Anak kepada pengasas syarikat NAZA Pukul dan melakukan perbuatan di luar tabii terhadap ex wife semasa mangsa tidak sedarkan diri..

Sungguh mengejutkan dan jika ianya betul, memang satu berita yang semestinya menggemparkan negara kita.Sebab ianya melibatkan golongan ternama dan bangsawan, artikel ini telah dipetik dari posting di FB Auni Ameera , ini apa yang ditulis oleh beliau..

Anak kepada pengasas syarikat NAZA Pukul dan melakukan sex di luar tabii terhadap ex wife semasa mangsa tidak sedarkan diri..
_
Mengikut document PUBLIC yang kita boleh dapati dari MLJ, Malayan Law Journal, Lexis-Nexis. Di persilakan baca Bahagian 7:\

****************
(iv)- “Berhubung 1 unit USB berwarna putih berkenaan, Defendan Pertama juga telah membuka dan melihat kandungannya dan mendapati ianya mengandungi paparan audio visual aktiviti seks Plaintif dengan wanita lain dan aktiviti seks Plaintif dengan Defendan Pertama yang rakamannya adalah di luar pengetahuan Defendan Pertama”.

(v)- “Kandungan USB ini juga ada memaparkan perbuatan seksual di luar tabie oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama dalam keadaan Defendan Pertama tidak sedarkan diri. Unit USB ini telah diambil oleh Defendan Pertama dan dibuat salinan ke dalam komputer riba peribadi Defendan Pertama” .

(xi)- “Selanjutnya, pada 26.5.2017, Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini, telah memanggil semua pihak iaitu Plaintif, peguam Plaintif, Defendan Pertama dan peguam Defendan Pertama. Dalam perjumpaan ini, Plaintif mengesahkan kandungan video perbuatan seksual Plaintif iaitu dari kandungan USB Photofast – ‘1 Flash Drive’ yang diambil dari bag galas Plaintif dan dibuat salinan dengan memuatnaik difail online dikenali sebagai ‘Google Claud Drive.”

(vii)- “Seterusnya, pada 22.11.2015, berlaku pergaduhan antara Plaintif dan Defendan Pertama di hadapan anak-anak, pembantu rumah dan pengawal keselamatan mereka. Dalam pergaduhan ini, Plaintif telah memukul dan menumbuk Defendan Pertama dan satu laporan polis, Sri Hartamas/100 1419/2015 telah dibuat oleh Defendan Pertama berhubung perkara ini”.
_
Kecederaan dalam gambar tak tau sama ada related dalam document ni atau tidak… Mangsa sekarang ada expose cerita ni dalam IG sendiri, Semoga Allah bagi kemenangan pada mangsa dan suara mangsa didengar.. Please do not left the victim voiceless and forgotten..

Ini adalah domestic violence.
Pemangsa kemain update IG macam innocent pijak semut tak mati, tapi bila masuk court, semua perkata jijik terbongkar..

IG mangsa: (Please show her support)
https://www.instagram.com/emiliahanafi/

Ini posting dari instagram Emilia Hanafi..

Ramai yg bertanya- apa tindakan yg saya ambil selepas insiden yg berlaku ke atas saya. Saya ingin terangkan sedikit bagi mengelakkan kekeliruan.

Selepas insiden keganasan terhadap saya dlm bulan Nov 2015, laporan polis telah dibuat. Mahkamah telah mengeluarkan beberapa Perintah Perlindungan utk melindungi saya &anak-anak drpd keganasan ‘si dia’. ‘Si dia’ didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah(di bawah S.326A Kanun Keseksaan).Tapi kes tersebut telah beberapa kali ditangguhkan(hampir lebih dari 1 setengah tahun)

Tidak ada perbicaraan penuh dijalankan. Saya tidak pernah dipanggil sebagai saksi &langsung tidak diberi peluang mengemukakan bukti &keterangan.

Pada 30.8.2017 Mahkamah Majistret Jenayah KL telah buat keputusan mengatakan ‘si dia’ “dilepaskan & dibebaskan” tanpa perbicaraan, yg saya difahamkan atas sebab ‘teknikal’ sahaja.
Semua orang terkejut.Saya meminta pandangan beberapa pihak,mereka kata keputusan sedemikian adalah tidak logik & tidak munasabah.

