Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Semua TERGAMAM

Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Semua TERGAMAM | Khalifah Mail Online – Seekor buaya sepanjang 5 meter berjaya ditangkap dan dibunuh pasukan SWAT di Sarawak. Bila belah perut je mereka semua terkejut apabila meenemui “sesuatu” yang amat mengejutkan. Allahu.

DITANGKAP SELEPAS DIBERI UMPAN AYAM

SEEKOR buaya yang dipercayai membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Hulu Tambak, Pusa pada 24 September lalu, dibunuh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), petang semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya itu ditangkap menggunakan sistem penakaian (pengasingan) dengan memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer Sungai Rimbas berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, buaya berukuran 4.8 meter panjang itu akhirnya terperangkap selepas memakan satu daripada 13 cangkuk umpan yang dipasang di sepanjang sungai berkenaan.

DTEMUI ANGGOTA BADAN MANUSIA DALAM PERUT BUAYA

“Sebaik dinaikkan ke darat, perut buaya itu dibedah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia di dalamnya.

“Anggota badan manusia yang ditemui dalam perut buaya itu diserahkan kepada polis untuk analisis deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya pada kenyataan, hari ini.

Pada kejadian 24 September lalu itu, Bentayan bersama sepupunya berusia 31 tahun menangkap ikan di sungai berkenaan sebelum dia disambar buaya, 3.30 petang.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia hilang daripada pandangan.

Keesokannya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui cebisan usus di kawasan pencarian dipercayai milik mangsa manakala cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa ditemui pada 27 September.

Seorang ibu tidak sedar anak tercampak keluar

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat di bahagian tempat duduk belakang van putih itu tidak dipakaikan tali pinggang keledar dan pintu van juga tidak dikunci rapat.

Bapanya terus memandu van itu tanpa menyedari bayi mereka sudah tiada dalam kereta sehingga mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat dan panik apabila mendapati anaknya ‘hilang’.

Mangsa terbiar di tengah jalan selama 22 saat sebelum segera diambil oleh seorang pejalan kaki wanita berusia 50 tahun bagi mengelakkan bayi itu digilis.

Ibunya kemudian terus berpatah balik ke jalan yang dilalui untuk mencari anaknya semula dan berterima kasih kepada wanita yang telah menyelamatkan anaknya itu.

Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Netizen Terkejut

Sumber : the klasik

[VIDEO dan GAMBAR] Cukup Menyentuh Hati Melihat Ibu Anjing Ini Kebumikan Anak2 Yang Telah Mati….

Walaupon Dia Sekor Binatang Tapi Kasih Sayang Pada Anak2 Cukup Menyetuh Hati..

Bodohkah Kita Yang Membuang Bayi Itu..Tidak Malukah Kita Pada Binatang Ini..

Inilah Ciuman Kali terakhir Untuk Anak2nya.

Jangan Lupa Like dan Share Pada Kawan2 Kita Yang Lain..

Sumber: Kopi O

Cara Ayah Hukum Anak Ini Sangat Sadis. Buat Orang Ramai Bengang! Lihat Apa Ayah Ini Lakukan. (GAMBAR)

Saat seorang anak melakukan kesalahan, hal terbaik yang harus dilakukan orangtua adalah mengajari mereka apa yang benar dan apa yang salah. Bukannya malah mempermalukan atau menyakiti mereka. Namun, tak dapat dipungkiri bahwa orangtua terkadang juga bisa merasa frustasi dan marah kepada anak mereka.

Tapi, berbicara dengan tenang tetap menjadi cara yang jauh lebih baik daripada memukul mereka dalam kemarahan. Bahkan saat orangtua sering marah, mereka seharusnya tak pernah melakukan kekerasan fisik. Namun, seorang ayah di China malah percaya bahwa kekerasan adalah cara terbaik untuk mengajari anak laki-lakinya yang berusia 12 tahun.

