Resipi Ayam Bakar Ni Dapat Lebih 1 Ribu Share Di FB. Senang Nak Buat. Patutlah Ramai Yang Cuba.

Ayam panggang persis sajian restoran mahal ni nampak mudah dan senang disediakan. Bahan-bahannya pun ada dijual di pasaraya. Bagi anda yang nak cuba sajikan hidangan ini buat keluarga, berikut ada bahan-bahan yang diperlukan. Nak makan dengan nasi boleh, nak hidang dengan pasta dan kentang putar pun sesuai. Selamat mencuba!

AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – potong 4 bahagian

Bahan A :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air (Kisar semua bahan diatas)

Bahan B :

2 sudu madu
3 sudu minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

CARA MEMASAK:

Campurkan semua bahan A & B dan lumurkan pada ayam. Balut bekas dengan plastic wrap  dan perap 1@2jam dalam chiller. Kalau perap 4@5 jam lagi sedap.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 220C selama 1 jam atau bakar menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Salimah Olie

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ 

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan

Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

  • Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH 

  • Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

  • Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

  • Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup

Kredit petua & foto: Wan Jamiah

Link asal: https://goo.gl/AfpGmr

MENU BERBUKA PUASA: IKAN SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI

IKAN SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI 🐟🐠

kalau kat kedai mahal sangat,ape kate kite buat sendiri sebab sng sgt rupe2nye 😘😍

Hepy lunch uolsss…

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
6. Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
7. Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus…kukus sehingga ikan masak
8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

Kredit: Aesya Illias

kut 3 Cara Ini Untuk Elak Rumah Berbau Selepas Memasak

Bagi sebahagian kaum wanita memasak itu adalah aktiviti yang menyeronokkan, ibarat terapi buat diri. Apatah lagi, jika menyediakan hidangan untuk dijamu kepada keluarga tercinta.

Pun begitu, sering juga terjadi kita berasa tertekan dengan bau yang kurang enak menjengah ke segenap ruang kediaman setelah usai memasak. Malah bau tersebut terus melekat pada sofa, langsir dan sebagainya.

Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.

Sebelum Memasak

Tutup pintu (jika dapur anda ada pintu di antara ruang dapur dan ruang tamu) dan pastikan tingkap dibuka. Pasang kipas untuk melancarkan pengudaraan.

cara elak rumah berbau masakan, bau masakan, asap ketika memasak, aroma masakan, bau rumah aroma masakan, berbau selepas memasak, rumah berbau aroma masakan

Semasa Memasak

Buang segala makanan yang mudah rosak dan berbau dalam plastik yang berasingan agar mudah dibuang ke dalam tong sampah di luar rumah. Sambil memasak sambil itulah mengemas seperti mencuci periuk dan kuali yang sudah selesai digunakan daripada membiarkannya berbau di sinki.

Selepas Memasak

Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau. Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200 darjah selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

KENAPA MASAKAN YANG DIPANGGANG LEBIH SIHAT?

Banyak pihak yang mengatakan bahawa memasak dengan cara kukus, rebus, atau panggang lebih sihat daripada digoreng. Namun sedikit pihak yang menyebutkan alasan mengapa cara memasak tersebut lebih sihat terutama memasak dengan cara dipanggang.

Dipetik dari fitsugar.com, memanggang adalah salah satu cara memasak yang sihat kerana dapat mempertahankan kadar vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Panas dari makanan yang dipanggang dapat melembabkan makanan sehingga makanan pun menjadi lebih lembut tanpa perlu adanya penambahan minyak atau mentega.

Memanggang makanan dapat dilakukan dengan 2 cara iaitu memanggang menggunakan arang dan menggunakan dapur. Memanggang menggunakan arang dapat membuat makanan beraroma lebih sedap. Namun arang yang mudah pecah seringkali mempengaruhi haba yang tidak stabil. Sedangkan memanggang menggunakan dapur akan menjaga kestabilan suhu makanan dari awal sampai akhir namun aroma makanan menjadi tidak terlalu kuat.

Memanggang makanan telah lama dikenal sebagai cara memasak yang cukup sihat. Namun yang perlu diingat adalah jangan sampai makanan tersebut terlalu hangus sehingga malah menciptakan zat karsinogenik penyebab kanser.

Cara memasak yang anda lakukan boleh mempengaruhi kesihatan serta bentuk tubuh anda. Itulah bunyi penelitian yang dipetik dari indiatimes.com.

Nampaknya hal tersebut tidaklah berlebihan. Sebab seperti yang diketahui bahwa cara memasak seperti menggoreng dengan banyak minyak akan meningkatkan kadar lemak dan kolesterol dalam makanan. Sementara merebus sayuran terlalu lama boleh menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Untuk itulah, penelitian kesihatan yang dilakukan di India ini menyarankan anda untuk mulai mencuba memanggang makanan yang akan anda makan.