Bagaimana boleh “dilepaskan &dibebaskan” tanpa bicara, atau dikatakan tidak bersalah? Pihak Pendakwaraya serta-merta memfailkan rayuan.(Saya difahamkan Pendakwaraya pun dah dipindahkan ke tempat lain)
Jadi saya tidak bersetuju jikalau dikatakan bahawa kes tersebut telah ‘diadili’. Di mana keadilannya, sedangkan bukti yg ada jelas terpampang. Medical report pun ada.Sekurangnya, bukti dikemukakan dan ‘si dia’ & saya dipanggil utk beri keterangan di Mahkamah. Tapi, itu semua tidak berlaku. Wallahu’alam.
Sebelum ini,saya takut utk mendedahkan perkara yg berlaku krn beberapa kali saya &ahli keluarga diugut,difitnah, diekori,diganggu & macam2 lagi. Namun,begitu banyak sokongan diberikan oleh org ramai utk saya terus berjuang mempertahankan hak anak-anak& saya sekeluarga. Kami hanya mahukan keadilan & tidak mahu ditindas.
Saya sangat terharu atas sokongan org ramai. Terima kasih kpd yg mendoakan. I wish to thank everyone for the love,doa & support u have shown me. Hanya Allah SWT yg mampu membalasnya

For the voiceless victims of violence& injustice we do need to start speaking up &be courageous.

Bismillah.I am not afraid anymore. I will be heard.
#NewHope #ForTheVoiceless #Justice #Permudahkanlah

Pembebasan DS Anwar Ibrahim hari ini memberikan sinar harapan baru kepada semua mangsa penganiayaan dan kezaliman.

Walaupun dizalimi, beliau teruskan perjuangan dan cekal dalam menghadapi sebarang cabaran dan fitnah yang dilemparkan.
After going through certain events in my life for the past few years, I can now appreciate the sacrifices he has done and the injustices that he suffered. Truly inspired by his story.
What I went through is nothing as compared to what he has gone through for the past 20 years. Saya amat mengkagumi perjuangan dan semangat beliau.
It also inspires the voiceless victims of violence and injustice to start speaking up and not be afraid anymore.
Indeed, truth and justice will always prevail eventually, Insyaallah.
#NewHope #ForTheVoiceless #Justice #Permudahkanlah

berikut pula komen dari netizen

Artikel ini telah dipetik dari fb Auni Ameera

Setelah lama berdiam diri, Ini terguran pertama Najib terhadap Dr M dan Guan Eng!

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ‘berat sebelah’ mengenai tindakan terhadap rasuah.

Beliau dipetik Malay Mail berkata kedaulatan undang-undang mesti dikenakan kepada semua, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Apa pun, ia perlu adil. Kedaulatan undang-undang perlu diterapkan dengan cara yang sangat adil, dan ia harus dilihat dikenakan untuk semua orang. Semua orang mesti mematuhi undang-undang.

“Maksud saya, jika anda (Mahathir) telah menerima 30 ekor kuda daripada kawan-kawan anda, itu juga harus diambil kira, kerana beliau telah mengaku secara terbuka. Kuda itu diberikan oleh kawan-kawannya.

“Beliau telah menerima hadiah daripada rakan-rakannya dan telah mengakuinya secara terbuka,” kata Najib di rumahnya.

Siasatan patuhi undang-undang

Mahathir berkata dalam wawancara CNN dua tahun lalu, beliau telah menerima hadiah kira-kira 40 ekor kuda.

Najib kini di bawah siasatan skandal 1MDB. Rumah dan pelbagai premis yang dikaitkan dengannya diserbu pasukan polis.

Mahathir, yang menumbangkan pentadbiran Najib pada pilihan raya umum 9 Mei, menegaskan siasatan akan mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Najib juga mempersoalkan pelantikan Lim sebagai menteri kewangan di tengah-tengah perbicaraan kes rasuah.

“Baiklah, prinsipnya adalah kedaulatan undang-undang. Beliau tidak bersalah sehinggalah terbukti (di mahkamah), jadi beliau tidak bersalah kerana beliau dituduh.