Dikutip brilio.net dari viral4real, Senin (17/7), ia menghukum anaknya karena mencuri uang USD 2O atau setara Rp 266 ribu dengan menyuruhnya telanjang dan diikat ke sebuah sepeda motor. Tak cukup hanya itu, ayah yang tak diketahui identitasnya itu juga menyeretnya melewati jalanan di provinsi Yunnan. Akibatnya, tubuh sang anak pun dipenuhi luka memar bekas goresan.

<CLICK SINI> Untuk Terus Whatsapp Wakil Dedikasi Kami

Rekaman video yang menunjukkan aksi ayah menyiksa anaknya tersebut membuat penduduk lokal dan netizen marah. Banyak orang yang mengkritik tindakan sang ayah karena dianggap terlalu keras terhadap anaknya sendiri.

Dalam video tersebut juga terlihat bahwa banyak orang yang berniat menghentikan aksi sang ayah dan memberi jaket kepada anaknya. Namun, bocah tersebut menyingkirkan jaketnya dan berteriak pada orang di sekelilingnya untuk berhenti berbicara.

Sementara sang ayah tak mau disalahkan dan menganggap tindakannya sebagai cara terbaik untuk menghukum anaknya yang ketahuan mencuri uang dari keluarganya. Uang hasil curian tersebut rupanya digunakan untuk bermain dan bolos sekolah.

Sumber: Brilio.net

SUMBER : petuaviral

CERITA KEDUA

Hari ni hari memburu cerita seram katanya sebab minggu depan banyak entri berilmiah nak kena tulis. Dua tiga hari ni sibuk sikit even orang bercuti.. Sibuk mengumpul bukti katanya.Almaklum la aku ni kadang2 macam detective conan jugak kan.. Bukti apa.. Tak apa belum masanya aku bongkarkan apa yang berlaku kat aku yang melibatkan blog aku ni. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ok.. ok berbalik kepada cerita seram. Ni bukan cerita ‘SX’ ok.. Ni cerita pengalaman seram seorang pelajar yang tinggal di asrama sekolah melihat satu kejadian yang mula2 dia sendiri tak paham apa yang berlaku katanya. Kisahnya mamat ni.. masa tu dia baru tingkatan 3. Nak di jadikan cerita.. sebab dia rasa jauh nak ulang alik dari rumah so di mohon untuk tinggal di asrama. Memang dah rezeki dia permohonan dia di luluskan so apa lagi dia packing barang semua .. Masuk asrama la.

Dia sampai asrama tu dekat dekat nak maghrib.. lepas solat, makan semua. Masing2 balik ke asrama la. Dalam dorm dia tu ada 6 katil double decker.. Bermakna dalam 1 bilik ada 12 orang pelajar. Undang2 kat asrama katanya pukul 12 semua lampu kena padam.. Bermakna sila tidur yer murid murid. Takde maknanya kau nak main spirit2 of the coin tetengah malam semata mata nak tau sapa nama awek kawan kau tu. hehehehe.. Mamat ni dia biasa tidur dalam keadaan cerah. Tapi nasib baik la dia tidur katil dekat tingkap.. so cahaya lampu jalan tu menerangi la katil dia. Jadi tak la kena kejutan sangat malam pertama kat asrama kena tidur dalam gelap.

Tengah2 tidur tetiba dia terjaga sebab dengar bunyi katil bergerak tapi dia tak sure pukul berapa. So dia pun usya kearah katil kawan dia yang dia rasa buat bunyi bising tu.. Tetiba dia nampak macam orang hitam atas badan kawan dia. Kawan dia ni tidur secara meniarap.. so nampak la orang hitam yang ada atas badan kawan dia macam sedang bergerak gerak.. Cuma time tu katanya dia tak paham pun apa benda orang hitam yang dia nampak tu buat. Dia cuma terfikir maybe ada kawan lain yang tumpang tidur atas katil kawan dia.

