam sehari.

222

Usaha Dr. Amalina mendidik jejaka dari luar negara itu mendapat pujian dan sokongan netizen.“5 jam? Dah kira bagus tu… Yang penting effort dia kan. Esok mungkin 7 jam,” tulis @anita_adeq.

“WAH! TAK APA. MULA-MULA MEMANG PUASA HALF DAY. SLOW-SLOW,” TAMBAH @ADIBA.AZHANI.“GOOD FOR YOU 5 HOURS, ME ONLY 2 HOURS! BUT MY BAE STILL CUTE FOR TRYING PUASA,” TULIS @AYRA_JW.

“UPAH DUIT RAYA DOKTOR. CAKAP DIA PUASA PENUH DAPAT SERINGGIT SEHARI,” SARAN @ANINA_TATY.

Dr. Amalina yang kini sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England mula memperkenalkan teman lelakinya sejak awal Mei lalu setelah diasak netizen.

Biar tidak mendedahkan identiti penuh teman lelakinya itu, netizen mendoakan jodoh pasangan itu berpanjangan.

333

Sementara itu, menjawab pertanyaan pengikutnya, Dr. Amalina bakal meraikan sambutan Syawal bersama ibunya di Paris, Perancis.“He Is My Boo” – Dr. Amalina Bakri Tayang Boyfriend Mat Saleh Di Media Sosial

Doktor viral, Dr. Amalina Bakri yang kini sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England mencuri perhatian apabila memuat naik berapa keping foto bersama seorang lelaki kulit putih malam tadi.

Tanpa berselindung, Dr. Amalina mengakui jejaka yang berada di sampingnya itu ialah teman lelakinya.

“YES TO ANSWER YOUR QUESTION, HE’S MY BOO,” TULISNYA DI TWITTER.

Pengumuman Dr. Amalina itu mendapat reaksi positif netizen yang tidak sabar menantikan pelajar cemerlang SPM itu naik pelamin dengan jejaka luar negara.

Malah, ramai yang memuji kekacakan jejaka terbabit hingga ada yang menyamakan dengan model dan pelakon terkenal Hollywood seperti Chris Evans.

“THIS IS A HUGE STEP TO FINALLY REVEAL YOUR MCDREAMY TO US! ARE WE EXPECTING A BIG ANNOUNCEMENT?” TULIS SALAH SEORANG PENGIKUTNYA.

“BILA NAK KAHWIN NI?” SOAL PENGGUNA LAIN.

“WOW! BAGAI PINANG DIBELAH DUA LA DOC,” TAMBAH PENGIKUTNYA.

Kami di Gempak mendoakan semoga impian yang ingin dibina Dr. Amalina untuk kerjaya dan kehidupan peribadinya dipermudahkan.

‘Sungguh Menyedihkan, Tidak Sepatutnya Muncul Pelbagai Ejekan Di Media Sosial’ – Rosmah Mansor Tegur Maklumat Siasatan Bocor

Setelah kediaman Datuk Seri Najib Razak diserbu pihak polis tempoh hari, media hanya memfokuskan kepada bekas perdana menteri itu sahaja. Kelibat isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hampir tidak kelihatan.

Setelah mendiamkan diri, Rosmah akhirnya membuka mulut mengenai tindakan pihak polis di kediaman mereka itu.

Harap pihak berkuasa patuh undang-undang

Rosmah dalam satu kenyataan berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dan patuh kepada undang-undang dalam menyiasat bagi mengelakkan perbicaraan pramatang oleh khalayak awam

Kami merujuk kepada peristiwa yang berlaku baru-baru ini sehingga mencetus kekecohan media, dengan sengaja mensasarkan kepada keburukan bagi mencetuskan kemarahan orang awam kepada keluarga kami.

Walaupun terkesan dengan situasi yang berlaku, kami telah dan akan terus membantu dalam sebarang soal siasat serta akan hadir sekiranya diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Perlu profesional dalam tugas

Tambah bekas wanita pertama negara ini lagi, proses inkuiri yang dikenakan ke atas mereka meragukan kerana berlaku ketirisan maklumat siasatan ke media sosial terutamanya butiran barang rampasan.

Pihak berkuasa tidak sepatutnya menyebabkan munculnya pelbagai ejekan atau sindiran di media sosial tetapi perlu mematuhi dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas.