“Walaupun beliau tidak bersalah, tetapi kebanyakan orang tidak fikir jika sesuai untuk seorang lelaki yang sedang dibicarakan (mahkamah) untuk dilantik sebagai menteri kewangan, sehinggalah beliau membersihkan namanya.

“Saya tidak mengatakan dia bersalah, tetapi bersihkan nama anda terlebih dahulu,” kata Najib.

Menteri Kewangan yang baru kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah mengenai diskaun pembelian banglo di Jalan Pinhorn di George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

Guan Eng menafikan dakwaan itu, berkata ia bermotifkan politik.

sumber: malaysiakini

Kredit:media2040

“Mahathir Pantang Tengok Rambut Saya ‘Bulat’ Di Dahi, Mesti Dia Betul-Betulkan!” Allahu, Inilah #RelationshipGoals Sebenar!

Malam tadi kita semua menjadi saksi peristiwa terpenting dalam sejarah negara. Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 menandakan ‘ayahanda dan bonda’ bakal kembali, sekaligus membuatkan ramai mak mak menarik nafas lega secara tiba-tiba.

Saya pun merasa excitement yang sama. Agak panjang doa saya menjelang Subuh tadi. Tak lupa saya kirimkan ummul kitab Al-Fatihah buat dua warga emas ini, kerna sayang pada mereka serasa macam ibu bapa kandung pula. Apabila melihat wajah Tun di kaca TV, rasa macam nak ‘throwback’ kenangan manis ni sebagai iktibar bersama.

Angin Putrajaya tiba-tiba sejuk walaupun matahari terik menggigit ubun-ubun. Hari tu saya tiba di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana dengan satu perasaan aneh. Entah bangga, atau berdebar, demi Allah saya tak tahu.

Itu perasaan paling indah untuk saya. Tanggal 14 Mac, dua tahun lepas. Sewaktu saya belum ditugaskan menerajui Mingguan Wanita dan masih berkhidmat untuk majalah Nona bagi melahirkan cover depan eksklusif bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sempena edisi Ramadan 2016.

Tugasan saya adalah menemu bual bonda Tun Siti, sementara Editor Nona iaitu Kiffy Razak bersama Tun Mahathir. Kesempatan hari kemenangan ini, izinkan saya mengimbau terowong memori, mengenang kembali kenangan bersemut itu dengan semua pembaca Mingguan Wanita yang disayangi.

Mereka Adalah #RelationshipGoals Kita

Kesempatan mendekati Tun Dr. Siti Hasmah secara one to one, sampai ke hujung nyawa pun akan terakam sebagai momen paling manis dalam kerjaya saya. Sifat keibuannya, jenaka spontannya serta ruang memori yang dikongsi secara peribadi benar-benar mencambah rasa kagum terhadap doktor wanita Melayu kedua di Malaysia itu.

62 tahun mendirikan rumah tangga di sisi Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukan satu tempoh singkat. Ibarat irama biola yang digesek indah, lagu cinta mereka melayang sampai ke langit!

Sambil membetulkan duduk, pantas soalan tentang sikap suami tersayang diajukan kepada beliau. Tun Dr. Siti Hasmah kelihatan berfikir sejenak, barangkali jenuh mengenangkan pelbagai karakter lelaki yang didampinginya semenjak muda.

“Bagi saya, dia macam orang biasa jer. Seorang manusia yang ada perasaan sama macam kita semua. Ada masa-masanya dia tak mahu diganggu dan ada masa-masa juga, dia mahukan teman untuk berbual,” ujar wanita bijak itu yang kini menginjak usia 92 tahun.

“Nanti Orang Tak Faham Kita Melawak”

Sambung beliau lagi, sebenarnya Tun M akan berubah menjadi pendiam ketika dia ‘tenggelam’ dalam pemikiran. Khususnya tatkala mencari penyelesaian berkaitan sesuatu perkara. Tapi pada satu waktu yang lain pula, dia boleh berubah menjadi seorang yang penuh humor dan melucukan.

“Saya selalu pesan pada dia, janganlah lucu-lucu sangat takut orang tak faham kita sedang melawak. Bimbang nanti, orang salah tafsir kata-katanya.”