Pagi tu dia tanya kawan dia.. dia dok gurau dengan sapa malam tadi. Sebab mamat ni fikir kawan dia dok bergurau je.. Punya lurus gila pemikiran budak ni kan? Confirm budak suci murni tak pernah tercemar otak dia dengan perlakuan2 sumbang mambang. Kawan dia cakap mana ada dia gurau atau tidur dengan sesapa semalam. Katil dia tu memang muat2 untuk dia sorang jer.. Almaklum kawan dia tu bukan size S.. katil bujang double decker tingkat atas pulak.. Kalau dah berdua risau yang kat bawah satgi mati terpenyek pulak katanya…

Mamat ni mula pelik sebab dia memang nampak ada orang tidur atas belakang badan kawan dia semalam.. Bila dia bagitau kawan dia pun mengaku memang dia rasa sakit belakang & sakit bahagian bontot lepas bangun pagi.

Lepas habis sembahyang jumaat masa nak balik asrama tu.. dia tanya ustaz kot2 asrama dia duduk tu dulu ada pernah berlaku kejadian seram atau mistik ker sebab dia memang nampak orang hitam duduk atas belakang kawan dia semalam.. Ustaz dia cuma cakap dulu ada la.. Tapi ustaz tu tak bagi depa dok bercakap bukan bukan. Lepas tu dia cerita kat ustaz apa dia nampak semalam.. Lepas dengar je cerita ustaz nampak macam cuak. Petang tu dia pergi ke asrama depa.. Yang mamat ni cuak dah ingat ustaz nak buat sport check sebab dia bawa enpon. Dalam hati do fikir confirm enpon dia kena rampas nanti.. Tapi yang berlaku sebaliknya..

Ustaz tanya kawan dia yang di datangi orang hitam yang dia nampak semalam.. Tanya ada sakit kat mana2 tak.. So kawan dia cerita la sakit hapa semua. Kemudian ustaz tu letak tangan kat belakang badan kawan di sambil membaca sesuatu.. terus kawan dia muntah. Habis merawat kawan dia tu.. Ustaz tanya lagi ada sesiapa yang rasa sakit bahagian belakang & bontot tapi memasing tak mengaku maybe malu kot orang tahu kena liwat dengan makhluk hitam. Baru dia tahu makhluk hitam yang dia nampak tu la orang panggil orang minyak. Perbuatan yang dia nampak orang minyak buat kat kawan dia rupanya meliwat.. Yang pelik orang minyak biasanya cari anak dara tapi orang minyak yang kacau asrama dia ni songsang pulak. Tersalah amalkan ilmu hitam ke camna tak tau la kan.. Dia pilih kaum sejenis pulak hahaha.

Bila tak ada yang mengaku tu.. Ustaz tu pun bagitau la. Sesiapa yang pernah kena liwat dengan orang minyak kalau tak di rawat akan terberanak anak orang minyak.. Baru sorang demi sorang keluar buat pengakuan. Kalau tidak sampai sudah masing2 nak menyembunyikan depa dah di ragut keterunaan. hehehehehe..

Selesai rawat semua pelajar yang terkena gangguan orang minyak tu.. Semua pelajar ustaz suruh balik rumah masing2 kecuali mamat yang boleh nampak orang minyak tu jer. Sebab kata ustaz dia boleh nampak maybe nanti dia boleh tolong apa – apa.

Lepas isyak macam tu ustaz bersama beberapa orang kawan dia termasuk mamat ni.. pergi ke asrama yang berlaku gangguan orang minyak tu. Dia nampak depa tabur something keliling asrama sambil bawa kain batik & batang pisang. Dia sendiri tak pasti apa ustaz & kawan2 dia tabur.. dia sekadar memerhati je. Tiba2 dengar macam ada benda jatuh dari tingkat 2. So semua berlari naik tangga ke tingkat dua nak tengok apa yang berlaku.

Betul la macam di jangka.. Yang kedebuk tu orang minyak. Maka masing2 boleh tengok live orang minyak berbogel tergolek kat situ. Ustaz & kawan2 dia mengelilingi orang minyak tu.. dia di suruh keluar & tutup pintu tapi dia cuma tutup pintu tapi tak keluar pun sebab dia nak tengok pertaruhan antara manusia & orang minyak tu. Gamaknya dia ni dok bayang macam tengok wrestling.. Undertaker lawan dengan Broker-T kot.