“Panas tinggi dari alat panggangan mampu mengunci nutrisi dan kelembapan makanan sehingga menjadikan makanan anda masak dengan tekstur yang lembut tanpa perlu menambahkan minyak atau mentega di dalamnya. Bonusnya, anda tetap mampu memperoleh nutrisi dari makanan yang anda olah,” tulis penelitian ini.

Masih dari penelitian ini disebut bahawa dari dua pilihan memanggang makanan iaitu menggunakan dapur atau di atas arang, sebaiknya pilihlah yang menggunakan dapur. Sebab selain sukar digunakan, arang mengandung karbon yang mampu menghasilkan zat karsinogenik atau zat penyebab kanser di makanan yang berbahaya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

PETUA MENGGORENG IKAN BILIS JADI RANGUP DAN SEDAP

1. kena pilih ikan bilis yang mutunya gred A, biasanya ikan bilis bewarna putih atau kekuningan dan nipis harganya mahal sedikit.

2. belahkan dan bersihkan kekotoran.

3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

4. Basuhkan ikan bilis dan tapiskan dengan cepat. Pastikan ikan bilis tidak kembang.

5. Masukkan ikan bilis terus dalam kuali dan sentiasa kacau rata.

6. Bila telah nampak garing [biasanya tiada kedengaran bunyi seperti meletik] angkat dan toskan ikan bilis gunakan senduk berlubang.

7. Taburkan ikan bilis atas dulang atau mangkuk yang dilapikkan dengan kertas tisu besar untuk menyerapkan minyak gorengan.

8. Simpan ikan bilis dalam bekas kedap udara atau sedia untuk ditumiskan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca terbesarnya adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa kapur ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.

Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapur masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Di hujung minggu nanti, mungkin ada yang ingin menyediakan Mi Kari, Mi Bandung atau juga Mi Sup. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.

BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir

Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh

kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.

Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.

Selamat mencuba!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Cara Nak Menjimatkan Masa Memasak Dengan Teknik Masak & Simpan Lauk Frozen

Perkongsian daripada Cik Puan S Kamalinda Lynn, cara nak menjimatkan masa memasak. Dengan cara menyiapkan terlebih dahulu lauk-pauk dan difrozenkan.

Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!

Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengah hari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nah, kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.

Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pula senaraikan lauk untuk saya siapkan (I ok jer)

Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni.. haih!

Kelebihannya

* Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari-hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.

* Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.

* Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.

~ayam black pepper~kari tongkol~lemak cili api ayam~lemak cili api telur~pindang selar~asam pedas jenahak~paprik ayam~sambal sotong~ sambal telur rebus~masak kicap ayam~tomyam seafood sayur~taucu lemak jenahak~

Panduan Penyediaan & Memanaskan Lauk-pauk Frozen

Saya hanya sediakan seperti masak biasa sahaja. Tetapi saya cuma masak serentak sekali pelbagai jenis

1. Rancang menu untuk dimasak

2. Beli bahan masakan mengikut kesesuaian menu

3. Oleh kerana masakan Melayu menggunakan bahan asas yang lebih kurang sama maka, lebih memudahkan proses masakan tersebut. Contoh bahan asas tumis ialah bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup. Maka, penyediaan ini boleh dilakukan serentak.

4. Masak juadah seperti biasa namun penggunaan sayur adalah terbatas. Saya hanya guna sayur lobak merah dan bunga kobis sahaja itupun masukkan di waktu hampir siap supaya nanti bila proses reheat tak lembik sangat.

Lauk pauk boleh masak macam biasa, kecuali sayur half cooked.

5. Simpan dalam bekas yang sesuai, lebih baik letakkan label supaya tahu jenis masakan apa untuk setiap bekas. Dah beku nanti memang tak boleh cam. Letak tarikh juga.
6. Cara panaskan saya memang suruh ibu panaskan atas api atau kukus sahaja. Keluarkan dari bekas plastik dan panaskan dalam kuali atau bekas pengukus.

7. 1 bekas, 1 lauk memang makan untuk sekali makan sahaja. Jadi portionnya memang kecil. Untuk lauk tengah hari, 2 orang makan sahaja.
Nota

Simpan Di peti beku (freezer). Maksimum boleh tahan sampai 3 bulan, Tapi biasanya saya 1-2 minggu dah habis.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Resipi Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci Dan Halal. Rupanya Senang Je Nak Buat

Anda suka guna fish cake untuk dimasukkan ke dalam masakan? Aha…anda harus cuba resipi fish cake homemade ni. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak. Lepas tu kebersihan lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend nanti, ce rasa jangan masin sangat ye sebab nanti time sejuk lagi masin)
  • Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 cup air sejuk (dari air batu)

** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air ye sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.

CARA MEMASAK:

  1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar helus menggunakan food processor atau tumbuk.
  2. Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. (ajinomoto adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
  3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
  4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
  5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
  6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
  7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual di kedai.
  9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit Resipi: FB Tahrunnisah Jali

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Inilah 11 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sewaktu Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak Dan Suami

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap.

Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.
Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