Ramai juga yang tidak tahu bahawa Tun M sebenarnya seorang suami yang sangat cerewet tentang penampilan si isteri. “Ya, bayangkan setiap kali kami keluar bersama, dari depan pintu rumah lagi dia akan tengok penampilan saya dari hujung rambut ke hujung kaki.

Rambut palsu saya ni, dialah yang suka betul-betulkan dan dia pantang kalau nampak ‘bulat’ sangat di dahi. Mesti akan dirapikan supaya nampak natural,” akui Tun Dr. Siti Hasmah sambil tertawa kecil.

Tun M juga seorang yang sangat teliti tentang soal pakaian. Jarang sekali Tun Dr. Siti Hasmah dapat menata rias penampilan si suami biarpun pernah mencubanya berkali-kali.

“Bukan saya tak mahu tolong dia! Tapi selalu yang saya pilih, tak kena di matanya. Pernah beberapa kali saya cuba suai padankan baju untuk dipakai tapi setiap kali itu jugalah dia tak setuju. Akhirnya, dia pilih sendiri baju yang dimahukan,” akui Tun Dr. Siti Hasmah terhadap imej Tun M yang gemar bersut nehru atau bush jacket itu.

“Orang Tak Tanya Harga Perhiasan Mutiara”

Gaya klasik Tun Dr. Siti Hasmah dalam busana kurung dan perhiasan kalung mutiara tidak dapat dipisahkan. Sambil tertawa, beliau mengakui senang bersederhana dalam penampilannya.

“Saya suka pakai mutiara kerana orang tak berani tanya berapa harganya. It is the most classic piece of jewelry that a woman can own. Zaman dulu-dulu pernah juga pakai perhiasan emas berlian yang Mak bagi, tapi susah pula nak padankan dengan baju. Semenjak itu cinta saya berkembang pada mutiara.”

Cerita tentang anting-anting ketip Tun Siti juga memecah derai tawa kami. Hampir berlinang air mata penulis menahan gelak. “Dulu semasa memakai anting-anting biasa, seseorang menegur saya kerana anting-anting sebelah kiri nampak nak jatuh.

Mungkin zaman bidan kampung dulu-dulu menindik cara tradisional, maka jadilah lubang tindik itu semakin panjang bila berusia. Sebelum ia jadi semakin panjang, lebih baiklah saya berhenti sekarang dan pakai saja yang ketip,” selorohnya bersahaja.

Jarang Dapat Jenguk Anak-Anak

Bercerita lanjut tentang keakraban pasangan ini, jujurnya ia satu lagi episod paling menarik untuk saya gaulkan dalam penulisan. Namun satu yang pasti, kebahagiaan itu milik mereka. “Kami sekeluarga jarang berkumpul. Anak Marina di London, manakala keempat-empat anak Mirzan di Amerika Syarikat. Ini jam kalau apa-apa terjadi pada anak, ibu bapa mereka terus ke sana walaupun terpaksa mengejar penerbangan di tengah malam.

Berbeza pada zaman saya, kami jarang sekali dapat jenguk anak-anak yang belajar di luar negara. Lebih-lebih lagi suami bertugas sebagai Perdana Menteri pada waktu itu. Kami sekadar berkomunikasi melalui Aerogram.

Saya teringat cerita Mastisa, menantu saya, tentang anaknya yang merayu minta si ibu tulis surat. Katanya dia pelik kenapa kawan-kawan selalu berlari ke ‘suatu tempat’ pada setiap pagi. Rupa-rupanya ke tempat mailbox. Masing-masing menunggu surat daripada keluarga padahal cucu saya ber-Skype dengan keluarganya sepanjang masa. Jadi saya cakap, saya sendiri mahu hantar surat bertulisan tangan pada cucu itu,” cerita beliau sambil tersenyum.

“Dalam keluarga, kami tak amalkan favoritism langsung. Kasih sayang kami sama rata untuk semua anak-anak, menantu dan cucu. Saya selalu berpesan, jagalah silaturahim dengan sebaik-baiknya. Sentiasa pelihara hubungan antara suami isteri dan adik-beradik. Penuhkan hidup ini dengan kasih sayang, insyaAllah terjamin kebahagiaan,” ucap Tun Dr. Siti Hasmah.