Orang minyak ni menurut cerita budak ni.. ada kelebihan luar biasa. Fizikal macam orang tapi boleh melekat kat dinding macam spiderman & lidah dia terjelir sampai pusat.. Dia memang bogel so orang perempuan tak sesuai nak tengok aksi pertaruhan orang minyak dengan para perawat.

Lepas setengah jam pertarungan akhirnya orang minyak tu rebah.. Tu pun lepas kena rembat dengan batang pisang katanya. Merayu2 minta ampun. Lebih ustaz tu acah2 nak sembelih dia.. ketakutan orang minyak tu. akhirnya dia hilang bersama asap tebal. esok tu budak ni pack terus semua barang2 dia.. Tak jadi tinggal kat asrama katanya. Takpe la jauh sikit dia berulang alik ke asrama.. kena rotan sebab lewat sampai sekolah pun dia sanggup dari jadi mangsa liwat orang minyak. hehehehehe. Sempat jugak dia tanya ustaz betul ke yang kena liwat dengan orang minyak boleh terberanak anak orang minyak.. Ustaz dia cakap mana ada. Acah je tu kalau tak tak ada yang nak mengaku. Hahahaha.. lelaki mana boleh beranak dik Ooi… apa ke bendul sangat kau ni.

Tak tau la betul ke tidak cerita ni.. Aku baca macam drama pun ada tapi sebab penulisan cerita dia buat aku enjoy baca so aku isi la dalam ruangan seram serik lekat lekit untuk pembacaan santai petang2 ni kan? Tak payah ambil serius sangat la kan.. Satgi ada pulak dok pertikai betul ke tidak. Betul ke tak… Wallahualam..

Moral of the story.. Bukan manusia je ada yang gay.. orang minyak pun dah terjebak jadi gay. Gamaknya perempuan dah tak menarik sangat kot.. Tapi ok la kan.. selalu dok baca makhluk2 ni dok target perempuan je jadi mangsa pemuas nafsu depa.. sekali sekala ada yang songsang tu selamat la sikit kaum wanita katanya hahahaha.

 

Sumber : sayaphitam

‘Lin Tak Larat Abang, Lin Letih, Sakit..’ – Kisah Pilu Isteri ‘Minta Diri’ Sebelum…

Lebih 2k shares di laman Facebook, perkongsian lelaki ini mengenai perbualan whatsapp terakhir antara isterinya telah menyentuh hati netizen. Isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit.

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila isteri meminta izin suami untuk ‘pergi’. Isteri minta suami redha dan menjaga anak-anak dengan baik.

Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.

Berehatlah permaisuri hatiku.

Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.

Al – Fatihah.

Sumber : Mohd Armin

Kredit; Ohbulan

Polis Buru Pemilik Akaun Facebook ‘Tengku Badaruddin’ Kerana Bertindak Hina Anggota Polis Terbabit Dalam Kemalangan..

TAIPING: Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook (FB), ‘Tengku Badaruddin’ kerana menghina anggota polis Unit Pasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) dalam loghat Kelantan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Changkat Jering, dekat sini, semalam.

Pemilik FB itu mendakwa kemalangan itu berpunca apabila kenderaan EMPV itu mengejar sebuah lori untuk mendapatkan habuan.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata kertas siasatan dibuka susulan laporan polis dibuat oleh Komander EMPV Zon Utara 3, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Inspektor Mohd Izarrie Shafie, kerana mengandungi maklumat palsu dan menghina anggota polis.

Beliau berkata kenyataan dalam FB itu itu adalah palsu dan kemalangan tersebut berlaku sewaktu anggota EMPV sedang membantu kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan dan bukannya seperti yang diviralkan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan FB itu semasa melawat dua anggota polis yang cedera, Koperal Khairul Zulhamie Mat Deris, 29 (patah kaki kiri) dan Koperal Mohd Zamri Zainal, 47 (patah kaki kanan), di Wad 14 Hospital Taiping, di sini, hari ini.

Katanya, kes pemilik FB itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998.

Dalam kemalangan jam 8.30 pagi itu, seorang pelajar kolej swasta, Muhd Hakeem Badrol Hisham, 21, maut manakala dua anggota polis itu cedera dan seorang lagi anggota terselamat selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 223.1 Lebuhraya PLUS berhampirana Changkat Jering, dekat sini.