Kenyataan itu disahkan oleh peguam, M Puravelan dan dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Valen & Oh, tengah hari tadi.

Sumber: Berita Harian

Najib kesal barang disita secara melulu

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menyita barangan di dua unit kediaman keluarganya secara melulu.

Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, kondominium pertama didiami anak lelakinya, Ashman dan yang kedua didiami anak perempuannya, Gina (dan keluarga).

“Dalam serbuan pertama di kondominium yang didiami Ashman, polis menyita beberapa barangan peribadi seperti jam tangan dan komputer riba milik pembantunya, manakala, dalam kes Ashman pula, telefon bimbit, Ipad dan komputer riba lama miliknya disita. Semua barangan itu digunakan untuk tujuan kerja oleh Ashman.

“Ketika serbuan dijalankan di kondominium Gina, hanya pembantu rumah yang berada di dalam rumah. Ia adalah tindakan yang mengejutkan kerana barangan yang disita adalah milikan peribadi dibeli atau dihadiahkan kepadanya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Dalam kejadian itu, dua kondominium diserbu iaitu di Menara A, Pavilion Residences Jalan Raja Chulan.

Harpal berkata, turut mengejutkan adalah penyitaan hadiah perkahwinan milik Gina tanpa cubaan mengenal pasti jenis barangan sebelum dirampas.

“Tambah mengejutkan, penyitaan beberapa pasang kasut dan pakaian bayi yang dibeli untuk anak mereka, namun Najib dan keluarganya akan terus memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan yang dijalankan.

“Selain itu, publisiti meluas berkenaan penyitaan itu yang kebanyakannya adalah barang peribadi milik anak Najib, sudah memalukan keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Ashman dan Gina sudah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk permohonan barangan yang disita dipulangkan semula secepat mungkin bagi mengelakkan penghinaan dan tekanan terhadap keluarga.

“Tiada bukti relevan dalam penyitaan itu,” kata Harpal.

sumber artikel : Berita Harian

” Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup. Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah ” – Izreen Azminda

KUALA LUMPUR: “Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.”

Begitulah pengakuan pelakon, Izreen Azminda tatkala berdepan ‘tsunami’ hidup yang hampir membuatkan dirinya menyembah bumi.

Ketika kontroversi memuncak, sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum selepas aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu memilih hidup sebagai isteri kedua, tahun lalu.

Hakikatnya, tiada kata yang dapat didustakan, jodohnya sudah ditakdirkan bersama suami orang yang juga pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude.

Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas Ude menceraikan isteri pertama, Intan Liana Saleh, Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.

Akui Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 33, apa yang dilaluinya dianggap ujian hidup.

“Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.

“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

“Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” katanya kepada BH Online.

Berfikiran positif, Izreen berkata, Allah mungkin menarik rezekinya, tetapi dirinya dianugerahkan dengan suami.

“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah.

“Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bohonglah jika dia mengatakan rezekinya tidak terjejas akibat kontroversi yang melandanya itu, tetapi Allah menyelamatkannya.

“Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.

“Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.

“Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,” katanya.

Mengambil keberkatan hari baik dan bulan baik pada Ramadan al-Mubarak ini, Izreen berkata, dia sudah mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.

“Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?

“Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude,” katanya.

Izreen berkata, banyak perkara tidak didedahkan demi menjaga maruah dan aib.

“Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.

“Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami,” katanya.

Tambah Izreen, ibunya selalu berpesan supaya memaafkan sesiapa saja, biarpun dalam keadaan yang cukup sulit.

“Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.

“Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.

“Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen ‘sampah’ lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak,” katanya.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Isabella dan Juvana itu berkata, dia bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, biarpun sudah hampir enam bulan hidup dalam kecaman.

“Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.

“Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.

“Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan,” katanya.

Pada bulan puasa ini juga, Izreen berkata, dirinya tidak terlalu sibuk dan mahu mengambil peluang menjalani tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.

“Saya lihat suami suka makan di rumah. Dia pula tidak cerewet dalam soal makanan, asalkan pedas.

“Ude suka lauk kering, saya pula berkuah. Jadi, saya kena menyiapkan beberapa jenis masakan. Ude paling suka asam pedas ayam. Saya sendiri masih belajar masak asam pedas orang Johor.

“Saya memang suka memasak jika tiada kerja. Saya mahu ambil kesempatan ketika tidak sibuk bekerja dengan mencuba pelbagai resipi pada Ramadan ini,” katanya.