“Saya Tahu Orang Sayang Pada Dia”

Sanjungan penulis terhadap Tun Dr. Siti Hasmah tumbuh sejak zaman persekolahan lagi. Beliau mendukung karakter seorang isteri pemimpin yang sebenar, yang sentiasa menyokong jatuh bangun kerjaya suami tanpa jemu. She is beside him, she is with him, not behind him.

“Saya sentiasa memberi sokongan penuh tapi saya tak mahu bersaing dengannya. Apabila kami walkabout ke mana-mana, selalunya orang akan nampak Tun M saja. Tak nampak saya. Saya pasti akan ke belakang bagi memberi peluang rakyat berjumpa dengannya.”

Tun tak cemburu? Soal saya penuh tanda tanya. “Saya tak jealous. Saya tahu orang sayang pada dia dan dia pun tahu bagaimana perasaan orang-orang yang sayangkan dia. Dia pernah bersuara, selagi orang suka dan mahu jumpa kita, kita layanlah dengan mesra. Yang perlu kita risau ialah apabila orang dah tak mahu berjumpa lagi,” akui beliau dengan suara perlahan.

Biarpun jarang mempamerkan kasih sayang di depan masyarakat, namun seluruh rakyat Malaysia tahu betapa dalamnya cinta pasangan merpati dua sejoli itu. Kesetiaan Tun M terhadap Tun Dr. Siti Hasmah adalah bukti bahawa cinta sejati sememangnya wujud, malah mampu bertahan kukuh sehingga ke penghujung hayat.

Saat wanita ini menceritakan karakter Tun M yang amat peribadi, hati penulis bagai tersentuh rasa percaya.

“Dalam motokar, dia pegang tangan saya. Pegangan tangan itu akan dileraikan apabila kami melintasi tol dan jari-jemari akan kembali bertaut selepas itu. Suami juga tak gemar kami berpakaian sedondon seperti pasangan lain. Bukan sahaja sewaktu menghadiri undangan perkahwinan, malah pada hari raya pun pakaian kami berlainan,” ulasnya.

“Saya juga seorang rakyat Malaysia. Istimewanya cuma Allah jumpakan saya dengan Dr. Mahathir yang akhirnya menjadi Perdana Menteri. Saya kagum melihat bakat dia berucap. Dia selalu ada idea tentang apa sahaja. Saya fikir kerana suami sangat suka membaca tentang pelbagai buku. Buku-buku adalah sebahagian daripada dunianya.

Dia membaca buku biografi, sejarah, sains, agama malah macam-macam lagi. Tidak cukup membaca, dia menulis pula. Tentang segala-galanya. Bagi saya, ilham yang Allah selalu beri kepadanya amat mengagumkan. Dia boleh bercakap tentang pelbagai perkara kerana sentiasa mengaktifkan fikiran dengan membaca pada setiap masa,” akhiri Tun Dr. Siti Hasmah berterus-terang.

Begitulah antara intipati perkongsian yang saya tulis dalam majalah Nona edisi Jun 2016 lalu. Sesungguhnya keseluruhan isinya adalah lebih panjang dan menyentuh hati, tapi cukuplah kali ni kita sentuh tentang kisah bonda seorang. Boleh baca versi penuh dalam majalah Nona, ada amanat Tun dan anakanda Datin Paduka Marina Mahathir yang lebih padu. Sehingga kita berjumpa lagi!

Salam sayang dari Editor Mingguan Wanita,

BERITA Tun Mahathir bakal menjadi PM kali kedua. Ini pandangan pemimpin dunia kpd beliau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,semalam 9.5.2018 telah berlangsung pilihanraya yang ke-14.Pertembungan sengit diantara Barisan Nasional dengan komponen barisan pembangkang telah mengejutkan ramai. Awal pagi tadi,Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengistiharkan kemenangan milik Pakatan Harapan. Hal ini seterusnya membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru untuk Malaysia. Lebih menarik,kali ini pertama kali dalam sejarah Malaysia,Barisan Nasional berjaya dikalahkan dan Tun Mahathir bakal menjadi perdana menteri buat kali yang kedua untuk menerajui semua negara.