Anggota polis berkenaan berhenti di bahu jalan untuk membantu mangsa yang tayar keretanya pancit apabila sebuah lori yang membawa muatan barangan runcit dipandu oleh lelaki berusia 35 tahun hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis dan kereta mangsa.

Mohamad berkata pemandu lori itu direman empat hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif dadah dan turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kemalangan jalan raya.

— BERNAMA

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

 

Sumber: penmerah

Muka Masuk Dalam Solat Jumaat Siarang Langsung, Ekspresi Muka Alif Satar Jadi ‘Bahan’ Netizen

Siapa pernah jumpa Alif Satar? Untuk pengetahuan anda, pelakon dan penyanyi ini antara selebriti paling sempoi serta tidak sombong. Baik dengan media, Alif juga sangat ramah dengan semua peminatnya. Tidak hairan lah Alif antara selebriti kegemaran rakyat Malaysia.

Terbaru, Alif Satar ada memuat naik foto dirinya berada dalam siaran solat jumaat secara langsung. Tapi apa yang menarik perhatian para pengikutnya di Instagram adalah ekspresi mukanya. Macam mengantuk je bang? Hehe.

‘Mom! I’m on tv!’

Beberapa hari lepas Alif Satar telah memuat naik foto di akaun Instagram miliknya menunjukkan dia sedang mendengar khutbah jumaat. Foto tersebut telah dikongsikan oleh peminatnya dari Sarawak. Di bawah antara respon netizen mengenai gambar diatas. Apa-apa pun Alif memang steady!

Sumber: Instagram Alif Satar

‘Lin Tak Larat Abang, Lin Letih, Sakit..’ – Kisah Pilu Isteri ‘Minta Diri’ Sebelum

Lebih 2k shares di laman Facebook, perkongsian lelaki ini mengenai perbualan whatsapp terakhir antara isterinya telah menyentuh hati netizen. Isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit.

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila isteri meminta izin suami untuk ‘pergi’. Isteri minta suami redha dan menjaga anak-anak dengan baik.

Moga si dia dan aku terus kuat

Ya Allah aku dah bersedia apa sahaja tentuMu

Abg redha ye kalau lin pergi

Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.
Berehatlah permaisuri hatiku.

Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.

Al – Fatihah.

Sumber : Mohd Armin

Jangan Nak Label Parents Kedekut Tak Kasi Cium, Kalau Sakit Ke Apa Diaorang Yang Susah

Semua sedia maklum, bayi baru lahir mempunyai kulit yang sensitif dan antibiotik masih lemah. Malah, kecomelan bayi membuatkan kita ingin mencium dan peluk mereka berulang kali. Malangnya, bayi mudah menerima sebarang penyakit dan bakteria dari golongan dewasa. Ianya akan memberi kesan negatif dan bahaya buat kesihatan bayi berkenaan.

Pengguna Twitter, Dieyawy kongsi luahan ibu yang terpaksa melihat anak mereka menanggung kesakitan akibat dari ciuman dan pelukan golongan dewasa.

Tolong tegas walaupun dah habis pantang

Batuk teruk tapi nak cium anak

Antara selamat dan tidak

Baru boleh tidur sekali dengan anak

Seminggu doktor bagi antibiotik

Ibu dalam pantang pun perlukan rehat

Sumber: Dieyawy

Allahu!! Inilah kejadian yang berlaku di dalam pesawat Egypt Air yang dinaiki Isteri Allahyarham Imam!

WAJAH seorang penumpang mirip Allahyarham Dr Fadi M R Albatsh menimbulkan suasana sedih di dalam pesawat apabila anaknya bertindak memeluk dan bermanja dengan lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika di dalam pesawat Egypt Air yang dinaiki Isteri Allahyarham, Enas AlBasth,31 dan tiga anaknya berusia enam hingga setahun.

Anak bongsu Allahyarham, Mohamed bertindak demikian selepas menyangkakan lelaki berkenaan bapanya.

Menceritakan kejadian, Sukarelawan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Farisul Islam berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika mereka dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Kaherah.