Welcome to Pakatan Harapan KJ. Vote Untuk Kemeterian Belia Dan Sukan. Khairy akui BN bodoh nafi realiti skandal 1MDB

Selepas mendakwa kesal kerana tidak berterus-terang dengan Najib Razak berhubung penolakan akar umbi terhadap Umno, Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin mengakui mereka bodoh kerana menafikan realiti.

Menurutnya, punca kekalahan BN bukan kerana persepsi di media sosial sebaliknya kerana realiti menidakkan pelbagai skandal terutama 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jangan lagi kita cakap persepsi. Ini realiti. Mesti ada realiti dahulu. Persepsi itu dibentuk oleh realiti. Realiti sudah ada cuma kita bodoh kerana menafikan selama ini.

“Kita menafikan 1MDB dan macam-macam skandal. Kita kata tidak ada, sudah dijawab.

“Kita menipu diri sendiri sampai hari terakhir,” dipetik daripada wawancara Mingguan Malaysia hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berpendapat budaya negatif Umno masih tidak lagi berubah walaupun beberapa perubahan dalam parti dibuat termasuk perlembagaan dan pemilihan Umno supaya menjadi lebih demokratik.

“Budaya feudal, budaya mewah, budaya angkuh, budaya sombong, budaya tidak berani bersuara kepada pemimpin sehingga kami semua membuat kesilapan yang besar.

Kelakar gila Kak Nana, Tengok banyak kali pun nak gelak! Ingatkan nak maki dia, sekali kata. Lebih 12.7K tontonan, Siti Nordiana buat netizen tergelak.

Tahniah kepada Kumpulan Zero yang telah berjaya membuat Rancangan sketsa muzikal ‘Opera Zero’ di saluran Astro.

Rakaman baru-baru ini telah menampilkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana.

Dalam video tersebut Nana telah bergandingan dengan kumpulan Zero iaitu iaitu tiga adik beradik ini mempunyai chemistry tersendiri yang boleh membuat jutaan rakyat Malaysia tergelak berdekah-dekah dengan lawak mereka.

MEMPAMERKAN GENRE IAITU SKETSA MUZIKAL DALAM ‘OPERA ZERO’, MAKA RANCANGAN INI MEMPAMERKAN NYAYIAN DAN PERSEMBAHAN SECARA SPONTAN TANPA SEBARANG PENULISAN SKRIB DAN TANPA RANCANGAN AWAL. NANA TELAH MENYANYIKAN LAGU ‘PUTUS TERPAKSA’ DAN TELAH MENARIK PERHATIAN NETIZEN DI LUAR SANA KERANA KEBOLEHANNYA MENYANYI LAGU TERSEBUT DENGAN BAIK.

Maka setiap apa yang dilakonkan mestilah secara bersahaja dan tanpa latihan. Menerusi posting yang telah ditulis oleh Siti Nordiana beliau telah mengatakan semua dialog beliau tuturkan hanyalah ikut suka apa yang beliau ingin katakan.

Hahah sape tengok #operazero tadi??? First time berlakon ngan @sharif_zero @syaiful_zero @akueatu!! Sib baik skrip boleh ikut suka. Memang fun habislah !!

Ramai netizen yang terhibur dengan nyanyian dan lakonan yang Nana tampilkan. Ramai yang memuji suara beliau dan memberi sokongan kepada beliau.

Video yang telah dimuatnaik di Instagram Nana dan video tersebut merupakan rakaman daripada rancangan tersebut. Video tersebut telah mendapat 12.7k tontonan dan telah mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada peminatnya sendiri.

Dah tengok tadi serius lawak…

Memang best ala-ala muzikal mini gitu…

Ni kak Nana ke siap nak tumbuk-tumbuk…

Best u belakon komedi…

Kelakar and comel ahh kak nana nie…

Best time kak nana cakap ‘hensemnya’ tu lawak…

Merdu laa suara…

Terdahulu, lakonan Nana bersama Alif dalam drama Dia Semanis Honey pada 2016 mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton drama Melayu di negara ini. Gandingan terbaik Nana dan Alif yang mendapat jolokan pasangan ‘Kajol & Shah Rukh Khan Malaysia’ itu kini muncul dengan single duet pertama mereka.