Tun Mahathir adalah seorang tokoh negara yang dikagumi oleh ramai rakyat Malaysia. Kehebatan beliau turut diakui oleh pemimpin-pemimpin lain yang tidak menyokong beliau. Kelantangan beliau bersuara untuk rakyat di usia 93 tahun telah mebuka mata rakyat untuk sama-sama berubah.

Mempunyai banyak rekod dan bukti beliau berjaya mentadbir negara dengan baik. Tun Mahathir juga turut diakui kehebatan menyuarakan pendapatan di mata dunia. Seorang pemimpin daripada negara kecil di asia,suara beliau kadang-kala turut digeruni oleh pemimpin-pemimpin besar dunia. Berikut adalah beberapa pandangan pemimpin dunia yang terdahulu mengenai Tun Mahathir.

Mesti ramai di antara kita yang lahir semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, bekas Perdana Menteri ke – 4 Malaysia iaitu dari (16 Julai 1981 – 30 Oktober 2003) dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara (selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun.

Tun Dr Mahathir merupakan salah seorang yang dikatakan berpengaruh dan banyak pandangan-pandangan dunia yang diberikan terhadap Tun Dr Mahathir. Antaranya

Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal

Margaret Thatcher – Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya betajuk ‘The Downing Street Years’, hlm. 502

“Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas”

Bill Clinton – Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit

“Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan”

Thabo Mbeki – Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995

Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh”

Allahyarhamah Benazir Bhutto – Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur

“Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat”

Shaykh Muhammad Hisham Kabbani – Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

Itulah sedikit sebanyak pandangan-pandangan dunia terhadap Tun Dr.Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4 . Jadi apa pula pandangan anda terhadapap Tun Dr Mahathir ini?

Biodata Tokoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu ‘mengikat diri’ kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus ‘perniagaan’ sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Sumber: Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.

Rujukan 1: Nizaru.com
Rujukan 2: Biodata tokoh
Disediakan oleh: Suaramedia.org

Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua

Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak “bersama” awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah…. jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. “Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?” Haaa…jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta
Ye… tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

7. PASANG CCTV, AUTOGATE.. Yang selalu balik keje sorang sorang tu hati hati.. lagi lagi buka pintu kunci pintu gate sorang sorang, kalau boleh balik jangan malam malam.. jenayah berlaku tak ikut waktu. sarankan pakai sistem autogate n cctv, ada yg murah pun.. sekarang ada cctv canggih… yg boleh pantau melalui phone.. suami selalu outstation beringat yaa. Kes ni dah byk berlaku banyak tempat..

8. Bawalah kunci remote kereta anda di tepi katil. Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta..Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah.

Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak.. alarm kereta adee.

Gambar ni dari kes benar.. tapi tips ini bukan merujuk kepada gambar ini.. cuma kita perlu berhati-hati.. sebab banyak kes berlaku sebab over exposed kat FB.

Harap bermanfaat. Sila Share, Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.

#peringatanuntukdirisendirijuga
#silashare

Malam Pertama Kami Berjalan Lancar, Cuma Saya Ada Rasa Kepenatan Sedikit. Saya Pun Da Berusia 62 Tahun Dan Isteri Saya Cuma 18 Tahun

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Jika sebe lum per kahwinan antara remaja berusia 16 tahun dengan nenek menjadi buah mulut orang ramai, kini gili ran per kahwinan anta ra se orang lelaki warga emas dengan seorang gadis berusia 18 tahun pula mencuri tumpuan.

Dalam perkahwinan yang dilaksana kan di Sulawesi Selatan, Indonesia, datuk yang sudah berusia 62 tahun dan pasangan nya itu selamat diijabkabul kan di hadapan penghulu kampung nya di rumah mempelai wanita.


Menurut Kompas. com, pengantin lelaki yang 44 tahun lebih tua dari pasangan nya memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM 11, 264.45), satu set barangan kemas serta 300 kg beras kepda pengantin permepuan.

“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isteri nya masih muda,” Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung

Mempelai lelaki yang dikenali sebagai Sualeman itu pertam kali bertemu dengan gadis muda itu, Diana, setahun lalu – iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.