“Mohamed kelihatan bermanja dengan penumpang berkenaan kerana perwatakan dan rupanya yang berjambang mirip arwah.

“Mungkin anak kecil itu merindui arwah ayahnya dan masih tidak mengerti apa-apa,”katanya.

Farisul berkata, Mohamed kelihatan gembira selepas menemui lelaki terbabit.

“Dia (Mohamed) sangat gembira dan sempat bermain dengan penumpang terbabit,” katanya.

Farisul bersama isterinya adalah sukarelawan yang mengiringi isteri Dr Fadi ke Kaherah, Mesir.

Jenazah Fadi tiba kira-kira jam 10.40 pagi (waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Kaherah.

Jenazah Fadi dibawa menaiki pesawat Egypt Air yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 7 malam semalam.

‘Tugasan’ dirancang tiga bulan…?

SUSPEK yang dipercayai terbabit dalam kejadian pembunuhan pensyarah Palestin di Setapak, Sabtu lalu dipercayai menyewa motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys terbabit sejak Februari lalu.

Berdasarkan perjanjian antara suspek dan pemilik motosikal itu, lelaki terbabit berjanji untuk menyewanya selama tiga bulan untuk urusan bertugas di negara ini.

Sumber berkata, suspek dipercayai mengenali pemilik itu melalui seorang rakyat tempatan yang menjadi orang tengah untuk proses sewa motosikal berkenaan.

“Hasil daripada rakaman percakapan ke atas pemilik motosikal itu membawa kepada pendedahan gambar sebenar suspek seperti yang didedahkan oleh pihak polis, hari ini.

“Dengan pelbagai petunjuk termasuk penemuan motosikal yang digunakan suspek semalam, ianya sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis dalam mengesan suspek,” katanya.

Katanya, pada masa ini bantuan dan maklumat daripada orang ramai amat dialu-alukan dalam usaha mengesan suspek sekiranya dia masih berada dalam negara ini.

“Berkemungkinan, dalam tempoh sewa selama tiga bulan (antara Februari hingga April), suspek melakukan pemerhatian dan pemantauan sebelum melakukan ‘tugasan’ membunuh Dr Fadi M R Albatsh Fatma.

“Malah, dia juga merancang dengan rapi, lokasi motosikal akan diletakkan selepas melakukan pembunuhan ke atas mangsa sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi [METROTV]

SUASANA sedih diselangi laungan syahadah dan takbir mengiringi jenazah pensyarah dan Imam Palestin Dr Fadi M R Albatsh sebelum disolatkan di Surau Medan Idaman, Setapak pada 1.30 tengahari.

Kira-kira 2000 jemaah hadir bagi menyempurnakan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham yang dibawa ke Surau Medan Idaman diusung dari kediamannya dan diiringi kira-kira 100 individu sebelum tiba di surau pada 1. 10 tengahari.

Jemaah kemudian menunaikan solat Zuhur sebelum menyempurnakan solat jenazah. Suasana hiba turut menyelubungi persekitaran surau apabila ada jemaah yang menangis disamping laungan takbir dan intifada.

Jenazah kemudian diusung keluar dan dibawa menaiki kenderaan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Mesir dengan penerbangan Egypt Air pada 7 malam ini dan dijangka tiba di Cairo, Mesir pada 9 pagi waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, jenazah kemudian akan dibawa menaiki kenderaan ke sempadan Rafah.

“Perjalanan akan mengambil masa kira-kira lima jam untuk ke Rafah. Sejurus tiba di Rafah jenazah akan terus dibawa ke Gaza, Palestin.

“Kedua ibu-bapa dan adik beradiknya akan menunggu mereka yang dijangka tiba pada 9 pagi,” katanya.

Menurutnya, MyCARE turut menghantar dua individu bagi mengiringi perjalanan isteri Allahyarham, Enas Albatsh berserta tiga anaknya.

“Keluarga Allahyarham akan turut menetap di Gaza, Palestin dan kita berharap perjalanan mereka dipermudahkan,” katanya.

 

sumber : https://www.hmetro.com.my