“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadis nya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman yang ketika itu ke rumah bapa Diana yang mem punyai kemahiran dalam bidang petukangan besi.

Selepas setahun berulang -alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengera tkan sillat urrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isteri nya.

Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meski pun mempunyai perbezaan umur yang jauh.

“Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah- muda han rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki,” kata Diana, memetik Detik.c om.

Malam Pertama Kami Berjalan Lancar, Cuma Sy Ada Rasa Kepenatan Sedikit. Saya Pun Da Berusia 62 Tahun Dan Isteri Saya 18 Tahun

Halba VS Lemon Baru Amalkan 2 Hari Rasa Nak Melawas Dan Kurang Selera Makan

Perkongsian diambil di laman FB Rozz Matt :

Rutin harian sis di rumah

HALBA VS LEMON yg nak kurus bolehlah cuba petua ni…

  • Mencuci perut. Mencuci darah kotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
  • Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
  • Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
  • Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
  • Menjaga, memulih, menambah tenaga seksual.
  • Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
  • Menguatkan fungsi jantung.
  • Merawat masalah sembelit , buasir.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
  • Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
  • Mengetatkan meremajakan rahim.. kembali perawan la maknanya.. adus! u heard me..
  • Menghilangkan lendir sakit tekak.
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
  • Membantu mengurangkan ketagihan rokok dadah.
  • Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan
  • menggalakkan tumbesaran badan.
  • Memperbanyakkan air susu ibu.
  • Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
  • Memanaskan buah pinggang organ pembiakan.
  • Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
  • Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.

 

Kredit : Rozz Matt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Pantang Larang Buat Ibu Yang Beranak CZER, Confirm Perut Tak Berlipat Sampai Tua!

Mungkin bukan mudah nak tahu apa pantang larang yang wajib dielak tetapi kaum ibu yang beranak czer atau secara bedah patut ambil tahu petua dan cara-cara untuk jaga perut agar kembali pulih dan tidak buncit. Apa larangan dan apa yang kaum mak-mak patut buat, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Aishah ini…

Perut si ibu czer.

Masa mengandung merekah kehadapan.Ketika bersalin dilapah terbuka.Kemudian di jahit distaple.Kalau mengandung perut kecik, sikit la bunjutnya.Kalau mengandung perut besar belanga, terjuih isi perut, berlipat sampai menutup ari-ari.

Bila berjalan, perut membuai.Luka yang ditoreh berlaga-laga. Ngilu. Perit.

pantang larang ibu bersalin czer, pantang larang ibu bersalin pembedahan, pantang larang ibu bersalin operation, perut berlipat selepas bersalin, punca perut berlipat selepas bersalin

Sebab tu kena pakai penampung perut lepas bedah.Nak kasi selesa ketika berjalan, hatta berdiri.Duduk menyusu pun jadi selesaMinggu pertama pakai strap on binder.Minggu kedua pakai bengkung kain belacu yang diikat.Jangan ketat-ketat.Janji perut tak terjuih kebawah.Ibu yang bersalin czer, yang tak berbengkung, perut dia terlipat ke bawah. Macam apron. Tak pakai panties pun xpe. Tertutup dah depan tu.

Tapi…Bila makan tahun.Perut berlipat tu akan jadi accessory yang memalukan. Spare tyre kiri kanan perut boleh trim down dengan work out.
Perut berlipat tu… tak boleh dipaku kat badan. Hiduplah dengan perut yang berlipat.

Berbengkunglah selepas czer. Untuk keselesaan. Perut pun tak menggeleber. Takdelah asal pandang cermin je… rasa nak pecahkan cermin tengok perut berlipat sampai tua.

TAPI ADA PANTANG LARANG BUAT IBU CZER YANG NAK PAKAI BENGKUNG

  1. Tak boleh berjalan-jalan kehulu hilir takde arah masa bengkung dipakai
  2.  Tak boleh naik turun tangga masa tengah pakai bengkung
  3. 2 minggu kena hadkan pergerakan masa berbengkung sebab risiko luka czer terbuka balik sangat2 tinggi bagi ibu-ibu yang jenis lasak.

Kalau rasa tak mampu nak duduk diam-diam ketika berbengkung lepas czer, tak perlulah berbengkung. Tetapi…Tadah ajelah perut yang berlipat macam tu. Pilihan dah diberi. Nak mengikut atau nak beralasan lagi?

BACA JUGA: Anak Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG. Wanita Ini Kongsi Caranya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Demi Mencari Keberkatan Dalam Berniaga, Wanita Ini Kongsi 3 Langkah Mudah Simpan Zakat Perniagaan Secara Harian

Menurut laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP, zakat perniagaan bererti zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi mengira kadar zakat yang perlu dibayar, Ayuni Sarah Baharuddin melalui laman Facebook miliknya telah berkongsi cara mengira zakat perniagaan harian secara mudah dengan hanya 3 langkah!

ZAKAT PERNIAGAAN HARIAN

3 langkah mudah :

1. Untung Harian (sales – kos)
x 0.025 (2.5% zakat)

2. kumpul dalam tabung khas.
(ayu buat online so duit dalam akaun bank. Just tulis nota dalam buku)

3. Hujung bulan hantar ke pusat zakat.
(kalau malas ke kauter… E-zakat kan ada)

Ayu baru belajar mendisiplinkan diri.
ilmu yang baru diperoleh.
Sebelum ini ayu hanya infaq sahaja hasil dari keuntungan.cara kira zakat perniagaan, zakat untuk orang berniaga, zakat pendapatan ,zakat perniagaan, wajib bayar zakat pendapatan, syarat zakat pendapatan

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

  1. Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
  2. Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
  3. Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
  4. Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
  5. Niat Berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
  6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

Comelnyer Dia Jalan-jalan Dalam Rumah Besar Tue”-Netizen Geram Tengok Ariff Cucu Ds Siti Dan Ds Khalid Nampak Sweet Ketuk Bilik Aunty Aafiyah

Di laman sosial sudah menjadi satu perkara biasa apabila akaun Instagram kepada ramai anak selebriti menjadi ikutan ramai netizen. Selain daripada Yusuf Iskandar, cucu kepada Ds Siti dan juga DS Khalid nampaknya semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.Wajahnya bulat dan berisi membuatkan dia terlihat makin comel dan seperti mahu di cubit-cubit pipinya.Dia lebih di kenali ramai sebagai Ariff dan nama manjanya yang sering di panggil oleh ibu ayah dan Tok Ti adalah “pipi pau”.

Ariff di katakan seorang happy boy kerana dia suka untuk tersenyum dan ketawa dengan sesiapa sahaja yang di jumpainya. Dia juga seorang anak yang pandai bergaul dengan anak-anak yang lain seusia dengannya. Ariff dan orang tuanya tinggal bersama dengan Ds Siti dan Ds Khalid beserta dengan ibu saudaranya,Aunty Aafiyah.

Di sebabkan Ariff tinggal serumah bersama Ds Siti dan suami, makanya dia menjadi kesayangan ramai orang kerana merupakan satu-satunya cucu yang berada di rumah itu.Bilamana Aafiyah lahir,makanya Ariff mendapat kawan baru yang di panggil sebagai “Aunty Princess”.Aktivti harian Ariff di rumah itu membuatkan ramai netizen merasakan sangat lucu dan sweet.

Waktu malam, sebelum masuk ke dalam bilik tidur, Ariff akan masuk ke bilik Aunty Princess terlebih dahulu untuk melihat ibu saudaranya .Selepas itu barulah dia ke bilik tidurnya untuk masuk tidur bersama dengan orang tuanya.

Keesokan harinya, Ariff akan datang mengetuk pintu bilik Aunty Princess di awal pagi. Biasanya dalam bilik Aunty Princess sudah ada Umi Siti dan Bibik yang menguruskan sang Aunty Princess. Selepas melawat bilik Aunty Princess, Ariff akan mengetuk pula pintu bilik Tok Ayahnya jika Tok Ayah ada di dalam.

Paling comel,ke mana sahaja Ariff bergerak,dia pasti akan “memandu” kereta mininya bersama. Comelkan Ariff ini? Mesti lepas ini dia akan sangat rapat dengan ibu saudaranya apatah lagi bila mereka sudah besar.

KisahDunia.COM